Jumaat, 27 November 2015

Ikut ibu pergi kerja !

 

Aku sakit kepala hari ni. Tak leh nak jaga dua dua. Kena pisahkan sementara salah seorang. Maklumlah , dua dua dah pandai bergocoh !

Maka , lepas solat Jumaat tadi , wife tanya keadaan aku. Aku kata aku nak tidur sebentar. Tapi tau Qhaliff takkan nak tidur. Zahra memang dah mengantuk. Aku cuma perlu mandikan dia dan dia akan ditidurkan dalam buaian nanti..

Dan wife pon bawa ke pejabat.. Kebetulan pulak ramai kena kerja luar dan masa di pejabat cuma tingga 2 jam jer berbaki.. Ok la kan ? Lagi pun , Qhaliff takkan ganggu dah. Dah besar la katakan.. Ditambah lagi dengan aku bagi dia bawak Samsung Galaxy Tab S2 tu sekali ngan dia ..

Dalam kereta.. Tak sampai seminit ! Nampak sangat nak recharge tenaga tu ! Kang kat pejabat, aktif la tuuu.. Tau sangat aku .

image

Dan jangkaan aku tepat !

image

“ Ada aku kisah ? “

Hurmm…. Seronok la dia ! Balik , di tangan dia ada macam macam ! Kena pow la tuuuu ! Heheheh.. Alhamdulillah.. aku dapat tidur lena setelah hampir seminggu tak cukup tidur !

Sejak dua menjak nak cecah usia Kilauan Emas ni , badan cepat benar letih ! Walaupun rupa aku tak seperti Kilauan Emas tetapi kita tau.. tahap keupayaan fizikal camana.. Maka , sila jaga kesihatan yer !

Nasib baik Qhaliff tak buat hal kat pejabat.. Wife kata dia ok jer. Huhuh.. Tak leh buat kerap menda gini.. Emergency je ni.. Terpaksa !

Telaga Terrace Boutique Resort , Langkawi

 

Cuti sekolah telah bermula.. Ramai mula bercuti bersama sama keluarga. Aku pun plan nak bercuti gak.. kali ni bersama sama keluarga. Wife pon dah lama nak bercuti. Stress ngan kerja di tempat baru ni.. Huhuh..

Destinasi ? Langkawi ! Lama dah dia nak gi.. Bukannya tak pernah pergi pun cuma kali ni pergi , ada misi ! Nak shopping katanya.. Hurmm.. Ikut je laaa.. Sampai sana , sure jadi cerita lain.. Hehehe.. Jimat jimat !

Penginapan ? Hurmm.. ni masalahnya.. Aku nak cari tempat yang best dan selesa. Sebelum ni aku pernah menginap di beberapa hotel dan ianya memang memuaskan hati.

Tapi kali ni aku nak kelainan skit..

image

Telaga Terrace Boutique Hotel !

Apa yang menariknya di sini ? Melihat pada gambar di Facebook Telaga Terrace Boutique Hotel, Langkawi ni , ianya amat sesuai untuk aku sekeluarga.

Biliknya camana lak ?

image

image

Menarik ? Kan ? Haaaa…

image

image

image

Perghhh… Mabeles ! Hahahaha.. Mantap sehhhh… Memang tak keluar shopping kalau aku menginap di bilik ni !

Ada kolam mandi tak ? Tentulah adaaaa !

image

Fuh.. Memang puashati duduk semalam dua kat sini.. Mesti selesa punya !

View malam camana ? Tu diaa ! Hahahaha.. Adeh ! Mantap sekali dong !

image

Ok.. berapa harganya untuk semalam ? Mengikut dari apa yang aku tahu , semalam RM800 jer.. Jer ! Hehehehe.. tengok tempat la bang ! Sesekali untuk keluarga tercinta , apa salahnya kan ? Hehehe..

Sekarang jugak aku nak ke kebun ! Nak kerja keras.. InshaAllah , aku ke sini jugak nanti..

Vape sudah , waze pulak ??

 

Isu vape tu , aku sokong la.. Kecuali vaper ni sepakat layan vape di tempat dikhaskan seperti semalam , aku tengok di Bandar Baru Nilai , ada satu kedai vape ni.. geng geng vaper layan dalam tu jer ! Respek aku tgk diorang ! Maknanya , diorang tak ganggu orang ramai apatah lagi berhampiran diorang tu ada food court ! Diorang layan dalam kedai tu gak.. Haaa.. camtu , aku tak kisah. Yang aku kisah , jenis main hembus di tempat terbuka dan ada orang awam.. Hurmm..

Ok… Semalam , terbaca satu artikal dari sebuah blog ni. Terkedu jap aku ! Sememangnya dari dulu aku dah nampak masalah keselamatan ni tapi kenapa sekarang baru nak ‘berbunyi’ ???

image

Terus terang aku bagitau , aku bergantung pada waze setiap kali memandu jauh ! Banyak kebaikannya yang aku dapat. Contoh pemberitahuan mengenai kemalangan jalanraya , kereta rosak , kehadiran polis ( jangan ingat semua orang nak lari dari polis ! ) , kesesakkan lalu lintas , tanah runtuh dan macam macam lagi !

Dah kenapa sekarang baru kaitkan dengan isu keselamatan negara lak ? Camana pulak dengan negara lain ? Apakah mereka juga berfikiran seperti dua ahli Parlimen BN tu ?? Adoiyaiii…

Bayangkan bila teknologi ni diharamkan.. Kita kembali menggunakan papan tanda sebagai pemandu arah.. Fuhhh ! Jenuh woiiii !! Diorang yang bagi cadangan ni senang laa.. Ada driver ! Ada polis dok escort.. Bila lalu , abis pengguna jalanraya ‘ditolak ketepi’ tanpa kira situasi pemandu tu ! Bayangkan ada yang tak perasan .. haaa ! Mau kelam kabut woooo ! Kalau tak jadi apa apa , ok la.. Kalau berlaku sesuatu yang tak disangka ? Haaaa…

Kalau waze diharampkan , aku mintak diorang yang bergelar menteri ni jugak memandu sendiri ke tempat tugasan mereka tanpa guna escort.. Haa ! Rasa la camana rakyat biasa ni rasa ! Ingat , rakyat biasa ni bayar cukai setiap kali bergerak ! Huhhhh !

Banyak isu penting lagi boleh difikirkan.. kenapa laa isu gini gak dibangkitkan ! Sedih tengok wakil wakil rakyat negara ni.. Ada yang bijak , tapi tutup mulut.. Yang kurang bijak , berlagak bijak ! Yang jadi mangsa , rakyat jugakkkkk !

Kalau waze diharamkan , sila haramkan terus telefon pintar ! Sebab boleh mengancam keselamatan negara gak ..satu hari nanti ! Kot ? Entah la labuuuu…

Yeo’s berwajah baru !

 

Semalam , secara rasminya YEO HIAP SENG ( Malaysia ) Berhad atau lebih dikenal sebagai YEO’s telah ‘menukar’ wajahnya kepada wajah yang lebih segar dan menarik !

Membawa tema ‘ Pelangi Hijau ‘ , YEO’s yang juga sebuah syarikat peneraju minuman dan makanan berhasrat mencapai segmen populasi yang lebih besar terutamanya kepada golongan yang lebih muda.

Menurut Naib Presiden Kumpulan YEO’s – Malaysia dan Indonesia , Encik Ong Chay Seng , YEO’s merupakan jenama yang kaya dengan tradisinya dan senantiasa menghasilkan produk yang terjamin halal dan lagi berkualiti kepada pengguna.Minuman utama YEO’s seperti susu soya , krisantimun , teh kundur , laici , teh hijau , tebu , teh ais limau dan banyak lagi adalah merupakan hidangan yang digemari oleh warga Malaysia sejak sekian lama. Beliau berharap dengan penampilan baru ini , ianya mampu menyasarkan lebih meluas kepada pengguna dari gologan generasi muda.

image

2

Simbolik disebalik PELANGI HIJAU membawa maksud Kebaikan Semulajadi , Segar dan Keharmonian.

image

4

Cabaran Amal

Seiring dengan pelancaran ini , YEO’s turut melancarkan sebuah cabaran amal  iaitu ‘ Cabaran Amal Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau’ yang bertujuan untuk mengumpul dana sehingga RM100,000 yang mana duit tersebut akan diserahkan kepada 6 buah rumah kebajikan terpilih di Malaysia. Setiap gambar dan video yang diterima daripada penyertaan cabaran amal ini , YEO’s akan menyumbangkan RM1 dan RM10 !

Caranya mudah jer.. Mereka yang berminat boleh menyertai cabaran ini dengan menghasilkan sebuah video berdurasi 30 saat dengan lagu YEO’s atau mengambil gambar bersama rangkaian minuman YEO’s dengan menggunakan telefon pintar dan muat turun ke laman sosial media dan hastag #yeoscharitychallenge. Peserta turut berpeluang memenangi hadiah mingguan sejumlah RM1,000 selama 14 minggu ! Mudah je kan 

Untuk lebih lanjut , sila ke www.yeos,com.my

Satay apakah itu ?

 

Aku post gambar satay kambing yang sahabat blogger aku belanja malam tadi di MMA Santai Corner. Satay tu , terus terang aku katakan pada awalnya nampak macam… hurmmm…

Selepas rasa untuk pertama kali , aku terus jatuh cinta pada satay kambing ni.. Haaa ! Kawan ni pulak punya la rajin nak belanja aku makan.. hahaha.. Semoga Allah murahkan rezeki dia dan keluarganya.

image

Amacam ? Nampak sedap atau biasa je ? Haaaa… Sedap woooo ! Kambing la katakan… Hehehehe..

Ada kawan tanya kat mana boleh dapat satay kambing kuah kicap ni.. Aku tak pasti nama sebenarnya.. Macam macam gelaran diberi dan aku makan jer ! Hehehe.. Nama tu , boleh dicipta je pon..

Ok.. Mana nak dapat ? Satay ni laris setiap malam. Dijual di Puchong Prima , ( belakang restoran Ikram Mikael ) Kedai Barokah Ibu Ani. Nak call dulu sebelum datang pon boleh.. Nak buat tempahan pon boleh.. Call je no tel : 016 658 0034.

Rasa la sekali.. baru tau penangan dia camana.. hehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI