Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 15 November 2015

Kelihatan comel..

 

Tapi bila mereka bergabung ? Huhhh !

Nak dijadikan cerita laaa .. Jam 1 pagi aku terjaga dan ternampak dua dua ni dok baik punya ‘membersihkan’ ruang tamu ! Bergelak ketawa gitu.. Adehhh..

Mak dia ? Hurm… terpengsan la tu !

Dan aku.. Apa lagi ?

image

image

Masuk tidur !!! Kecomelan anda ketika ini , tidak laku ! Dah lewatttt ! Esok nak jalan lagi.. huhhhh …

Bila baik , macam tu diaaa ! Bila ada barang mainan baru , mula laa bergaduh ! Yang adik ponnn.. macam orang besar dah ! Adehhh.. Baru 2 orang ni ! Huhu..

Speaker untuk telefon pintar anda !

 

Bunyinya superb ! Serius ! Confirm tak nak guna earphone bila dah dengar bunyi yang keluar dari speaker Sony SRS – BTV5 ni ! Kalau layan dengan Deezer , confirm akan jadi kemaruk layan lagu  semula.

image

Tak perlu guna kabel.. Boleh guna NFC jer ! Linkkan dengan telefon korang yang ada NFC gak. Kalau takde, tak leh laa.. Tapi laptop leh guna kable USB.. Heee..

image

Best part ! Boleh jawab panggilan telefon dengan guna speaker ni gak ! Hehehhe.. Cool kan ?

image

Nak charging.. pon mudah.. charge kejap pastu leh guna lama.. hehehe ..

Harga ? Hari tu aku tengok kat kedai.. dalam RM100++ jer.. Kalau dapat 2-3 biji ni.. pasang dalam bilik tidur.. fuh ! Mantappp terutama bila layan movie.. Huhuh..

Warung Kita , Kampung Melayu Sg Buloh

 

Kali pertama pergi makan sini. Tempat dia memang selesa. Besar dan luas. Tapi kat sini , layan diri ! Takde orang datang amik order yer.. Maka kena beratur , pilih dan bayar.. Baru boleh makan ! Hehehe..

image

image

Saja aku post gambar banner ni di Facebook dan Instagram. Nak tengok berapa ramai kenal dengan tempat ni dan makanan kegemaran mereka..

Ternyata tempat ni dah cukup popular ! Dan pilihan makanan serta minuman mereka ialah nasi mmanggey air kelapa dan coconut shake.

image

image

Hurmm..Nasi Mmanggey ni lak ada yang kata macam nasi kak wok. Aku tak pernah try lagi nasi kak wok.. Nanti nak try. Tapi memang sedap la nasi mmanggey terutama makan panas panas. Nasib baik aku dah start jaga badan. Kalau tau, memang dua bungkus aku amik makan.. hehhe..

image

image

Kat sini , malam tak buka setahu aku. Tutup jam 7 malam . Buka pagi. Ada nasi berlauk dan memang jadi tumpuan kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Bawak anak anak datang makan sini memang ok ! Tempat dia memang bagi aku , selamat untuk diorang..

image

image

image

Nanti nak pergi lagi sini.. Kena g awal awal skit.. Samada nak try makan pagi atau makan tengahari lak.. Heee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI