Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 10 November 2015

Berakhirnya era jam tangan ?

 

Setiap kali aku lalu kedai jam , aku pasti akan berhenti seketika. Melihat keindahan dan keunikan ciptaan jam tangan yang berada di dalam kaca pameran kedai tersebut membuatkan aku menelan air liur ! Cantik cantik belaka !

Aku minat jam. Tapi aku tak minat nak jadikan koleksi. Aku gemar pakai jam hingga jam tu rosak atau ada penganti baru.. maka jam tu aku akan simpan terus.

Dan kehadiran pelbagai smart watch di pasaran sekarang ni membuatkan aku terfikir.. apakah zaman kegemilangan jam tangan berenjin akan berakhir ? Tak kira la analog atau digital… akan digantikan dengan smart watch yang mampu buat macam macam perkara ! Malah antaramuka jam tu boleh berubah berubah.. tak la boring kan ?

Semalam , aku tonton satu youtube mengenai smart watch dan paling gempak ialah dari LG ! Huhuhuh.. Sememangnya telefon pintar LG pon ketahui umum , mmg gempak terutama kameranya ! Sayangnya , susah nak dapat telefon pintar berjenama LG ni..

Ok.. ni smart watch LG ! Lagi gempak dari Apple punya yer !

image

Kelebihan ? Perghhhh.. dasat ! Dasyat dasyat ! Kalau tak mengenang aku baru rembat treadmill , aku confirm beli online dah ! Huhuh..

Tapi yang ni gempak ! Yang atas tu , kalau aku bawak BMW.. sesuai laa.. hehehe .. Yang bawah ni sesuai dengan aku..

image

image

image

Dia ada , ‘ Ok Google’ .. Macam SIRI Iphone laa… Bagi arahan pada jam tu.. dia buat la kerja dia.. GPS pon ada..

image

Dan yang ni penting untuk aku yang semakin kerap lupa jadual harian !

image

Hurm… jangka hayat pon lama dah skang ni smart watch.. balik umah , charge ! Senang citer..

Kalau korang , korang masih nak guna jam tradisional atau yang moden gini ? Teringat aku pada James Bond. Dah jadi kenyataan , kan ?

Spesifikasi jam ni ?

OS : Android Wear

Paparan : 1.3” Full Circle P-OLED

Dimensi : 46.4 x 53.6 x 9.7 mm

Berat : 62 g

Bateri : 410 mAh

Processor : CPU Qualcomm® Snapdragon™ 400, 1.2GHz

Bluetooth® : 4.0

Jumlah Internal Memory : 4GB eMMC* ( memory up to 3 GB), 512MB RAM

Sensors : 9-Axis (Gyro, Accelerometer, Compass), PPG (Heart rate monitor), Barometer

Kalis Debu & Air : IP67**

Harga je aku tak tau.. heehhe .. Amacam ? Menarik ?

ASSAM HOUSE PUTRAJAYA

 

image

Kali pertama ke sini.. Kali pertama nampak , dan terus masuk. Walhal sebenarnya nak ke My Masak yang terletak hujung sana tapi nampak susun atur di ASSAM HOUSE ni lebih menarik di samping berhawa dingin. Anak anak tengah tidur , maka biarlah mereka lena dalam kedinginan.. kan kan ? Hehehe..

image

Terletak di Ayer@8  Putrajaya , Assam House telah beroperasi lebih 3 bulan.  Aku tertanya gak apakah kelebihan restoran ni berbanding dengan yang lain ?

Setelah berbincang dengan wife , kitorang pon masuk laa.. Walaupun ada 10%  service charge , kitorang redha je la.. Mana tau , masakannya sedap , kan ? Haaa…

image

Alhamdulillah.. langkah kanan kitorang disambut dengang senyuman. Terus terasa lapar.. Persoalan seterusnya , nak makan apa ? Hurmm..

image

Tengok menu..

image

image

Banyak pilihan.. semua nampak menyelerakan.. Tapi mana satu yang aku teringin nak makan ?

Sambil order , sambil layan permandangan indah di luar tingkap.. Cari feel kata orang ! Hahahha…

image

Ok… Aku ada idea ! Aku nak test cantonese keow teow. Biasanya bagi aku laaa… kalau masakan keow teow dia sedap , yang lain mesti sedap ! Tu pendapat aku laaa !

Memandangkan pelanggan tak ramai ketika ni , maka order aku sampai cepat ! Alhamdulillah.. kelaparan gituu..

image

Manakala wife amik bubur. Dia leh kongsi dengan Zahra.. Hehehe.. Penjimatan ..

image

Sedap kantonis keow teow aku ! Terasa keenakkannya.. Bubur tak sempat aku nak rasa sebab diorang berdua abiskan . Aku tapau nasi goreng cina untuk Qhaliff makan di rumah memandangkan dia masih lena.. Pun sedap rasanya.

InshaAllah , nanti nak singgah lagi.. kali nak nak rasa tom yum lak.. Heheh… Apakah lebih sedap dari biasa yang aku makan ? Jeng jeng jeng…

Bila Qhaliff dan Zahra berborak..

 

Pada suatu petang di Sepang..

image

image

Ceritanya bermula gini..

Petang tadi.. daddy nak photoshoot gambar Zahra.. Ibu pakaikan tudung kat Zahra tapi  tarik balik la tudung tu.. Haa.. Ibu betulkan balik tapi Zahra buat lagi.. 

Daddy malas nak tunggu.. dia amik je la gambar dan post ke Facebook dan Instagram. Nampak sangat daddy dah kering idea ! Hahaha..

image

“ Zahra siap baring baring lagi.. Daddy terus amik gambar dan post jugak ke Facebook dan Instagram.. Hahahaha “

image

“ Pastu ramai la orang LIKE dan Komen.. Rasanya mesti lebih ramai dari abang punya ! Yelah , kan Zahra lagi menarik dan tertarik berbanding daddy dan jugak abang.. Haa…. sebab tu la daddy bengang dan stress !

Pastu daddy terus keluar dari rumah.. Katanya nak g main mercun. Sambut Deepavali ! Agak agak la bang oiii.. Bila lak kita sambut Deepavali ??? Tu tanda daddy stress laaa.. kan ? “

image

image

-Tamat-

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI