Isnin, 16 November 2015

Zahra bakal pelari negara ?

 

Dari ruang tamu.. bila dia terdengar peti ais dibuka, maka akan mencicitlah dia berlari ke dapur ! Bila sampai di muka peti ais , maka tunggu dia dapat sesuatu barulah dibenarkan tutup peti ais tu !

Bila tengok dia lari.. hurmm.. dia laju dari Qhaliff lagi ni ! Rasanya ada bakat dalam bidang sukan.. tapi sukan apa ? Hurm.. nak kena carik sukan yang menutup aurat ! Dan berbaloi bila join..

Petang semalam.. aku naik tingkat atas untuk bersenam.. dia pun ikut sama naik ! Nak jugak naik treadmill ! Qhaliff ? Takut.. Merbahaya katanya.. hehehehe…

Zahra memang jenis nak mencuba segalanya.. Berani dan hati kering !

image

image

Hurm.. apakah dia akan jadi pelari ? Hurm..boleh tu boleh tapi kena cari pakaian yang sesuai dengan dia .. tak kasi buka aurat ! Naya aku nanti di akhirat.. huhu…

Perlukan perancangan untuk maju !

 

Tak lama lagi , usia aku akan mencecah 40 tahun.. Dalam erti kata lain , aku dah boleh join Kilauan Emas pasni ! Hehehe.. Dalam dunia blog , pastinya aku ni dah dikira ‘tua’ untuk bersaing dengan mereka yang masih muda , bergetah serta kacak kacak gitu… Hehehe.. kan ?

Apa yang aku ada untuk pastikan aku masih mampu bersaing dengan mereka ? Hurm.. Aku ada pengalaman ? Strategi untuk terus pikat agensi pengiklanan atau syarikat syarikat besar perlu aku ada..

Setiap medium media sosial aku cuba dan aku terlepas pandang Google+ selama ini ! Menyangkakan Google + tak membawa kesan positif pada aku adalah salah !

Aku mula aktif semula dalam G+ baru baru ini.. Setiap hari aku berusaha mendapatkan gambar gambar cantik ! Bangun awal pagi.. berhenti tepi jala.. Hanya untuk berusaha mencari sudut yang sesuai..

image image

Dan.. aku berjaya ! Berjaya !! Huhuhuh.. Tak sangka sama sekali apa yang aku buat selama ini membuahkan hasil..

Selalu aku bagitau wife , apa yang aku buat ini adalah satu pelaburan jangka panjang.. Tolong bersabar .. inshaAllah , akan memberi pulangan yang berguna pada aku dan keluarga !

Berbaloi !

Sarapan pagi di..

 

Selain Ummiza Cafe yang menjadi kegemaran aku untuk bersarapan pagi , aku gemar ke Tom Yum Kung di Ayer @ 8 , Putrajaya. Kenapa dua dua ni jadi pilihan aku ? Yang paling utama ialah kebersihan ! Aku cukup berpuashati di dua dua tempat ni ! Ummiza Cafe , telur asin pon dia bungkus yer ! Haaa !

Ok.. Tom Yum Kung ada dua di Putrajaya. Aku suka pergi yang di Ayer @ 8  selepas antar wife atau sebelum pergi meeting. Sarapan dulu di sini.. rileks jap.. baru pergi !

image

Apa yang menarik di sini ? Ok.. meh aku bagitau.. Kalau sarapan pagi , ada pilihan cam nasi lemak , nasi kerabu , mee goreng , bihun goreng , Keow teow goreng.. Tapi yang menarik ialah lauk pauknya ! Hahahaha.. Rosak diet aku kalau gi sini !

Kegemaran aku..

image

image

image

image

image

Hehehe.. Yang nilah hasilnya ! Huhuhuh.. Mee + keow teow dan wajib ada ikan keli serta kerang ! Hehehehe.. Soriiii ..

image

Dan nasi kerabunya.. Hurmm.. Aku tak sempat nak rasa.. wife dah abiskan !

image

Harga ? Hurmmm… Ada GST lagi.. huhu.. Entahla .. begini la nasib kita ! Makan pon kena cukai.. huhu..

Try makan tengahari lak kat sini ! Hari hari kalu , confirm perut boyoi !

Selamat tinggal GEGAR VAGANZA !

 

image

Selalu tertulis GEGAR AVANZA.. Hehehee..

Ok.. malam tadi , satu lagi pusingan Gegar Vaganza yang menyaksikan penyanyi yang cukup gah di zaman aku , Amir Ukays terkeluar.. Aku sempat layan dia nyanyi sebelum terlena di buai mimpi hinggalah di kejutkan dek kehadiran seekor kucing hitam yang aku tak tau dari mana muncul ! Huhuhuh..

image

Gambar yang aku amik dari page Gegar Vaganza ini sememangnya bukti pada terkeluarnya abang Amir Ukays.. Aku dapatkan info ni dari wife..

Haih… Antara sebab aku tonton Gegar Vaganza ni , dia laaa.. dan Ezad Exist. Dia takde kalu.. hurmm.. krik krik…

Oh ya.. semalam.. hahaha.. camana aku leh tertidur ?? Iklan Qu Puteh dan keboringan aku melihat reaksi spontan dari pemilik penaja terbesar Gegar Vaganza  menyaksikan aku terlena terus tanpa bagi sebarang isyarat !

Yelah , tau la jadi penaja tapi jangan la buat rancangan ni macam awak je yang tonton.. Ramai yang mula keboringan. Produk bagus dah.. tapi cuba buat gaya yang lebih rileks , santai dan nampak profesional !

Serius.. aku respek dia sebagai usahawanita yang berjaya ! Cuma part tu jer bagi aku mencalarkan imej dia.. sedikit ! Nak tunjuk sporting tu , boleh.. nak nampak santai tu boleh.. tapi jangan keterlaluan.. sesekali boleh la.. selalu sangat , orang menyampah dan akan tukar channel ! Bila terlalu kerap menyampah , orang mengumpat.. camana tu ? Tak pasal pasal dosa..

Hurmmm .. dengarnya Nabil dan Jihan pon melabuhkan tirai ? Tak sure part ni. Sebenarnya Nabil dan Jihan serasi tapi Nabil perlu belajar dimana dia patut ‘berhenti bercakap’ dan berfikir sebelum berkata kata seperti Jihan.. Jihan , aku nampak dia semakin pandai jadi pengacara.. Nabil , baiki ‘mulut’ dan inshaAllah akan jadi seperti Aznil.. jangan jadi macam AC Mizal.. 2x5 je cam dia ! Nasib baik dia menang sebab pakaian dia yang mcm.. hurmm..

Apa pun.. tahniah buat semua peserta yang berjaya layak ke pusingan seterusnya.. Memang anda semua layak dan saya antara jutaan peminat anda ! Teruskan beri yang terbaik !

Buat Qu Puteh.. cuba cool skit.. Ni bukan channel youtube anda. Kami bayar untuk tonton rancangan ni .. Bukan free tau.. Siap kena GST lagi.. Jangan nak suruh tukar channel lain kalau tak suka ! Haaa.. Teguran ikhlas ni !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI