Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 Disember 2015

Oh , Najib dan Oh , Fazura..

 

Tengah boring ? Boleh gi tengok Fan Page Najib Tun Razak dan instagram MissFazura. Ketika ini mereka sedang dikerumuni oleh ‘peminat-peminat’ samada setia atau tak pernah setia.. hehehe..

Apa kes ? Seperti yang kita tau , kes Najib mestilah kes JANJI DAH DICAPATI ! Apa yang berlaku dalam sehari dua ni , sememangnya tak logik dek akal ! Tapi apa diorang kisah kan ? Diorang tau , lama kelamaan rakyat akan diam. Tunggu PRU je untuk melepaskan amarah ! Sementara tu , pendam dalam dalam.. dan lepaskan di media sosial ! Maka itulah yang terjadi !

image

Tengok ruangan komen. Boleh dikatakan setiap statusnya dihujani dengan komen copy paste ni ! Malah ada yang berjela jela panjangnya.. Aku mampu tersenyum jer… Apakah komen begini akan beri impak pada beliau ? Nehhh… Aku tak rasa dia baca pon..

Dan Fazura. Hurm.. Fazura oh Fazura.. Apa kes ni ? Instagramnya dipenuhi dengan KIMK ??? Apa tu KIMK ?? Hahaha.. Kalau orang tu kaki maki hamun , dia akan nampak apa yang dia nak nampak ! Jika orang tu hatinya suci dan bersih , mesti dia akan tertanya.. Apa tu KIMK ?? Kan ? Eh , aku tak kata Fazura kaki maki yer.. Aku tak kenal pon dia .. Cuma gitulah pandangan aku..

Setiap gambarnya , yang terkini hinggalah yang terdahulu dah dipenuhi dengan perkataan KIMK tu.. Ada yang bagitau , KIMK tu merujuk pada selebriti Hollywood.. Kim Kardashian. Bukannya satu makian . Aku tak nampak pon satu makian !

Paling tak best ialah.. Hurmm..Jangan libatkan pemakaian ! Kang kalau peminat attack cara awak berpakaian , naya awak.. Maaf , saya tak berminat nak amik tau cara berpakaian awak tapi bila orang tu berhijab , hormatilah. Cara awak berpakaian , biar Allah je la menilainya ! Sapa kita nak nilai kan ? Haaa..

Akhir kata .. hehehe.. Pikir je la sendiri ! Kita belum tentu hidup esok.. Sekurang-kurangnya , saya mintak maaf andai kata kata saya dalam entri ni ada yang mengguris hati Perdana Menteri yang disayangi ‘mereka’ dan Cik Fazura..

Kita ni cumalah manusia yang hina ! Tak perlu angkuh dan riak.. kan ?

Wajarkah tambang ERL dinaikkan ?

 

image

“ Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari depan. Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2.

Katanya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/101405 “.

 

Dengan kenaikan gini , aku rasa ramai akan gunakan bas semula. Memang tak mampu dah naik ERL hari hari ! Kecuali amat amat terdesak. Aku sendiri pun yang g event guna public transport akan nilai semula .. baik aku naik kereta jer dari guna ‘menda alah’ tu ! Tu pun dengar cerita LRT pon bakal menyusul ! Kalau semua naik , aku rasa biar aku je la yang turun !

Hurm.. teringat zaman aku kerja di Putrajaya dulu. Tambang ERL yang sekarang ni pon dah beban.. nak naik bas , pon bukanlah cepat sampai rumah. Mau mau malam baru sampai , pastu esoknya nak kena kerja lagi ! Gile tak penat ??? Dah tu kehidupan aku nak dihabiskan dengan cara gitu je ? Adoiyai.. ERL la jadi penyelesaiannya. Tapi bila tambang naik.. nampak gaya ada yang makin hilang kestabilan minda.. huhu..

Aku tak sure gaji penjawat awam kontrak sekarang berapa. Kalau naik jugak , ada la lega tapi tahap kat lubang hidung la.. Ada baiknya cari kerja lain jer laaa.. Dengan kenaikkan sana sini , aku rasa .. hurmm. melainkan diorang duduk rumah bujang di area Putrajaya. Tu boleh la bernafas. Kalau macam aku dulu.. ulang alik Cheras – Putrajaya , memang confirm aku berenti kerja dan kerja pam minyak depan rumah jer ! Biar skit tapi tak maki hamun diorang yang berlagak bijak terutamanya pak menteri ! Tang vape , laju je sokong ! Tang ni ? Krik krik bunyinyaaa…

Cakap tak serupa bikin ! Naik sikit ok la .. ni sekali naik.. tu dia ! Ingat semua orang dapat derma ke dari negara Arab ??

Pencuci muka cap ‘Ben Ashaari ‘ ?

 

Wah.. aku keluarkan produk kecantikan aku sendiri kah ???  Hehehe… Tak laa… Aku tak rasa aku akan keluarkan apa apa produk kecantikan di bawah nama aku pon.. Aku masih setia menggunakan produk Cosmoderm yang sesuai sangat dengan muka aku ni ! Muka aku ni jenis berminyak dan selalu berpeluh. Masa sekolah dulu , jerawat adalah rakan baik muka aku.. Payah nak jumpa pencuci muka yang sesuai sehinggalah aku mencuba Tea Tree Oil keluaran Cosmoderm..

Dan aku kembali jelita sehingga kini.. Auww.. Hahahaah.. Tapi serius , memang berkesan ! Aku cukup risau bila aku g mana mana tanpa bawak pencuci muka Tea Tree Oil dari Cosmoderm ni.. Banyak kali dah naik jerawat batu bila aku tak cuci muka atau terlupa cuci. Maklumlah , sibuk bebenar jaga anak.. Huhuh..

image

Satu lagi yang aku suka Tea Tree Oil ni , selepas mencucinya.. Tak meleket wooooo.. Nyaman jer rasa ! Aku akan guna setiap kali mandi di sebelah pagi dan malam.. Baru lena nak tidur atau segar nak pergi kerja..

Yang pastinya , wife akan selalu order online. Tak sampai 3 hari ,sampai dah belian dia. Dan yang terlalu pasti , akan ada belian lagi selain pencuci muka. Antara yang wajib beli ialah losyen , sabun mandi yang dikirim oleh mak dan adik ipar. Katanya bagus untuk kult mereka dan anak mereka yang ada alergik ! Huhuh.. Nanti aku cerita part tu..

Kalau korang nak jugak .. aku syorkan beli je online. Senang ! Gi je ke www.cosmoderm.com.my ! Selesaiiiii..  Oder , bayar dan tunggu.. Yang penting, jimat !

image

Sementara tengah ada diskaun , beli banyak banyak dan simpan ! Hehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI