Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 18 November 2015

Pengalaman bersama Discover Scuba Diving !

 

image

“ Apa ???? Scuba ?? Gulp… adehhh… Aku mana reti berenang ! “. Bisik hati kecil aku .

Melihat pada kecuakan muka aku tu , kawan aku tu terus bagitau..

Jangan risau.. aku ajar la.. Aku akan ada disamping kau selagi ko dalam air ! Nanti akan ada sorang lagi yang akan turut sama ajar.. “.

Dealnya minggu lepas dan hari ni , adalah hari yang dijanjikan. Dan aku nak je hantar whatsapp bagitau aku cirit birit ! Walhal tak pun.. cuak punya pasal ! Hahahaha..

Tapi sampai bila aku nak takut dengan air kan ? Dan la sekarang ni , tempat tinggi pon boleh banjir ! Haa.. kalau tak reti berenang ? Acaner ?? Haaa..

Ok.. aku nekad ! Beranikan diri ! Redha..Tawakal je laa !! Kolam je pon ! Bukan ada jaww pon.. huk alohhhh ! Go Ben go !! Kipidap !! Kalau Ayahanda Rani Kulop boleh , takkan aku tak leh kan ? Haaa..

Bergerak dari Cheras , menuju ke Pusat Akuatik Shah Alam. Di situ terletaknya Dive Buddy ( Malaysia ) yang mana menyediakan kelas Discovery Scuba Diving untuk mereka yang ingin merasai pengalaman pertama scuba diving ni..

Jam 11.30 pagi.. sampai sana. Cuaca cerah. Alhamdulillah.. Dan pembelajaran bermula.. Mula mula asas pengenalan mengenai peralatan. Sebenarnya tak perlu pun tapi aku nak tau sebab ilmu tuu ! Hehehe.. Apa yang patut aku tau cumalah cara mengunakan peralatan dengan betul dan keselamatan.. Tu je !

image

image

Ok… Aku angguk je apa sifu ajar.. dia pon kata nanti dalam kolam , aku akan lebih paham.. Kemudian , aku disiapkan peralatan untuk menyelam..

Gulp..

image

Masanya dah tiba…

Bismillah… Mengucap dulu ! Huhuh… Mana la tauuu .. Kena pikir gak woo ! Maklumlah , buta kayu bab ni ! Tu pasal kena belajar. Kalau tak sampai ke tua la buta kayu.. kan ?

Mula mula aku diajar , bina keyakinan di dalam air ! Haaa.. part ni laaa aku GULP ! Yakin , aku yakin dah.. tapi.. Haaa… Nak tak nak , aku kena turun dan hadapinya !

image

image

image

Terus terang cakap.. mula mula tu aku rasa malu gak la ! Maklumlah , yang ajar aku ni kenalan dan sorang lagi awek ! Doktor lak tu.. Haaa.. Jangan memain.. Tapi memikirkan , aku nakkan ilmu ni , maka tolak tepi semua tu ! Malu ?? Tiada dalam kamus hidup aku dah ! Nak kan ilmu.. kena berani..

Dan.. sedikit demi sedikit aku belajar. Keyakinan mula hadir dan aku semakin seronok !

image

image

Okehhh.. sudah bersedia ? Hehehe.. Masanya sudah tiba !

image

Belajar dalam kolam lak ! Sekali dengan peralatan sebenarnya.. lengkap !!

image

image

Arghh.. jeles tengok diorang mengapungkan diri dan menyelam selepas tu.. Aku pun nakkk !! Heheheh..

image

Sabar !! Kata instructor aku.. Rileks luuuu… Kasi mahir bernafas dulu.. huhuu..

image

Yelah.. yelahhh ! Hahahaha.. Diorang memang sporting.. Sabar je mengajar aku ! Huhuhu..

Dan mula masuk ke dasar kolam yang mana dulu aku cukup gerun sama sekali ! Huhuh.. Tak sangka aku leh sampai dasar dan baring di situ.. Weeee…

Aku diajar beberapa skill dalam tu.. Nanti korang pon akan belajar kalau korang amik kelas Discovery Scuba Diving ni ! Aku galakkan korang untuk merasainya andai tak pernah merasainya lagi !

image

image

Kemudian naik semula ke atas dan penerangan diberikan.. Kesilapan ditegur dan sekali lagi diulang ajar.. Tanpa rasa bosan ! Respek !

image

image

image

Fuh.. akhirnya kelas tamat dan aku tak sangka , aku dah jelajah seluruh kolam yang luas ni tanpa rasa penat ! Nasib baik aku dah pecah lemak seminggu sebelum ni.. hehehe.. Fuhhh..

Alhamdulillah.. hidup lagi aku ! Ikut arahan , fahamkan dan Tadaaaa ! Tak sabar nak g kelas lagi dan belajar skill lain.. Walaupun dah boleh ke open water bersama otai Dive Buddy, abang Bahaman Hashim yang juga jurugambar profesional dalam air ! Fuhhh.. tapi rasanya, biarlah aku menimba lagi ilmu di dalam kolam itu ! Hehehe..

image

image

 image

Terima kasih buat abg Bahaman , staff Dive Buddy yang giler peramah dan sporting.. Pengalaman menarik !

Bagi yang tak tau berenang.. Jangan takut ! Jangan risau ! Ni masanya nak belajar dan inshaAllah korang akan nikmati keindahan di dalam air walaupun dalam kolam renang jer.. hehehe.. Seriusss ! Ilang stress aku wooo..

Bagi yang tau berenang , hehehe.. jangan persiakan bakat renang anda tu.. Dapatkan pengalaman ni dan nikmati keindahan bumi Allah ni dengan lebih dekat.. hehehe ..

Berminat nak belajar ? Sila hubungi Abg Joe di 012 285 8475

Jenayah tak kira tempat dan mangsa !

 

Hurm.. bunuh dan rogol. Suspek , warga asing ! Punca ? Tak pasti lagi.. Tapi perhatikan persekitaran rumah kita.. Apakah peluang peluang yang ada membolehkan berlakunya jenayah terancang ?

Hurm.. Contohnya.. jika di kawasan peruamahn kita ada buat ubahsuai .. pastikan segala peralatan di simpan dengan baik . Jika tidak , ianya boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ! Tuan rumah dan jiran harus peka bab ni. Adalah perlu saling mengingati dan berwaspada. Jangan hingga berlaku kejadian tak diingini , barulah nak menyesal ! Kena fikir panjang.. Sama sama menjaga keselamatan !

image

Bayangkan tangga yang terbiar ini digunakan untuk masuk ke rumah ketika tuan rumah takde. Orang luar nampak ingat , kerja kerja renovation sedang dilakukan walhal ? Nampak  tak permainannya ?

Terbaru yang aku dapat mesej bergambar dari rakan di Whatsapp.. Aku tak pasti kesahihan tapi ianya tak mustahil boleh berlaku memandangkan di negara kita sekarang ni , macam macam perangai manusia ada .. dan di luar jangkaan !

image

Maka , wahai teman sekalian, sila berhati hati.. Bila turun dari kereta.. bila berseorangan.. mintak pertolangan darii Allah. Hati hatilah ..

Yang suami pon.. janganlah ‘lepas’ isteri bersama anak 100% ! Kena kena la jugak amik sikap bertanggungjawab. Ada suami , lepas kerja.. terus melepak ! Malam baru balik.. OT kononnya.. hurmm.. Tinggalah anak ngan bini berdua kat rumah..

Yang kaki media sosial.. jangan la dok gatal gatal update bagitau dunia mengenai apa korang buat ketika ini.. kalau dok makan , amik gambar makan tu ok dah.. Tak yah bagitau keseorangan la.. Haa.. Tu cari pasal namanya !

Semoga Allah lindungi kita semua ..

Akulah Balqis , pengganti Hello , Mr.Perfect

 

Aduh.. lega telinga aku dok dengar lagu ‘Sori sori sayang’ tu.. Cam lagu ABC lak dengarnya.. Nasib baik aku tak terlibat tonton sama drama yang dikatakan boring giler tu ! Yeke ? Tah laa… Yang penting aku tak terpengaruh..

Ok… Dengar khabarnya drama tu akan diganti oleh drama arahan Fali Yahya atau Palie yang mana skripnya ditulis oleh Eirma Fatimah. Dan antara pelakonnya ialah Puteri Balqis, Nabilah Huda, Aeril Zafril, Nazim Othman dan Nadia Brian.

image001

Akulah Balqis mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu mereka risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup. Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untukl mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafril) dan Seri (Nabila Huda) sangat sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis juga terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka di tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis. Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semaki akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba satu hari Yamin dan Seri muncul didepan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu. Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?

AB 14

AB 16

ab 5

ab 7

AB 11

Bagi peminat peminat slot Akasia , jangan lupa solat Maghrib yer.. Drama ni terlepas tak pe.. leh tonton semula di Tonton.. kan ? Hehehhe…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI