Khamis, 29 Oktober 2015

Akhirnya SONY XPERIA Z5 ditangan aku !

 

Lama tunggu ! Apakah kelebihan Sony Xperia Z5 kali ni berbanding dengan Sony Xperia Z series yang lain ? Pasni banyak ! Terutama dari spesifikasi dan juga kamera..

image

Seperti biasa , Sony Xperia akan ada dua jenis.. Satu bersize 5.2” dan satu lagi compact , 4.6”. Pastinya ada perbezaan terutama di bahagian display. Harga pon berbeza gak.. Tapi yang aku suka , mereka kekalkan DUAL sim. Aku dah nampak kelebihannya.. Dan aku akan tumpu pada Dual..

Untuk spesifikasi Sony Xperia Z5 Dual , sila rujuk SINI manakala Sony Xperia Z5 Compact , sila rujuk SINI.

image

image

Kameranya kali ni menggunakan teknologi yang Sony Alpha.. Superb ! Internal memory , 32GB tapi boleh guna microSD ( sehingga 200GB ) . Tu penting tuuu.. Aku tak nak yang tak leh guna microSD. Senang nak buat backup. Banyak kali dah kena , laptop aku tak leh nak detect usb jer..Bayangkan kalau tak leh detect langsung ? Camana nak tranfer data ? Perghh.. berpeluh jap..

image

Yang penting… masih boleh masuk dalam air ( bukan air laut yer atau air panas ) ! Dan.. dann.. bodynya berbeza dari Sony Xperia Z2 , dan Z3. Yang mana aku rasakan , tak perlu susah susah nak beli housing gituuu.. hehehe ..

Ok ok .. ni part paling penting .. Sony Xperia Premium !

The World’s First 4K Smartphone !

Bayangkan teknologi tv Bravia , di tangan anda ! Hehehehe.. Camana rasanya tengok movie atau kualiti kameranya ? Perghhh..

image

Perghh… nangis tengok ! Ok , nak simpan duit ! Nak sambar yang ni nanti .. hehehehe. Spesifikasinya , boleh rujuk di SINI.

Tak jadi nak beli Iphone.. Lalalalaaa…

Perangai lama kembali !

 

Hari ini ada event berhampiran One Utama.. lebih tepat lagi kat One World Hotel , Petaling Jaya. Aku sebenarnya cukup tak suka datang sini.. Kenapa ? Jammed tak kira masa , jammed memanjang ! Kawasan elite la katakan !

Maka aku buat keputusan di saat akhir.. Wife bawak je kereta ke pejabat , dan aku naik je LRT. Sian kat dia nak naik LRT. Kalau petang kang hujan , lagi kesian kat dia nak redah hujan dengan naik pengangkutan awam ni…

Hurm.. aku naik LRT. Teringat kisah lama dulu ! Adeh.. Wajib ada earphone di telinga. Boring koooo ! Dan kali ni , aku dah bersedia. Aku dah standby earphone dalam beg.Harapnya tak bermasalah la kang earphone tu..

Terus terang… aku agak tak berpuashati dengan earphone aku tu.. Ternampak kawan aku post gambar dia ngan earphone , terus aku bertanya..

Dan… akhirnya ! Yess !

image

 

Apakah soundnya sedap ? Kalau sedap .. maka pasni aku g event naik LRT je la walaupun dalam LRT penuh dengan abang abang Bangla.. Bau semerbak ! Adehh..

Korang nak gak ? Jangan risau.. ada diskaun untuk korang kalau nak ! Tuggu entri aku mengenai Sudio Vasa ni..

Dan GATSBY jadi pilihan aku..

 

Macam macam dah aku cuba gel rambut yang sesuai dengan aku. Hurmm… Kalau zaman usia 20 an ok la kan ? Dengan style pacak pacak gituu.. Tapi ni nak masuk dah 40 ! Fuhhh.. terasa tua dah ! Tapi muka tak gitu kan ? Muda je nampak ? Apakah rahsianya ??? Tu kena buat entri lain.. hehehe..

image

Aku tercari cari gel rambut yang sesuai dengan aku.. Brylcream ?? Oh noooo…noo ! Aku serik pakai ! Zaman sekolah dulu pakai , muka abis berminyak.. Berjerawat jadinya ! Hurmm..

Aku dah cuba bermacam macam dan akhirnya , aku mencuba sesuatu yang baru ! Masa tu di Korea , blogger BeautifulNara yang sebilik dengan aku membeli gel rambut yang aku tak pernah terpikir langsung nak pakai !  GATSBY !

image

Dan ianya amat sesuai sekali dengan aku. Nampak lebih kemas dan kacak ! Hahahaha..

Satu kesilapan aku , aku tak beli stok ! Bila dah abis , tercari cari aku kat sini… Payah jugak nak jumpa.. Hurmm..

image

Tengok gambar di atas.. Kan ? Nampak lebih sesuai dengan usia aku.. Nampak ‘jarang’ rambut aku kata mereka bila aku pakai gel rambut yang kelihatan basah dan melekit tu.. hurmm ..

Tapi bukan semua gel rambut Gatsby sesuai dengan aku. Hanya yang macam ‘cream’ je sesuai dengan aku. Dan aku jumpa akhirnya di AEON , semalam.. Memang best !

image

StylingClay tuuu.. tu je yang sesuai dengan aku .. Tapi harganya ? Perghhhh.. Kena berjimat jimat la pakai ! Bila gi event atau keluar dating ngan wife la kot sesuai pakai.. hehehe..

GST satu kejayaan membanggakan , kah ?

 

Hurm… Ketuk dahi aku hari ni.. Servis kereta kena RM500++. Pada awalnya , cuma RM300++ termasuk GST ! Kemudian aku diberitahu ada satu kerosakan pada bahagian absorber dan perlu diganti. Segalanya terpulang pada aku , samada nak ganti atau tidak. Memandangkan kereta aku digunakan 24 jam , 7 hari seminggu dan itulah saja kereta yang aku ada serta digunakan oleh kami , suami isteri.. aku redha jer la ! Dan barang tersebut dinilaikan termasuk dengan GST. Haihhh…

Dan petang tadi , beli barang dapur. Wife kata nak murah.. tunggu 28hb dan beli di AEON. Amik barang dapur dan juga sedikit barang untuk anak anak. Aku tak amik barang aku seperti dulu dulu.. dulu dulu sebelum GST bermula ! Dan jumlahnya termasuk GST , RM300++ . Pembelian barang dapur ini tidah melibatkan wang BR1M ! Aku tak layak terima walaupun aku tak bekerja.. Camana tu ? Hahaha..

Senyum je la.. Hulur kad ATM pada wife.. Sememangnya ini adalah ‘bahagian’ aku. Menyediakan bahan keperluan harian pada keluarga..

Melihat pada troli , apakah cukup untuk sebulan ? Jawapannya.. tentulah tidak !

image

Apakah perlu aku membeli barangan yang perlu saja ? Terpaksa melihat saja mereka yang berkemampuan , makan sedap sedap ? Yer..kalau mampu apa salahnya ? Terus terang , sebelum ni mampu sangat tapi selepas GST dilaksanakan , ternyata banyak barang barang yang selalu ada di dalam peti ais aku , dah tak da ! Terpaksa fikir banyak kali untuk membelinya ! Hurmm..

Inikah yang diinginkan oleh mereka ? Melihat rakyat mereka telan air liur ? Sebulan sekali je rasa walhal mereka..

Semoga Allah memberkati rakyat Malaysia dan terus memberikan kesabaran hingga PRU akan datang.. Yer , kita tentukan di Pilihanraya Umum nanti… ikut lunas undang undang.. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI