Ahad, 25 Oktober 2015

Bila nak guna lif di shopping mall !

 

Perancangan awal hari ni nak ke Taman Wetland di Putrajaya. Nak g tengok aquarium yang viral di Facebook kebelakangan ni..Tapi bila sampai situ , kereta bersepah ! Parking sampai terlajak laris ..  Aku tanya wife aku.. camana ? Dia suh aku datang je nanti ngan Qhaliff . Waktu orang kerja ! Hehehehe…

Dan terus ke IOI MALL Putrajaya sebab dah dekat. 7 minit dari situ. Pon sama gak.. Penuh orang tapi parking banyak lagi kosong.. Bila penuh gini , aku tak suka sebab aku guna stroller untuk anak aku. Sorang dukung sorang dalam stroller.

Kenapa aku tak suka ??? Di IOI Mall , mereka yang guna stroller kena guna lif ! Tak boleh guna ekslator ! Tak seperti di Alamanda . Ada ekslator yang mesra stroller mahupun troli ! Sebab tu I LOVE ALAMANDA ! Cuma di Alamanda aku benci part mereka yang suka parking kat tepi jalan ! Tu yang nak g tengok wayang tuuu.. Malas nak parking di tempat yang sepatutnya. Nak jimat tapi tengok wayang ! Aparaaa.. Beli dvd pirate la kalau nak jimat !

Ok… Sambung.. Kenapa tak leh guna ekslator ??

image

Nak tak nak , kena guna gak lif ! Dan di lif pulak , ada isu lain ! Isu ramai manusia yang tak tau mana satu yang patut didahulukan !

image

image

Yang dok menunggu lif ni , kebanyakkan orang muda.. yang bujang., yang sedang asyik bercinta.. Yang guna stroller ni , jangan cakap la.. Ramai laaa ! Dah kami tak leh guna ekslator.. Nak tak nak kena guna lif ! Terpaksa berebut dengan insan insan yang sihat sejahtera ni !

Bayangkan aku dok dukung Zahra dan kekadang tukar dengan Qhaliff yang dah kepenatan dan mengantuk ! Sambil tunggu lif ! Lama okkkk ! Bukan seminit dua . Lebih 15 minit la jugakkk ..

Ikut hati aku.. nak je aku sound  kat situ tapi memikirkan rakyat Malaysia ni dah semakin payah nak ditegur , maka aku plan nak maki hamun dalam entri aku ni tapi sabar.. Ramai baca ni ! Bawak bawak tahan mulut ! Serius aku pelik laaa .. Majoriti yang guna lif tu adalah bangsa yang dikatakan penuh dengan budi pekerti ! Ada yang bagus , tapi jumlahnya dah boleh dikategorikan dah nak pupus !

Yang aku sakit mata ni , spesis yang berkapel dan berebut jugak guna lif ! Kalau aku laaaa.. baik guna ekslator ! Baru best jenjalan ! Ingat ingat la .. korang pn akan kawin dan akan ada anak.. Fikir la skit yer !

Aku rasa.. aku tak nak g dah IOI Mall Putrajaya. SERIK ! Teringat aku naik lif di Jepun baru baru ni.. Yang tua diutamakan.. Hurmm.. Di Malaysia , lantak laaaa.. Janji aku lepas ! Bukan semua.. tapi segelintir je yang ingat orang lain !

Penangan ‘OSAKA’ !

 

Sebelum aku menjejakkan kaki ke Osaka , baru baru ni .. ‘Osaka’ dah lama wujud dalam diari kehidupan aku. Aku punya baju OSAKA 06.. Qhaliff dan Zahra juga ada.. Entah kenapa , aku suka dengan OSAKA.. Dan ditakdirkan , aku sampai jugak ke sana ! Rezeki..

Dan baru baru ni , aku balik Kelantan.. merayau kat Wakaf Che Yeh , ternampak sehelai baju yang cukup menarik ! Baju ni aku tak jumpa kat Osaka tapi kat Kelantan ! Hahahaha..

image

Pakai baju ni dan ke Alamanda Putrajaya.. Dan di situ , ditakdirkan sekali lagi… terjumpa dengan OSAKA !

image

Dan masuk ! Tengok barangan yang dijual , segalanya berharga RM5.30 ! Gulp… sememangnya ada barangan yang aku nampak di Osaka , dijual di sini ! Dan harganya memang murah berbanding di sana .. Hurmm..

image

image

Jumpa jugak satu barang ni.. lama dah aku carik. Kalau kat Low Yatt , harga mau berpuluh ringgit gak tapi kat sini.. baru RM5.30 ! Huhuhuh… Rembat selalu !

Masa tak mengizinkan nak mencari lagi.. nak g makan.. Dan akan kembali di waktu orang tak ramai iaitu hari kerja ! Lalalalaa…

‘No handphone’ kata ibu !

 

Kul berapa Qhaliff tidur semalam ? “. Tanya wife sambil menjeling kat Qhaliff yang tidur berhampiran dengan aku , di sofa !

Dah jadi tabiat sekarang , kami berdua tidur di atas sofa.. mengadap television. Aku , terpaksa tidur luar sebab buat kerja dan kalau semua pakat tidur beramai ramai , memang tak tidur jawabya ! Zahra akan kekal aktif kalau abang dia ada ..

Nak jawab apa eh.. Hurmm…

Awal gak la… Dalam kul 3 gitu… Tertidur sendiri.. “ . Jawab aku. Dan wife start membebel. Aku faham.. Tapi nak wat camana.. Qhaliff takkan nak masuk dalam bilik punya selagi aku ada di luar dan kalau aku masuk pon , dia tak nak ! Dia nak tidur kat luar. Nak layan tv dulu sebelum tidur.. dan Youtube ! Hurmm..

Aku bagi cadangan.. Sebelum tidur , kita baca buku beramai ramai. Maka kelmarin , wife pun beli la buku.. Beratus la jugak katanya..

image

Apakah berhasil ?? Semalam , Qhaliff tidur ngan aku lagi ! Di sisi aku. Tengok tv sampai terlena ..

Hurm…. Kena ubah tabiat ni sebelum dia besar ! Tak bagus !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI