Isnin, 9 November 2015

DRB-HICOM AUTOFEST 2015

 

image

Sabtu lepas , aku ke DRB-HICOM  AUTOFEST 2015 yang terletak di Glenmarie , Shah Alam. Lama dah aku tak gi event event cam ni. Dulu masa kerja di PWTC , rajin gak la singgah ke pameran cam ni.

Nak ke sini , aku guna GPS jer.Parking di The Garden kemudian tunggu shutter datang amik dan bawa ke tempat pameran. Tak jauh pon tapi dengan cara gini , mereka berjaya elakkan kesesakkan tempat parking kereta.

Pemandu shutter pon ramah ramah. Kereta yang disediakan, selesa sekali ! Kiranya tak de masalah dari segi pengangkutan.

Tak sampai 5 minit , sampai dah di Eon Complex. Dan aku pun terus menuju ke ruang legar pameran. Banyak kenderaan yang menarik. Ini bukanlah autoshow yang pamerkan kereta yang tak mampu milik ! Hahaha.. Ianya lebih pada golongan pertengahan macam aku ni dan termasuk juga peniaga..

Antara kereta yang ada di pameran ini ialah Proton, Lotus, Volkswagen, Audi, Honda, Mitsubishi, Isuzu, Modenas, Can-Am Spyder , Tata dan Jeep.

image

image

image

image

image

image

image

image

Dan antara kereta yang menarik di pameran ini..

image

Bagus ! Nak test drive pun dah disediakan tempat. Nak test drive kereta apa ? G je duduk di tempat yang disediakan.. Dan tunggu kereta tu sampai !

image

Selain pameran serta jualan kereta , ada juga lelongan kereta dan cabutan bertuah. Aku tak bertuah kot ? Huhuhu.. Tahniah buat mereka yang berjaya membeli kereta dengan harga yang mereka inginkan dan juga pemenang cabutan bertuah.

image

image

image

Aku sampai awal sangat. Ada persembahan bagi menghiburkan pada pengunjung dan menghidupkan lagi suasana di sini ! Tapi aku gi tu ,  tak mula lagi la persembahan.. Huhuh..

image

Dan bagi mereka yang bawak anak anak kecil , turut disediakan ruangan untuk mereka berhibur. Terbaik ! Sekurang kurangnya , budak budak ni nanti balik , takde la rasa menyesal ikut ibu bapa mereka kan ? Hahaha.. Bijak tul penganjur..

image

image

Bagi membawa pulang cenderahati sebagai kenang kenangan.. Ada satu ruangan untuk bergambar ! Ianya percuma yer..

image

image

image

Sebelum nak balik , isi perut dulu dah hilangkan dahaga ! Ada food truck disini dengan pilihan makanan yang menarik..

image

Alhamdulillah.. cuaca pon ok.. Segalanya berjalan dengan lancar ! Aku balik dengan membawa infomasi berguna untuk aku dan berharap DRB HICOM AUTOFEST tahun hadapan , lebih banyak jenama kereta terlibat terutamanya yang mampu milik..

Tahniah DRB HICOM dan penganjur !

Gegar Vaganza 2015 makin best ?

 

Hehehe.. aku sebenarnya malas nak update bab hiburan sekarang ni.. Tapi memandangkan aku tengok semalam dan sememangnya aku punya blog ni berkisarkan apa yang berlaku pada aku maka… aku nak update gak la.. ringkas je kot ?

Ok.. Aku layan Gegar Vaganza kali ni sebab artisnya semua aku minat. Aku kenal mereka tapi mereka tak kenal aku.. heheh.. Aku membesar dengan layan lagu mereka di pagi hari dalam bas sekolah kot ? Hahahaha … Adeh..

Minggu ni menyaksikan Sheeda terkeluar dan ini membuatkan ramai penonton dan peminat Gegar Vaganza berasa lega ! Termasuk aku ? Hehehe..

Aku bukanlah tak suka kak Sheeda tapi rasakan dia bukan tandingan mereka sebab kesemua mereka adalah penyanyi pop / rock yang mana mereka punya ramai peminat tersendiri. Sheeda bagus tapi bukan rezeki dia dalam pertandingan ni..

Ok.. Mengikut perkiraan aku laaa… pertandingan ni dah boleh nampak sapa bakal juara.. Tapi jangan rendahkan peserta lain ! Semua bagus bagus cuma si bakal juara ni punya kelebihan dari segi pengalaman , suara dan juga rupa ! Pakej tuuu ! Hahahaha..

Sapa pilihan aku ? Finalis bagi aku yang layak ialah.. semua ! Tapi Ezad , Farahdiya , Amir , Azian mampu berikan cabaran pada si bakal juara pilihan aku , Nasser Wahab..

Hurmm.. Pengacara.. Nabil dan Jihan… Jihan ok tapi Nabil perlu berhati hati skit la bila bercakap. Jangan main lepas jer..  Ni jenis cakap tak lalu ke otak terlebih dahulu ! Main cakap dulu pastu ‘opsss. sorii.. ‘ . Sama seperti AC Mizal.. Kena tahu , yang menonton rancangan ni terdiri dari pelbagai lapisan usia yer !

Keseluruhan , rancangan ni memberi sinar baru pada penyanyi yang semakin pudar ditelan masa. Lagu lagu yang dinyanyikan pon semua sedap sedap belaka !

Hurmm.. Qu Puteh ? Hurmm.. Malas nak komen.. Dia dah taja pon dah kira bagus la kan ? Hahahaha .. Belasah je la ..asal dia happy dah !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI