Selasa, 17 November 2015

Bila Samsung Galaxy Tab S2 bergabung..

 

Awal pagi tadi.. Di kala anak anak enak sedang lena diulit mimpi.. Aku layan game ! Dah lama tak main game tapi sejak ada Samsung Tab ni , layan sungguh  ! Memang best woooo main kat Tab S2 ni.. laju jer.. Skrin pon besar..

image

Tiba-tiba terfikir.. Apa kata…

Bergabung dengan smart tv LG 60” !! Perghhh .. hasilnya ? Aku baru nak main game , Qhaliff dah mintak ! Tak kasi kalu , satu rumah dia golek !!

image

Nak tak nak , aku terpaksa mengalah ! Kasi..

image

Mula mula dia main game tapi tak sampai seminit.. dia tukar ! Layan kartun 3D ! Huhhhh….

Dan daddy , nganga sekali lagi..

Risau Qhaliff ‘hantu game’ ?

 

Samsung Galaxy Tab S2 yang baru baru ni aku dapat , aku install game dan aplikasi pendidikan untuk Qhaliff.. Install game ??? Apakah itu satu kesilapan ?

image

image

Hurmm.. wife risau tapi aku tidak ! Aku kenal Qhaliff sangat sangat ! Dia bukan kaki game ! Install la game best camana pun , dia takkan berminat ! Dia akan cari Youtube dan layan channel kanak kanak.. Bukan kartun tapi yang mana ada kanak kanak ,tu dia akan layan dan ketawa !

Bila boring , dia akan bukak aplikasi pendidikan.. layan jap pastu.. dia boring dah ! Mula cari aku dan kacau aku lak..

image

Puzzle , selamba je dia buat.. pastu dia boring , dia suruh aku buat dan kemudian dia lak berkata..

“ Gud job ! “

Dan hi 5 dengan aku ! Hekler.. Sememangnya dia akan meniru gaya aku semula . Apa yang aku buat , dia akan ‘kembalikan’ pada aku. Sebab tu dia tak layan game sangat sebab aku sendiri bukan hantu game.. hehe.. Er , aku pon bukan hantu Youtube ! Huhuh…

Tak kisah la.. janji Qhaliff bukan jenis kaki game. Kalau tak , risau gak laa nanti aku.

Bila keputusan UPSR keluar..

 

Aku membayangkan.. anak aku , Qhaliff atau Zahra yang menduduki UPSR .. Tu pun kalau ada lagi la UPSR di zaman diorang..Tak kisah la apa pun nama dia yang penting ianya adalah peperiksaan penting di usia mereka..

image

Apakah reaksi aku ?

Teringat kembali saat aku di usia 12 tahun. Bila amik je keputusan peperiksaan.. tak begitu membanggakan ! Nampak ada 2 A jer.. English A ???? Biar benarr ???? Di tapi bahasa Melayu lak B ! Acaner tu ?? Adehhh.. Camana nak tunjuk kat orang tua aku ? Hurmm.. Tak pe la.. asalkan A ada .. Kena marah pon , kena laa..

Sebenarnya.. aku tak kisah kena marah dengan diorang tapi aku tak suka dibandingkan dengan rakan seusia aku ! Bila orang tua kita cakap..

“ Tengok orang tu.. cemerlang ! “.

“ Tengok sepupu kau tu.. bagus je ! “.

Jadi stress ! Secara jujur , timbul rasa benci pada orang tu.. Tak nak bergaul dengan diorang sebab nanti nampak perbezaan dan itu akan memalukan aku.. Aku tak jadi anak yang membanggakan orang tuanya ! Walaupun aku cemerlang di bidang sukan ketika sekolah rendah , semua tu terhapus bila aku tak dapat 5A !

Bayangkan perasaan tu muncul dalam diri anak kita ! Diorang akan mula memberontak.. Mula jadi degil ! Mula malas ! Kenapa ? Sebab sikap kita , orang tua yang menekan mereka tapi dalam pada masa yang sama , tak membimbing mereka ! Tak memberi tunjuk ajar .. Tak memberi tauladan ! Memadai hantar tuisyen , panggil guru datang rumah.. BELAJAR , BELAJAR dan BELAJAR !

Qhalif dan Zahra.. Aku tak nak mereka buktikan kejayaan mereka dengan membawa pulang PhD atau bergelar Profesor.. aku nak mereka menjadi manusia yang berguna pada agama , bangsa dan negara ! Aku nak mereka boleh menghafal Al-Quran , mengaji dengan baik , berilmu serta berpengetahuan tinggi , bijak berfikir ..tau mana dosa mana pahala.. serta memberi manfaat pada orang lain..

image

Kalaulah Qhaliff atau Zahra tak cemerlang dalam UPSR .. InshaAllah , aku akan terus bagi mereka semangat untuk belajar dan terus belajar. Dan untuk itu , aku dan wife telah awal awal lagi sediakan tabung untuk mereka andai satu hari nanti , mereka tidak layak untuk masuk ke IPTA , maka mereka boleh lanjutkan pembelajaran di mana mana institusi swasta yang ada .. Selagi mereka berminat  untuk belajar , tugas aku adalah untuk memberikan yang terbaik buat mereka..

Dengan keadaan zaman sekarang .. bayangkan apa jadi dengan anak kita andai mereka hidup dalam tertekan !

Yup , setiap ibu bapa ada cara didik anak mereka dan ini cara aku didik anak aku..

Makan di rumah..

 

Alhamdulillah… Sampai je rumah , wife tanya..

“Abang nak makan kat luar atau nak saya masak ?

“Ikutlah mana senang.. Kalau larat , masak.. tak larat , jom makan kat luar.. “. Jawapan mudah aku. Saja tak nak bebankan dia.

Dia mintak aku order dua bungkus cendawan sisir dari jiran. Jiran aku tokey besar cendawan.. kira pengeluar cendawan la.. Hehehe.. Untung berjirankan tokey besar..

Whatsapp si jiran.. Ada stok 2 bungkus je lagi.. Aku nak 4. Mak aku nak juga. Hurm.. amik je la.. Satu bungkus , RM5. Ada rezeki nak makan cendawan malam ni.. hehe..

image

Dan wife mulakan pertarungan di dapur. Dengan bekalan air yang terganggu.. terpaksa berjimat cermat.. Nasib baik ada bekalan air yang disimpan.. Huhuh..

Sejam kemudian..

image

image

image

Alhamdulillah… siap ! Dan aku kena jaga selera makan aku ! Sekali makan je dah.. tak leh tambah ! Huhuhu.. Nasib baik wife kasi ratah cendawan goreng telur tu.. huhu.. Rasa cam daging cincang jer.. sedap ! Aku memang hantu cendawan dari dulu..

Bila dah mula berdiet dan bersenam ni , sebenarnya aku lebih suka makan di rumah berbanding di luar. Leh kawal sukatan dan sebagainya. Part kebersihan pon satu hal lagi.. Dan GST ! Penjimatan perlu diambil kira ..

Sedap makan malam ni.. terima kasih sayang kerana sudi masak !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI