Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 November 2015

Tak bawak dah kamera !

 

Selama ni , aku dok usung Sony Alpha 5100 ke hulu ke hilir.. Tujuan ? Apa lagi.. kata paparazi ! Hahahaha.. Takde keje la aku nak jadi paparazi.. Tujuannya , nak amik gambar je la.. kan ?  Walaupun ada Sony Xperia Z3 , aku rasakan gambar dari Sony Alpha 5100 lebih cun ! Mungkin aku yang tak pandai amik.. hehehe.. Tapi sebagai seorang amatur dalam bidang ni , aku perlukan sesuatu yang ‘mudah’ dan pantas..

Semalam , bila aku dapat Sony Xperia Z5 Dual , perkara pertama aku buat ialah..test kamera ! Dan hasilnnya ? Hurmm..

image

Hurm…. cam ok je kan ? Test lagi..

image

Hurm… ok ? Test amik gambar makanan lak.. Acaner ?

image

image

Ok… tak perlu dah telefon jenama lain dalam poket aku  pasni dan usung kamera tu ! Hahahaha..

Lega…

Bila Sony Xperia Z3 ‘tenggalam ‘ ..

 

Kenangan punya pasal  di Discover Scuba Diving ! Haahahaha.. walaupun aku tau risikonya sebab pernah kena sekali dulu tapi aku tak nak lepaskan peluang merakamnya untuk kali pertama !

image

image

Dan gambar terakhir sebelum ianya terkulai layu , buat sementara ! Selfie bersama tenaga pengajar yang sporting !

image

Sony Xperia Z3 memang boleh masuk kolam renang tetapi bukanlah untuk jangka masa lama.. dan juga kalau tak silap aku juga , klorin yang tinggi mampu membuatkan skrinnya bermasalah selepas itu. Ada caranya untuk elakkan dari rosak seperti bersihkan dengan air paip selepas keluar dari kolam dan jangan guna dulu.. keringkan terlebih dahulu !

Dan pastikan cap usb tertutup rapi ! Dalam kes aku , aku rasa cap aku sebab kebelakangan ni dia agak mudah longgar ! Disebabkan terlalu kerap charging.. Nak charge kena cabut ! Tak nak cabut pon ok sebenarnya.. gunakan dock !

image

Haa.. yang bawah ni cara guna dock.. Untuk Sony Xperia Z2 aku , aku ada dock.. senang nak charge.. Letak jer..

Senang kan ?

image

Kalau tak nak guna dock gini atau cabut cap usb untuk charging.. korang leh guna Sony Xperia Z3+ atau pun Sony Xperia Z5 ! Hehehehe.. lagi mantap !

Gambar di bawah ni , menunjukkan perbezaan bahagian charging Sony Xperia Z5 yang berwarna putih dan Sony Xperia Z3. Walaupun terbuka , ianya tetap waterproof !

image

Nanti aku review Sony Xperia Z5 Dual lak eh ? Dan Sony Xperia Z3 , aku tak jadi nak jual.. hahaha… Kos repair tinggi.. sayang nak jual ! Boleh guna tu.. kasi kat Zahra nanti..

Tiada lagi ‘ malam ‘ buat ku !

 

Beberapa insiden menyaksikan aku berhenti dari berjaga malam. Sebelum kejadian , dengan bangganya aku tak tidur sebelah malam hingga awal pagi tetapi di awal malam hari , aku akan sangat mengantuk ketika memandu dan beberapa kali membuatkan aku hampir terbabas !

Cukup ! Tiada lagi berjaga ! Tiada lagi burung hantu ! Hahahaha.. Aku bukan muda lagi. Nak tak nak , aku kena tidur awal untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya apatah lagi aku sekarang akan sibuk ‘ berlari ‘ di tingkat atas.. bersenam !

Mengantuk ketika memandu , kalau dah datang memang payah ! Nak tak nak , kena berhenti tidur ! Kalau di lebuhraya , ok laa.. kalau di jalan bandar ? Camana nak berenti ? Haaa..

Nekad… selepas isya’ aku tidur ! Aku akan berjaga kembali jam 4 pagi.. Aku tak set jam pun.. Bila dah bangun.. otak pun fresh ! Bila dah fresh , idea mencurah curah !

Kalau sebelum ni , aku gemar layan movie di malam hari.. selepas insiden di Paris tu , aku tak minat dah ! Hahaha.. Semua ‘filem’ jer ! Dalam filem , korang la hero.. real life ? ‘Islam’ jugak dipersalahkan ! Haihhh… Dah , boring tengok movie ! Sesekali boleh la.. yang gempak gempak je la..

Dah..jom tidur !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI