Isnin, 2 November 2015

Kerja gila di subuh hari !

 

“Bang , baju baju tu tolong jemur jap.. “.

Aku angguk je la.. Tengok jam dah 620 pagi.. Ada 10 minit lagi sebelum berangkat ke Cheras.. Aku melemparkan pandangan ke langit dan .. terbeliak aku !

SubhanAllah ! Lama dah aku tak nampak permandangan begini di subuh hari.. Terus aku capai kunci kereta dan memecut ke jalan seberang.. Naik bukit dan keluarkan kamera..

image

image

Cantik ! Puashati aku.. Syukur pada Allah , aku masih dapat melihat keindahan di bumi sendiri.. takde la dok puji negara orang je , kan ? Hehehe..

Kemudian aku patah balik ke rumah..

“ Abg gi mana ? Hilang tetiba.. “.

Aku lemparkan senyuman.. Orang perempuan takkan paham… Hahahaha…

Merehatkan minda di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

 

Jika isteri anda bertanya pada anda , soalan begini ..

“ Bang , nak gi mana hujung minggu ni eh ? Penat la kerja.. Nak g tempat yang tak perlu buat kerja.. nak rehat jer dan makan makanan yang sedap sedap ! “.

Maka aku ada jawapannya ! Bagi mereka yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor , rasanya sesuai sungguh la ajak keluarga anda berehat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur !

Yup.. aku dah menikmati semalam di sana dan rasa segar sangat selepas tu ! Si isteri pun boleh gi berehat di spa.. anak anak leh lepak bersantai bersama si ayah.. hehehe.. Pastu boleh gi shopping di shopping mall di sebelahnya ! Baru , segar dan banyak kedai murah murah !!

Bilik yang aku nginap tu sekarang ni ada promotion sehingga 3 Januari 2016..

image

Camana bilik dia ? Ok ke ? Hurm.. tengok sendiri.. Bilik yang aku nginap ni Club Floor Suite .

image

image

image

image

Ni bahagian nak lepak sambil buat kerja.. Dan viewnya ? Fuhhh… Terbaik ! Buat kerja sambil bukak tingkap… terasa macam kat oversea lak.. hehee.. Nasib baik jerebu dah berlalu..

Nak buat kerja masa bila ? Subuh menjelang ? Tengahari ? Atau malam hari ?

image

image

image

 

Dan bilik tidurnya.. Hehehhe..

image

image

Biliknya dipisahkan dengan satu pintu.. hehehe .. Seronok budak berlari sana sini..

Dan katil yang amat selesa.. Tak cukup , boleh je mintak lagi satu katil tambahan..

image

Tandas yang bersih.. Ada dua bilik mandi..

image

Ada gym yang besar juga bagi aku.. Kolam renang lounge untuk lepak di malam hari serta pilihan restoran yang memang enak sekali pilihan makanannya.

image

Kalau ‘sayang’ nak tingalkan bilik untuk makan malam atau pagi mahupun tengahari , ada room service ! Makanannya , memang sedap ! Tak seperti hotel hotel di KL yang pernah aku pergi.. Harga mahal tapi rasanya.. adehh…

image

image

image

image

Amacam ? Menyelerakan ? Hehehehe.. Memang abis semua makanan yang diorder !

Dan ‘percutian’ aku berakhir dengan senyuman. Puashati sangat sangat ! Layanan kakitangan pon aku suka.. cuma kalau di kala mereka sibuk tu , kena la sabar skit yer.. Jangan cepat melatah.. heheheh..

Oh ya.. antara tarikan sepanjang bulan November hingga Disember ialah…

image

image

image

image

image

Berminat ? Sila hubungi dengan segera kerana hotel ni senantiasa jadi pilihan ramai…

Tel : 03 4042 5555

E Resv : sales@seripacific.com

Web : www.seripacifichotel.com

FB : www.facebook.com/seripacificofficial

Sekarang aku memahaminya !

 

Dulu aku cukup tertekan bila bapak aku asyik menangkan adik perempuan aku ! Suka sangat backup dia walaupun buat dia yang buat salah ! Arghhhhh…

Dan roda berpusing , aku merasainya sekarang .. Aku ada sepasang anak ! Lelaki dan perempuan. Si abang dan si adik ! Si adiik , cepat bercakap sebab belajar dari abangnya.. Makin petah dan makin banyak keletah..

image

Bila mereka berbaik,, aman dunia. Seronok tengok mereka bermain bersama.. Tapi langit tak selalunya cerah… Mendung datang secara tiba-tiba..

Sorang teriak.. tapi tak pasti sapa yang bersalah ! Kekadang si abang yang menangis.. Tapi selalunya , abang la.. adik tenang je muka dia.. macam takde apa apa yang berlaku !

Dan abang jugak kena beralah.. walaupun abang yang menangis ! Acaner tu ???? Berebut mainan ! Yang bestnya , bila si adik menangis.. tangisannya cumalah satu kepura-puraan walaupun keluar air mata ! Bila buat tak tau , dia kembali ceria… Eh ???

image

Bila aku dukung Zahra , Qhaliff pon nak jugak.. Bila aku dukung Qhaliff , adik tengok jer.. Tunggu aku letak Qhaliff, cepat cepat dia hulur tangan… iskhh…Kena dukung gak.. adil !

Nampaknya memang benarlah.. aku perlu lebihkan si anak dara.. Patutlah anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya.. Tapi buat masa ni , Qhalifflah peneman aku.. di kala aku buat kerja di malam hari.. Best Friend daddy ..

image

Dan Zahra.. serupa awek daddy dah ! Ibu pun leh jeles tengok bila si dara ‘mengayat’ daddynya ..

image

Baru 2… camana nak tambah lagi 2 ?? Fuh….

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI