Selasa, 24 November 2015

Sinus telinga rupanya !

 

Tertanya tanya sejak Qhaliff kecil lagi , apa menda lubang kecil di cuping telinga dia tu ! Jawapan tak dapat sehinggalah tadi , wife bagi aku satu artikal mengenai sinus telinga !

Sama macam Qhaliff ! Bila ditekan , akan keluar kotoran tapi takde la nanah dan sebagainya. Apakah sinus telinga ini merbahaya ? Aku sendiri tertanya juga pada awalnya.. Siap ada sampai dibedah gitu ! Huhh.. Biar benar ???

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila baca artikal dari Dr. Ahmad Nordin ini..

image

Gambar : Cuping teliga Qhaliff

 

Ada satu soalan di ruangan komen dan ianya dibalas oleh doktor tersebut..

Assalam doc ank sya b’umr 5bln dan mpunyai lbg d tlga sprti pic d ats tpi smkin ank sya m’bsr lbg itu smkin kcil dan alahamdullilah stakat ini ank sya sht dan aktif. adakah sya prlu b’jmpa pkr??? Mohon dr dpt m’bntu sya mcri pnylesain utk ank sya

Jawapan :

“ Waalaikumussalam ,

Kebanyakan sinus telinga tidak perlu sebarang rawatan & pemeriksaan lanjut. Jika ia menjadi bengkak, merah & mengeluarkan nanah- silka jumpa doktor untuk rawatan antibiotik.

Jika anda kurang pasti dengan penjelasan saya, anda boleh berjumpa doktor anda. “.

 

Kena pantau gamaknya ni ! Hurmmm…

Selamat tinggal Android ?

 

Aku pernah guna Nokia Lumia yang mana menggunakan sistem Operasi Windows Mobile dan ianya.. hurm… Masih terlalu banyak untuk diperbaiki menyebabkan aku kekal dengan Android. iOS bukan pilihan aku. Maaf yer… Hee..

Tetapi Nokia Lumia dah tiada… dah diganti dengan Microsoft Lumia ! Microsoft telah mengambil alih Nokia wooooo !! Dan telah mengeluarkan telefon pintarnya sendiri.. Apakah ianya lebih bagus dari telefon pintar Android dan iOS ?

Terbaru , Microsoft telah melancarkan Microsoft Lumia 550 yang mana spesifikasinya cukup mengagumkan aku ! Terus terang , kamera Lumia memang superb !

image

Kali ni , tak guna dah Windows Mobile sebaliknya menggunakan Windows 10 !! Waduhh.. Abis laaa Android ! Setahu aku ramai mula menyampah dengan Android Lolipop ni !

Spesifikasi Microsoft Lumia 550 ni boleh tahan gak menariknya ! Kalau mereka yang teringin beralih arah atau dah bosan dengan Android , rasanya boleh cuba yang ni ! Baca sendiri di Sini.

Apakah aku akan beralih arah ? Hurm… Bagi aku Sony Xperia Z5 masih terbaik buat aku dan yang penting , waterproof tu ! Hehehe.. Penting wooo.. Seorang rakan blogger baru bagitau aku.. telefon kesayangannya , anak dia dah masukkan dalam baldi berisi air ! Selamat Jalan Romeo !

Tapi tak mustahil aku akan berubah jika Micrsoft… Haa ! Aku perlukan satu jenis aplikasi yang perlu wujud di dalam telefon pintar. Kalau ada.. aku akan berubah ! Apakah itu ??? Hehehehe… Tapi aku dah ada tab yang gunakan Windows , maka rasanya.. tak perlu la kot buat masa sekarang melainkan.. ada sesuatu yang bisa membuatkan aku berubah angin ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI