Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 23 November 2015

Nasib anak ke dua ..

 

Aku nak keluar .. Zahra nak ikut. Qhaliff pon nak ikut ! Sapa yang aku nak bawak ? Hurmm..

Qhaliff ? Aku senang bawak dia sebab dia dah reti berjalan dengan aku dan mudah ikut perintah.. Maka , senang nak kawal dia dan dia pon reti takut nak merayau sorang sorang..

Mek Zahra ? Haaa.. Aku pun suka berjalan dengan Zahra. Tapi yang jadi isu ialah dia di dalam kereta .. Dia nak duduk dengan aku ! Itu sama sekali tidak akan berlalu ! Walaupun aku memandu dengan berhati hati , orang lain belum tentu kan ? Sebaiknya , jangan dicari masalah !

Nak tak nak.. aku terpaksa tinggalkan dia di rumah mak aku.. Hasilnya ? Dia semakin berdikari. Aku ada ke tak de ke , dia boleh bermain dengan sendirinya.. Tak kisah la aku balik ke tak..

Merajuk ?

Hurm.. tak mungkin.. Bila aku bersuara..

“ Zahra nak ikut daddy tak ? Jommm ..”

Terus dia amik beg dan pakai songkok..

image

Camana sekali pun , anak perempuan pasti akan melekat dengan ayahnya.. kan ? Aku tak tau kenapa tapi banyak kebaikkannya.. Ayah garang.. dah belajar skill smack down dah ni ! Kacau kalau berani.. hahahaha..

Aku anak kedua .. sememangnya dapat rasa camana Zahra rasa.. hurmm.

Cafe Cerita Kambing di Shah Alam !

 

Kalau aku di Shah Alam , Cafe Cerita Kambing pasti menjadi tumpuan aku makan tengahari bila aku teringinkan makanan yang sedap dan bersih ! Haaa.. meh aku cerita..

Semalam , aku dan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ke Anggerik Mall , Shah Alam. Tujuan , hanya satu.. nak review kedai makan bernama Cafe Cerita Kambing yang terletak di tingkat 1 , Anggerik Mall. Ala , kat food court dia.

image

Menurut rakan yang offer job ni , masakan kambing Chef Zakaria ni sedap ! Haaa ! Tu yang aku bersungguh nak pergi sangat tuuu.. Maklumlah hantu kambing !

Jam 11.30 pagi , seperti yang dijanjikan.. semua rakan blogger sampai tepat pada masanya dan tak sabar nak rasa masakan Chef Zakaria dan isterinya. Apakah benar sedap ?

image

Sementara menunggu juadah disiapkan , aku berbual dulu dengan Chef Zakaria. Katanya , Cafe Cerita Kambing ni baru je beroperasi. Dia lebih pada bisnis cateringnya. Setiap minggu ada je tempahan dan menu utamanya adalah KAMBING ! Apa saja masakan kambing , dia akan buatkan.. Mana mana yang berminat nak tempah , terutamanya yang nak buat aqiqah , boleh tempah masakan darinya ! Kena tempah awal awal yer.. hehehe.

image

Membantu menyediakan masakan di pagi itu ialah isterinya yang sangat sporting dan peramah ! Dua dua laaa peramah ! Memang selesa bila duduk berbual dengan diorang ..

image

Masa untuk makan dah tiba.. masing masing beratur .. ala ala buffet la katakan.. Dan menikmati juadah..

Aku amik nasi beriani dan ayam masala. Tak ketinggalan ada ayam masak merah dalam pinggan aku ! Sungguh menyelerakan sama sekali ! Nasi beriani dia.. perghhh ..

image

image

Alhamdulillah , sedap ! Selain ada nasi , ada mee kari dan mee jawa. Menurut Chef Zakaria , juadah yang disajikan pada kami ni , sikit je. Ikutkan banyak lagi ada cuma tak berkesempatan nak buat.. Bagi aku ni pon dah banyak !  Sedap sedap belaka..

Sebelum balik , aku tapau kambing bakar ! Hahahaa.. Sedap kauuu ! Lembut jer rasa..

image

Harga ? Murah jeee.. serius ! Tak la seringgit dua.. Macam nasi beriani kambing tu , dalam RM12 kalau tak silap aku. Ok la kan ? Tempat bersih.. suasana makan pon tenang..

Bagi yang minat kambing , sila ke Cafe Cerita Kambing. InshaAllah puashati punya… Tak caya , g rasa sendiri !

Ok.. bagi yang kaki makan , jangan lupa turun Shah Alam untuk ke Pesta Makanan Anggerik Mall minggu depan !

image

Bagi yang berminat nak buat tempahan , boleh hubungi Chef Zakaria atau isterinya , Puan Noraziah atau Chef sendiri seperti yang tertera di dalam gambar di bawah..

image

Tak nampak ? Nak bermanja la tuuu..

Chef Zakaria : 011 3176 0227

Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )

Atau boleh ke Facebook mereka iaitu di Nor Aziah Dahari atau Endau Briyani Caterers.

image

Bergambar kenangan sebelum pulang.. hehehe.. Puashati ! Berbaloi aku datang jauh jauh nun dari Sepang..

Gegar Vaganza 2015 penuh drama..

 

Dari awal lagi dah tau kehadiran Salleh Yaacob ngan Raja Azura di awal rancangan cumalah satu gimik yang memang dah boleh dibaca. Tapi ok la kan .. tak la boring ! Hehehe..

Nabil dan Jihan hari ni , bagi aku seperti hari hari yang lepas. Ada yang suka dengan gaya mereka. Ada yang menyampah dan ada yang suam suam kuku je gitu.. Tunggu persembahan baru panas ! Kan ? Aku ? Ok la .. gelak la gak layan walaupun adakalanya tak suka dengan ayat ayat spontan dari Nabil yang menyentap kawannya dan juga adakalanya pada peserta..

Persembahan.. Bagi aku semua ok kecuali kesian kat Azian. Lagu tu macam.. hurmm.. nasib baik dia berjaya membawa dengan penuh penghayatan !

image

Bagi Nizam Laksamana , agak kurang bernasib baik.. Bagi aku, kalau dia ke final pon dia agak susah nak menang . Keras gitu.. Suara sedap tapi dia masih ‘segan’… Ok la tu.. dia ada alasan dia jadi gitu.. Kalau aku pon , aku kaku.. hahaha..

image

Dan seperti jangkaan aku.. Pasti juri akan menyahut cabaran peserta yang tersingkir baru baru ni ! Minggu depan Dangdut Rock ! Paham tak maksud aku ? Hehehe.. Teringat kata katanya ketika dia tersingkir.. Apakah para peserta handalan ini berjaya membawa lagu dangdut sebaiknya ? Hehehe.. Tunggu minggu depan !

Seperti biasa.. part iklan aku ubah siaran ! Hurm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI