Ahad, 29 November 2015

Gegar Vaganza : Dangdut Rock !

 

Hurmm… Buat pertama kali aku menyokong Haiza. Acong , Nassier dan Ezad tak beberapa ‘menjadi’ bagi aku malam ni. Bukan tak best tapi macam kata juri , tak beberapa nak ‘sampai’ . Jiwa tak de sangat kot ? Hehehe.. Maaf la yer.. aku bukan ‘ahli’ . Sekadar penonton jer..

Pilihan aku , Haiza dan Farahdhiya. Yang terkeluar ? Memula aku rasa Azian akan terkeluar tapi rasa macam payah jer sebab undian ! Orang perempuan ni , part ni diorang sepakat ! Hahahaha.. Orang perempuan kuat mengundi berbanding lelaki kan ? Haaaa..

Dan akhirnya… keputusan telah dibuat.. Acong terpilih untuk tidak layak ke pusingan seterusnya..

Namun begitu.. Acong dimasukkan kembali setelah Datuk Seri Vida menggunakan ‘kuasanya’..

image

image

Persoalannya , apakah Acong layak untuk dimasukkan kembali ?

image

Bagi aku ,dia layak ! Dia seorang yang bersemangat. Walaupun nampak dia agak sukar untuk menjuarai pertandingan ni tapi sapa tau kan ? Kita tak tau apa akan jadi di final nanti ? Hanya keunikan dan nasib akan menyebelahi mereka.

Setelah sampai ke pusingan ni , aku nampak Haiza dan Farahdhiya adalah saingant yang sengit. Siti Nordiana.. hurm… belum mampu pikat hati aku .. hehehe..

Berkat kesabarannya !

 

Semalam , aku menginap di Resort Suites di Sunway . Beruntung aku sebab situ berhubung dengan Sunway Piramid. Lama sungguh aku tak bershopping di sini. Alang alang dah berada kat sini , merayau la kan ?

Tapi segalanya mula berubah bila Qhaliff nampak sesuatu ! Troli car !! Dia nak jugakk naik… Adoiyaiii.. Tak pasal pasal kena cari kat mana nak dapatkan troli tu..

Tak jumpa.. Dan hari ni , cari lagi ! Gagal jumpa gak… Pujuk dia belikan kereta kawalan radio. Terbanglah RM50..Huhu.. Dia cool je pastu..

Namun begitu , tetap tunaikan hasrat dia tu.. Balik rumah di Sepang , terus ke Giant Nilai. Kat sana ada.. Huhuhu.. Bila sampai sana , troli tu abis ! Berubah muka dia.. Aku suruh dia sabar dan tunggu. Tak sampai 10 minit , sampai dua unit troli tu.. Huhuh.. Alhamdulillah..

Tiba tiba  , ada yang baru datang,  terus nak amik troli tu.. Amboi.. Mana boleh bang… Kami tunggu dulu.. Wife dengan muka selamba , amik jer terus.. hahahaah…

Maaf la yer .. kami mengejar masa ! Dah lewat.. Nak masuk Maghrib.. huhu..

image

Happy dia dapat naik.. Adik dia , duduk atas dan daddy tukang tolang ! Belasah je la .. Asalkan anak anak gembira.

Bagus Qhaliff boleh bersabar.. Tak rela aku tengok dia bantai guling guling kat lantai mall tu.. hahaha .. Mau aku jadi hulk nanti !

Hadiah harijadi dari wife..

 

Sunway Piramid.. Dah lama tak datang sini untuk shopping. Kat sini ada banyak kedai yang menarik sekali ! Dan , sememangnya aku mencari sesuatu di sini dan.. jumpa ! Lama dah aku cari jaket yang sesuai untuk aku pergi ke event event yang formal.. Heheheh..

Ternampak kedai ni sewaktu nak pulang ke bilik hotel. Jaket jaket yang dia jual memang cantik cantik ! Rambang kejap mata aku. Mana satu nak amik ? Aku cuma ada setengah jam je untuk pilih ! Dah masuk waktu maghrib wooo…

Satu satu aku test. Cari size dan warna yang sesuai.. Ada dua pilihan terakhir dan.. aku buat keputusan , aku nak amik yang ni jer !

image

image

image

image image

Harga ? Hurm.. murah jer.. dalam RM299 jer.  Ada beberapa lagi jaket yang bakal aku beli nanti ! Hehehehe.. Buat masa sekarang , cukuplah ada 4 pasang jaket yang boleh aku pakai bila ke event. Dah tua tua ni , kena la kemas skit , kan ! Hehehe..

Bila aku nak bayar , wife keluarkan kad dia. Aku dah boleh baca dah !

“ Ni kira hadiah besday abang kan ? “

Pandai dia.. cepat je dia beli yang ni sebelum aku mintak sesuatu yang lebih mahal ! Hahahaha.. Pasni , giliran dia lak aku kena belikan sesuatu untuk dia. Besday dia , tahun baru nanti ! Huhuhu.. Kena simpan duit dari sekarang ..

Biar rugi sedikit !

 

Arghhhh.. Menyesal ! Nak cepat punya pasal !! Ingat lagi kes Sony Xperia Z3 aku yang bermasalah dengan air gara gara kecuaian aku tu ? Haaa.. Aku gi antar repair kat Low Yatt Plaza.. Zaasss.. kena dekat RM700 ! Aduh.. nak cepat baiki punya pasal.. aku on je la..

Biasanya , aku akan antar ke Sony Center. Tapi kena tunggu la lama skit baru siap. Biasanya 5 hari kerja dan satu lagi , harga dia.. hurmm.. Mau mau kena dekat RM800 untuk tukar skrin jer.. Aku rasa laa.. Tak sure pon.. Kalau dapat lagi murah . memang aku ngong !

Seminggu berlalu.. Tiba tiba aku perasan sesuatu.. Skrin Sony Xperia Z3 aku semacam jer..

image

Lekang ??? Arghhhhh.. Aku perhati betul betul.. Hurmm ..Takkan orang tu buat kerja macam.. aduhhhh.. Menyesal tul laa ! Terlalu banyak kecuaian aku ari tu.. Aku tak mintak skrin asal yang dikatakan rosak tu termasuk bateri yang dia kata kembang sebab dimasuki air.. Aduhhh.. Aku main angguk jer ! Malas nak bertanya punya pasal !

Apakah aku akan hantar repair semula ? Rasanya tak dah la kot.. Tunggu riwayatnya berakhir.. pastu simpan dalam almari ! huhuh.. Dah berjasa selama setahun lebih..

Dan.. tunggu satu lagi telefon pintar yang bakal aku dapat dan review pada korang. hehehe..

Rezeki seorang blogger.

Oh ya.. moralnya , hantar je ke center ! Senang citer.. Biar rugi skit tapi puashati !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI