Isnin, 30 November 2015

Layan The Good Dinasour dengan anak anak !

 

image

Buat pertama kalinya ! Kena pulak hari ni hari istimewa aku.. Dan aku saja nak bawak diorang berjalan jalan dan menonton movie best ! Heheheh.. Nak tengok apakah Qhaliff mampu duduk diam dan reaksi Zahra.. Maka aku pun tempah la tiket movie melalui aplikasi GSC. Suka tengok kat Alamanda di kala orang sibuk bekerja. Heheheh..

Hurmm… Camana? Diorang ok ke ? Tak buat perangai ke ?

image

image

Cerita best.. Qhaliff pada awalnya pon memberi kerjasama yang bagus. Duduk diam sambil kunyah pop corn. Sesekali gelak dan memandang aku . Tapi yang pastinya , aku nak tergelak bila melihat tangan dia tak lepas dari lengan aku ! Hahahaha..

image

Dan… tik tok , tik tok.. aku ketawa..

“ Daddy , diam la .. “

Adehhh..

Zahra ? Dia mula boring.. berjalan sana sini ! Panjat sana sini.. Huhuhu.. Dan abang dia pon mula ikut sama.. Aku tengok jam. Aku angkat beg sandang aku dan ajak wife keluar.. Cukup la setakat ni. Kang lama lama dalam tu , ada pulak buat drama. Tak pasal pasal daddy jadi dinasour yang garang ! Hahahaa..

Apa pun.. pasni boleh bawak Qhaliff tgk Angry Bird. Sebab masa trailer tu , baru dia tunjuk pulau Qhaliff dah tau tu cerita apa ! Hahaha.. Penangan youtube !

Hari ni , harijadi terbaik buat aku. Malam ni ada suprise lagi.. Apakah ??? Tungguuu.. Nak tau gak ke ??? Hahahaha..

Cegah kolestrol dan darah tinggi !

 

Ramai dah ‘tumbang’ disebabkan masalah jantung ! Muda muda lak tu ! Hurmm.. Ini memang merisaukan aku. Aku pun kalau tak jaga pemakanan , tak mustahil boleh tumbang jugak ! Faham faham je la orang sekarang punya makanan camana. Kena pulak tu , aku rajin buat food review! Hurmm.. main makan jer.. Adehh..

Antara cara aku nak cegah kolestrol dan tekanan darah  tinggi dalam badan aku ni , aku amik Jus Lega. Pada awal minum dulu , dia punya angin yang keluar..memang serius , melegakan ! Darah tinggi , aku tak sure la turun ke naik tapi yang pasti aku tak sakit kepala dah. Mau kena rajin minum la..

image

Baru-baru ni aku ada beli 2 botol lagi. Aku tak cukup rajin nak buat sendiri. Boleh je buat sendiri. Ada orang rajin buat.. Tapi orang tu bukanlah aku.. hehehe..

Satu botol bagi kat mak aku. Dia kongsi minum dengan ayah aku. Aku kongsi dengan wife. Menurut mak aku , dia terasa la gak perubahan seperti sebelum ni ada kebas kebas di hujung jari .. dah ok skit..

Dan tadi , mak aku call aku.. dia nak order lagi 3 botol. Katanya dah abis ! Huhhh.. Adik aku datang rumah mak aku semalam pon ada try. Baru masuk sesudu dah keluar angin ! Banyak lak tu .. mak aku cerita laaa ! Wallahualam..

Tapi yang pasti , jus lega ni aku kena amalkan setiap pagi dan malam ! Memang sesuai untuk aku. Namun begitu , aku kena tetap g buat pemeriksaan berkala untuk kesihatan aku ! Tak leh main OK jer !! Bahayaaa…

Yus Jambu meninggal dunia..

 

Aku dan rakan blogger di group Whatsapp dikhabarkan mengenai pemergian Yus. Terpinga pinga aku ! Takde angin , takde ribut tetiba viral cerita ni. Dah la sebelum ni kecoh pasal Ebby Yus ! Takkan kot ? Tapi kuasa Allah.. tak boleh kita nak nafikan terus..

Aku terus ke Twitter. Di sana, maklumat macam ni cepat sangat viral. Dan aku jumpa screen shot dari Tauke Jambu. Teman baik Yus Jambu..

Dan.. Aku terkedu. Terus aku baca bagaimana kisahnya.. Sesak nafas selepas show ! Hurmmmm…  Jantung ?

image

Jantung.. Ramai antara kita bermasalah dengan jantung tapi kita amik lekeh jer.. kan ? Sekali kena serang.. Hurmmm..

Yus Jambu.. antara pelawak yang mampu membuatkan aku tersenyum. Walaupun arwah punya lawak kita tau ianya bukanlah lawak cerdik tapi yang penting ianya mampu menghiburkan anda.

Senyum dan tawanya , akan kita rindui. InshaAllah , kita akan menyusul jua selepas ni. Masa dia , dah tiba. Janganlah kita lalai dan leka seperti kita akan hidup selamanya.

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Muliakanlah kematiannya , lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.”

Al Fatihah..

Selamat Hari Lahir yang ke 39 !

 

Sekejap je masa berlalu.. Tahun depan , 40 dah usia aku . Walaupun  ada yang kata macam tak nampak je tapi aku senantiasa peringat diri yang kubur dah melambai lambai ! Huhuhuh.. Maka persiapkanlahh.. jangan leka dengan duniawi ! Huhuh..

image

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah , kerana panjangkan usia aku dan murahkan rezeki aku di kala usia begini. Walaupun tak bekerja di pejabat , namun rezeki aku di dalam dunia blog , murah. Berkat doa rakan rakan seperjuangan di dunia maya ini juga.

Banyak yang perlu aku perbaiki di usia 40 tahun nanti. Dah tak leh anggap diri ni muda belia. Terlalu banyak kerugian masa. Leka dan lalai .. huhu.. Semoga di usia 40 nanti , aku akan perbaiki diri.. InshaAllah.

Ahaa.. buat rakan rakan , jutaan terima kasih atas ucapan dan ingatan. Ada yang nak belanja makan.. aku segan nak terima woo ! Sebab harijadi mereka aku tak buat apa apa pun.. kan ? Memadai dengan ucapan dan doa kesejahteraan buat aku dan keluarga. Tu dah jauh lebih berharga !

Moga di usia 4o nanti , blog aku ni akan lebih mantap dari segi infomasi dan penyampaian. Maklumlah , anak-anak pon dah besar.. Zahra pon boleh adik sorang dah kan ? InshaAllah.. Bizi aku nanti.. huhu..

SELAMAT HARI LAHIR BEN ASHAARI !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI