Sabtu, 14 November 2015

Nutella merbahaya untuk kanak kanak ?

 

Ternyata ! Ternyata !!

image

Ternyata bila dah dapat kat diorang , maka jangan mimpi nak dapat balik kecuali bila diorang dah puas makan ! Ini terbukti dengan adanya gambar ini !

image

Hurm.. sama je dua dua ! Tapi adik makan dengan penuh kesopanan manakala abang dia bersikap.. “ Ini aku punya ! “.. sehingga terlena ! Gambar abang dia ni , aku rasa seusia Zahra kot masa tu.. iskh iskh.. dia usung sampai dalam kereta si Nutella tu… Adeh..

Gunakan earphone ketika memandu !

 

Selepas kawan aku yang guna earphone sama seperti aku bagitau yang mana bila guna untuk menjawab telefon , soundnya sangat jelas dan mereka yang sedang berbual dengan kita pon dengar dengan jelasnya , maka aku pon mencubanya hari ni !

image

image

Aku call wife.. call mak  aku.. call kengkawan… Dan semua menjawab dengan ok je seolah olah aku memegang telefon.. rasanya pegang telefon pon tak sejelas ni kot ?

Selepas aku promote ari tu di blog , ada rakan membelinya dan memberi feedback pada aku.. Katanya dia berpuashati membelinya walaupun harganya agak mahal sedikit..

image

Alhamdulillah.. lega rasa bila kita promote sesuatu dan ada yang membelinya berpuashati ! Huhuh..

Nak beli ? Tengah ada diskaun ni.. Baca je di Earphone SUDIO VASA.

Peringatan.. masa memandu guna untuk jawab telefon je yer ! Jangan layan lagu lak.. merbahaya woooo…

Berbaloi pakai ‘ Burung Hantu ‘ ?

 

Ok.. Kul 1 pagi ! Masa untuk online sampai pengsan ! Pada waktu begini , mereka yang gunakan Celcom Prepaid berplankan Burung Hantu memang akan senyum simpul la ! Masa untuk layan movie online atau buat kerja !

Aku ? Pastinya masa ni la baru nak update blog. Kebetulan masa ni jugak anak anak dah tidur atau kalau yang berjaga pon , cumalah Qhaliff.. dan biasanya dia akan turut sama online..

Satu tika dulu , aku abiskan 5GB dalam masa 2-3 hari jer ! Hari hari aku kena guna ‘kongsi internet’ dengan Qhaliff dan ini sangatlah membebankan !

Tapi bila dah ada ‘ Burung Hantu’ ni , lega giler aku ! Banyak save dah ! Alhamdulillah..

Dan menariknya.. bila ‘Burung Hantu’ diaktifkan , aku leh kongsi internet sehingga ke 4 gadget sekali gus ! TV , laptop , tab dan telefon pintar..  Ok la kan ?

image

image

image

Lega banyak bila ada plan gini. Sebelah siangnya , aku boleh berjimat. Guna untuk yang penting penting jer.

Cuma yang tak bestnya , bila dah tiap tiap malam berjaga.. hehehe.. jawabnya tak cukup tidur la sebelah siangnya kan ? Maka , sila pandai pandai la bahagikan masa dengan betul..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI