Khamis, 5 November 2015

Akhirnya , Ambi Pur jugak !

 

Sebelum ni pernah guna gak tapi.. tak tahan lama dalam kereta ! Tau tau , hilang ! Kerja sapa ? Kerjasama dua orang budak kecik ! Kalau tak abang , adik punya kerja ! Akhirnya aku malas nak guna dah ! Biar la bau pon.. bau laaa !

Tapi hari ni berubah ! Hahahaha.. Aku hadir ke event Ambi Pur hari ni.. sampai di lokasi event , kereta aku di parkingkan oleh car jockey..

image

Dan masa nak balik , kereta aku dipulangkan.. aku ternampak ada pewangi kereta dalam kereta aku..Ambi Pur.. Hahahaha… Adehhh.. Segan i okkk ! Nak je aku g kat dia dan menyanyi depan dia..

“ Sori sori sayang kuuuu.. kereta ku berbau…

Sori sori sayangku… bukan ku tak mampu.. “

image

Dan aku tambah lagi pewangi kereta jenama Ambi Pur menjadikan kereta aku bertambah wangi ! Baru semangat nak memandu..

image

image

Hehehe.. Akhirnya Ambi Pur gak berjaya wangikan kereta aku setelah banyak kali guna pewangi lain.. gagal tahan lama !

Jom ke DRB-HICOM AUTOFEST 2015 !

 

Aku yakin korang minat kenderaan berenjin kan ? Hehehe.. Pastinya aku merujuk pada motorsikal , kereta dan apa saja yang guna enjin ! Heee.. faham kan ? Kan ? Haaa..

Pada 6hb hingga 8hb November ni , DRB-HICOM AUTOFEST 2015 akan diadakan di Eon Complex Glenmarie , Shah Alam. Ini adalah pameran kali ke empat yang dianjurkan oleh DRB-HICOM.

image

Antara syarikat yang terlibat kali ni ialah Proton, Lotus, Volkswagen, Audi, Honda, Mitsubishi, Isuzu, Modenas, Can-Am Spyder , Tata dan Jeep. Menarik je kan ?

Selain dari pameran kereta yang menarik , ada juga tawaran tawaran menarik seperti cabutan bertuah serta diskaun untuk pembelian kereta ! Fuh… Cabutan bertuah , pemenang bertuah akan membawa pulang kereta Proton Iriz dan juga motorsikal Modenas.

Selain itu turut akan diadaka ialah  lelongan kereta terpakai Proton dan sesi bidaan  pada hari Sabtu (jam 11 pagi dan 3 petang ) dan hari  Ahad (jam 3 petang). Lebih dari 200 kereta akan dilelong !!!

Promosi istimewa turut diberikan pada mereka yang membuat pembelian kenderaan di sini dan antara  syarikat kenderaan yang menawarkan promosi ni ialah Isuzu, Volkwagen , TaTa , Mitsubishi , Lotus dan Modenas.

Bagi memeriahkan pameran ni , persembahan istimewa dari kumpulan Caliph Buskers (Sabtu), No Noise Percussion (Sabtu) dan Elecoldxhot (ketiga tiga hari ) akan menghiburkan pada tetamu.

Lapar ? Dahaga ? Jangan risau sama sekali ! Pelbagai food trucks akan ada sepanjang pameran ni . Jadi anda tak perlu risau part tu yer .. hehee.. Bawak je duit ..

Apa lagi ? Rancang dengan pasangan anda atau rakan rakan anda hujung minggu ni ! Ajak beramai ramai datang.. mana tau ada rezeki menang cabutan bertuah atau beli kereta baru di sini ! Heee…

Untuk maklumat lanjut , sila ke http://www.drb-hicom.com/. Masa pameran DRB-HICOM AUTOFEST 2015 ini  ialah 9 pagi hingga 6 petang. Sila rancang betul betul yer.. heheeh..

Jumpa di sana nanti !

Membahagikan kasih sayang..

 

Aku anak nombor dua.. Seringkali merasakan terpinggir disebabkan orang tua aku lebihkan abang dan adik perempuan aku. Itu yang aku rasa selama ini hinggalah aku punya Zahra dalam hidup aku..

Qhaliff , anak sulung dan banyak memberi ‘tuah’ pada aku dalam dunia blog ! itu yang aku rasa.. Sejak kehadirannya , rezeki aku dalam dunia blog bertambah tambah..

Dia membuatkan aku senyum selalu. Terhibur dengan keletahnya..

image

Tapi bila Zahra muncul.. Aku dapat rasakan dia seperti ‘tercabar’ .. Setiap hari dia berusaha nak mencuri hati aku dengan melakukan pelbagai aksi untuk membuatkan aku ketawa.. seperti mana aku ketawa melihat Zahra melakukan aksi spontannya..

Haih… Sian dia.. Tercabar sungguh dia dengan Zahra. Sememangnya terang terang dia geram dengan Zahra.. Hurmm.. Tapi dia sayang sangat kat adik dia ni..

image

Sebagai seorang ayah , aku perlu adil dalam membahagikan kasih sayang pada dua orang anak aku ni. Yang pertama , dulu dia dimanjakan dan muncul ke dua , takkan aku nak biarkan dia dan masih lebihkan yang pertama ! Arghhh..

image

Qhaliff sering mendapat kelebihan.. dia dah besar dan mudah bawa diri tetapi Zahra seorang yang mudah berdikari ! Bila aku tinggalkan dia rumah orang tua aku , dia cool jer.. Kalau Qhaliff , meraung dah nak ikut ! Huhu..

image

Kalau ikut hati aku.. dua dua aku nak usung tapi masih belum boleh lagi nak bawak Zahra ! Aku kena ajar dia duduk dalam car seat. Qhaliff dulu ok jer.. Zahra tak nak ! Dia berlagak dewasa dan ini membahayakan ! Zahra nak duuduk sendiri ! Nak tak nak , kena tinggalkan dia dengan mak aku dan bawa Qhaliff jer..

Dan di rumah.. Zahra diutamakan oleh aku dan Qhaliff dengan ibunya.. Tapi dia tetap nak ‘aku ‘ ! Dan aku bagi kelonggaran dengan lepak bersama aku hingga awal pagi namun ini tidak sihat sebenarnya bagi dia !

Pening jugak aku.. Kalau ikut hati aku , aku nak ‘resign ‘ dari dunia maya ini dan beri tumpuan sepenuhnya pada mereka berdua ! Tanpa ada sebarang gangguan…

image

Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI