Selasa, 1 Disember 2015

Penting ke dual sim dalam satu phone ?

 

Tak ! Seriusss .. Tak penting pon ! Seriusss.. sehinggalah baru baru ni , aku pulang ke Kelantan melalui LPT2 dan singgah di RNR yang baru siap. Kereta tak banyak pon ketika tu. Terpaksa berenti sebab nak tunaikan hajat kecil.. hehehe.. dan mengantuk sangat !

Lalu aku check handphone.. Tiada signal ! Uik… dan aku check satu lagi handphone aku.. Ada !! Waaahhh ! Dan sejak tu , aku idamkan Sony Xperia Z5 Dual.. Heheheh..

Dan aku pun guna selepas ianya dilancarkan baru baru ni . Namun begitu , aku masih tak guna dua sim dalam satu phone. Aku masih guna dua phone tetapi terasa beban nak usung dua phone !

Sehingga tadi.. signal 4G dari Celcom hilang !

image

 

Aku yang baru nak update blog , terus mengelabah ! Aduhh.. bikin spoil ! Teringat DIGI yang sudah ada 4G LTE ! Tapi dah berminggu tak reload.. Rugi rugi ! Terpaksa tunggu ada signal Celcom 4G semula.

Hurmm.. sim skang ni macro. Nak kena g kerat kasi jadi nano baru boleh guna !

image

Nampaknya nak tak nak , aku kena letak jugak dua sim dalam satu phone ! Nasib baik aku ada Sony Xperia Z5. Puashati aku guna Sony Xperia Z5 ni.. Huhuh..

Menginap di Best View Resort Suites di Sunway

 

Tercapai cita cita aku ! Nak pergi Sunway Lagoon dan merayau di Sunway Piramid  pastu terus masuk bilik dan tidur ! Tak payah nak memandu pulang ke rumah setelah penat berjalan jalan dan bermain di taman tema Sunway Lagoon. Hehehhe..

image

Lokasi yang cukup strategik. Bangunan yang tertinggi di Sunway , maka dapatlah cuci mata untuk melihat panaroma yang cantik cantik di sekitarnya.. Kemudian berhubung dengan Sunway Piramid ! Haa.. Tak payah jalan jauh jauh dah ! Sunway Piramid ni bagi aku , shopping mall yang dah cukup sempurna ! Semua ada dalam ni dan menariknya ,banyak pilihan serta berpatutan harganya.

Tempat meletak kereta pun takde masalah. Bertingkat tingkat ada ! Senang sangat dan banyak pilihan. Nak lagi mudah , parking je kat B1 pastu ada Concierge dan akan bawak korang ke Lobby di tingkat 12.

Permandangan dari Best View ? Waaaaa…

Subuh hari..

image

Pagi..

image

image

Malam hari ..

image

image

Dan paling best , WiFinya yang superb ! Hahahaha.. Bagi yang nak buat kerja , memang tak perlu risau !

image

image

Ok.. bilik lak camana ? Bagi aku , dah ok dah bilik kat sini. Memadai dengan harganya. Nak masak pun boleh ! Haaa.. Memang dah bagi dapur untuk masak !

image

image

image

image

Tandas ? Bersih.. Puashati laaa ..

image image

Yang penting , anak anak enjoy !

image

Dengan kod promosi ( RSBS9694 ) ni , mereka yang berminat nak luangkan masa untuk bercuti sambil bershopping mahupun bermain di taman tema , bolehlah menginap di sini. Sementara ada promosi !

Bagi yang nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke www.resortsuites.com.my

Penutup yang terbaik !

 

‘Pakatan Rahsia’ berjaya menjalankan misinya walaupun perancangan mereka berjaya aku hidu pada awalnya. Namun begitu aku tetap berasa terkejut dengan kehadiran sahbat sahabat  blogger yang sudi luangkan masa untuk hadir bagi meraikan majlis hari lahir aku tu..

Bertempat di MMA Nilai Corner , majlis ini dimeriahkan oleh sebahagian rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari dan keluarga mereka. Sesuatu yang aku tak sangka sama sekali sebenarnya.. Terharu gue dibuatnya ! Jutaan terima kasih buat penaja dan semua rakan blogger dan mereka yang senantiasa memberi sokongan pada BenAshaari.com dan aku.

image

Antara juadah yang ditaja oleh penaja misteri ialah..

image

image

Kek siap ada ultraman dan ultraman berjaya dimakan oleh Qhaliff !

image

image

Dan hidangan utama , seperti biasa..

image

Ada satey kambing lagi tuuu.. hahaha.. Tapi aku tak makan la.. Dah terlalu kenyang.. Tengok muka kawan kawan yang datang pon dah kenyang dah.. huhu… Maklumlah , hari kerja kan ! Sanggup turun tuu..

image

Buat rakan rakan , samada yang datang semalam atau tidak.. jutaan terima kasih atas segala ucapan serta ingatan doa pada aku dan keluarga. Hanya Allah saja mampu balas jasa korang semua !

Buat diri aku , semoga terus bersemangat dan memberikan yang terbaik dalam setiap apa jua yang aku lakukan .. InshaAllah.. Heheheh..

Jom potong kek..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI