Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 12 November 2015

Sapa nak tiket konsert Hi-5 ?

 

Korang pernah tonton rancangan Hi-5 di tv kan ? Teringin nak tengok konsertnya secara langsung di depan mata , bersama sama anak anak korang ? Fuh.. mesti seronok punya kan ? Hehehehe..

Bagi yang kenal Hi-5 ni , ini peluang korang nak tonton konsert ‘Hi-5 House of Dreams Tour in Malaysia 2015’ di Istana Budaya secara percuma ! Tapi.. tapi.. Haa !

image

Bagi yang berminat nak dapatkan tiket free , korang kena join pertandingan ni ! Ala.. senang jer ! Berbaloi ok !! Setiap pemenang akan dapat 4 keping tiket VIP yang mana harganya RM1,216 ! 5 pemenang akan dipilih pihak penaja yang mana program ni ditaja oleh Enrich Junior Programme by Malaysia Airlines.

Untuk mereka yang segan join , boleh je beli tiket terus. Manakala bagi pemegang kad keahlian  Enrich , ada 10% diskaun yer.. Sila guna kod – enrich10.

 

Ok… Bagi yang nak tiket free ! Jom ikut langkah langkah yang aku bagi ni..

  1. Rakam video anak korang sedang menari atau menyanyi salah satu lagiu dari Hi-5 atau hantarkan gambar dan namakan lagu Hi-5 yang anak korang suka di Facebook atau Instagram.
  2. Lengkapkan ayat .. "Saya layak untuk memenangi tiket ini kerana..." (20 patah perkataan atau kurang) - Bahasa Melayu. atau dalam Bahasa Inggeris , "I deserve to win these tickets because..." (in 20 words or less).
  3. Bagi yang ada BLOG.. sila update mengenai penyertaan anda dan jika tiada , update je di Facebook dan Instagram dan pastikan status korang tu di set "PUBLIC" dan wajib guna "hashtag" #todayishere #malaysiaairlines #EnrichUrLife #EnrichJunior !!! Ok.. Korang TIDAK DIWAJIBKAN menghantar penyertaan melalui semua media sosial yang ada. Mana yang ada jer . Tak kira la dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
  4. Siap ? Ok.. seterusnya .. Sila hantarkan link url  penyertaan korang  seperti URL BLOG, URL FACEBOOK, URL INSTAGRAM atau TWITTER di ruangan KOMEN di bawah entri ini. Tak hantar , jangan salahkan aku kalau juri tak tengok yer..

 

Itu sahaja!!! Mudah kan? Tak mudah ? Cer baca balik sampai paham ! Mudah je pon !! Adoiyai.. Berbaloi la bagi yang minat Hi-5 ni !

Tunggu apa lagi ? Tarikh akhir penyertaan ialah 23 November 2015 dan pemenang akan diumumkan pada 28 November 2015 dan tiket tiket boleh diambil pada 30 November hingga 9 Disember !

 

image[11]

Terima kasih pada yang sudi join contest ni ! Dan semoga berjaya ! Kalau menang . leh kita lepak sama sama nanti ? InshaAllah..

Berita baik buat para isteri ?

 

image

Bila aku post gambar di atas , aku rasa lebih 90% yang komen , Like serta Share gambar ni adalah ? Korang rasa ? Hahaha.. Kan ? Dah tau kan ?

Apa kata wife aku mengenai gambar yang aku post tu ? Andai Facebook laksanakan penambahan tu ? Fuhhh.. Dia antar mesej di Whatsapp..

image

Adehhh… Makin kerap Whatsapp semata mata nak check ? Maka wahai suami , janganlah hairan tetiba isteri anda jadi sangat mengambil berat di Whatsapp !

Huhhh…

Apakah penambahbaikan ini akan memberi impak positif di mana tidak akan berlaku lagi kes kecurangan di Whatsapp atau para lelaki akan makin kuat mengepit telefon pintarnya serta meletakkan kata laluan 25 digit untuk megelakkan telefonnya dicurik ambil senyap senyap dek kekasih hatinya ? Fuhh..

Si lelaki akan kata .. “ Inilah agenda Yahudi ! Nak memecahbelahkan rumahtangga ! “

Si wanita akan berkata.. “ .. “ . Krik krik ? Tapi dalam hati mesti akan berkata begini .. “ Sampai bila aku nak check telefon laki aku ni ?? Haish.. Takkan tak percaya dah kot kat laki sendiri ? “.

Ada baik dan buruk. Si pasangan akan senantiasa berasa syak pada suami dan ini tidaklah bagus.. Apa hukum bila kita was was terhadap seseorang ? Haaa.. Bersangka baik ! Ecehh.. Hahahaha..

Tolong jangan whatsappp aku yer ! Terutama anak dara tu ! Plss.. Apa apa , sila mesej di Telegram jerr .. Laalalala..

Nak nakal , tak susah … kan ? Pucuk pangkal , tanya diri sendiri.. Akhirat , jawab pada Allah kenapa kita buat gitu.. kan ? Fuh.. Akhirat tu wujud yer..

Istilah ‘kapal karam’ ..

 

Jam 12 tengah malam..

Hanya tinggal Qhaliff , menemani aku buat kerja. Zahra , dah masuk tidur dengan mak dia.. Kalau dua dua masih berjaya , memang aku tak leh buat apa apa pon. Jika nak buat kerja , salah seorang pasti sibuk nak buat kerja gak ! Satu laptop aku dah lingkup , maka sebaiknya elakkan yang baru beli ni mengalami nasib yang sama.. Hehehe..

Jam 11 pagi..

Dua dua dah bangun.. Maka bermulalah hari yang penuh kesibukan ! Walhal tak la sibuk mana pon.. tapi dua dua ni buat aku jadi sibuk tanpa henti.. mengemas , mengelap , mengambil makanan di peti ais dan ulang balik ! Sehinggalah Zahra tidur kembali .. keadaan jadi tenang semula.. Qhaliff , tak pe.. dia tu ikut telunjuk Zahra ! Tu masalahnya..

image

Rumah serupa kapal karam ! Memang pening tengok.. tu belum part makan bersepah sana sini.. Tapi tak pe la.. Anggap mereka dalam proses pembelajaran . Syukur Qhaliff dah boleh pikir dan tau apa betul dan tak. Cuma sesekali dia suka provoke aku ! Hurm.. nak perhatian la tu.. Petang , Zahra akan tidur.. Dan Qhaliff , tengok nasib la.. Hahaha..

Kul 630 petang..

Wife balik. Baca Bismillah dulu sebelum bukak pintu.. Hehehe.. Sendiri mau paham je la ! Dan aku baru leh tarik nafas lega ! Tapi sian kat para isteri kan ? Lepas kerja di pejabat , sambung di rumah.. Tengah malam baru dapat rehat.. Tu pon sambung menyusu anak.. Hurmm.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI