Khamis, 3 Disember 2015

Qhaliff jadi mangsa Zahra !

 

Amboi Zahra… sekarang ni kerja part time dia , gigit lengan abang dia ! Ada sekali tu dia gigit baju abang dia bersungguh sungguh.. berkerut kerut dahi ! Aduhhhhh…

image

Respon abang dia.. kalau aku ada situ , dia mampu nangis je la ! Kalau aku takde situ , memang Zahra kena balasan ! Dan best part.. Zahra datang mengadu kat aku !

“Aaaakitt.. “. Pastu tunjuk abang dia ! Amboiiiii… Walhal dia yang mulakan dulu !

Mentang mentang la gigi dah banyak ! Kerja asyik nak gigit jer ! Tapi yang jadi mangsa , abang dia jer.. Aku takde lak jadi mangsa dia.. Hahaha..

image

Berbekas koooo ! Hurmmm.. mana belajar mengigit ni pon tak tau la aku ! Dia bukan kaki tengok youtube pon.. Hurmm..

Penipu di dunia maya !

 

Assalamualaikum bang ben. Kalau kita kena tipu dengan peniaga on9. Mcm mana ye nk dptkn duit kita balik ?

Boleh dikatakan setiap hari ada je pertanyaan untuk aku seolah olah aku ini punya agensi penyelesaian masalah ! Hahaha.. Tak pe , aku tak kisah pon. Mana boleh aku bantu , aku bantu.. Tak leh bantu , tak leh nak kata apa la kan. Aku pun ada kehidupan aku sendiri yang sibuk.

Menurut kawan ni , dia dan kawan kawan dia kena tipu. Beli jubah Gaza di Instagram. Dah buat pembayaran pon. Pastu peniaga tu SENYAP SUNYI terus… Mesej disekat. Instagramnya di blocked ! Eh .. kenapa gitu ?

Aku tak nak menuduh bukan bukan sebab aku pon tak kenal si pengadu. Maka aku suruh dia buat aduan ke KPDNKK terus. Buat aduan di sana dan inshaAllah akan mereka bantu selagi mana maklumat adalah sahih , tepat dan berguna. Ni ada yang buat aduan tapi apa apa maklumat pon takde.. camana tu ?

Seperkara lagi.. Bila nak membeli belah tu , pastikanlah dengan siapa anda membeli. Kena la tahu serba sedikit latar belakangnya. Jangan main sauk je shopping ! Bila dah tau kena tipu , baru laaa ada akai !

Hurm.. Zaman ni kan.. zaman rakyat mencontohi pemimpinnya! Tapi tak semua la.. yang dungu je akan ikut.. maksud aku , pemimpin yang senget !

Kemaruk buah delima !

 

image

Semalam , selepas ‘tamat’ kerja , aku pulang ke rumah orang tua aku. Ternampak Zahra sedang disuap makan oleh mak aku. Aku pun bertanya la..” Zahra makan ke ? “.

Dia kata Zahra suka. Tak berhenti makan. Aku pun amik la sebelah buah tu. Hurm.. Buah delima. Aku tak ingat berapa kali aku makan buah ni. Kali terakhir ketika wife mengandungkan Zahra. Dia makan sebab nak naikkan tekanan darah. Aku pun try gak masa tu tapi tak rasa apa apa pon ! Tang mana bestnya  buah ni , aku pun tak tau. Hurmm..

Dan semalam , segalanya berubah ! Aku tak berhenti henti makan buah tu ! Mak aku kata , buah ni kena makan ngan bijik bijiknya sekali. Patut laaaa.. Dari aku makan makanan tah hapa hapa , baik aku makan buah ni sambil memandu kereta ketika pulang ke rumah. Layan rupanyaaa !

Apakah kebaikan buah ni ? Tertanya jugak aku . Dan aku pun google la mencari jawapannya.. Hurmm.. Jumpa dan baca.. hurmmm .. Dari blog PanduanSaya ada penjelasan panjang lebar dan aku paham.

“ Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit. “

Dan nampaknya , aku perlu masukkan dalam menu harian aku .. setiap hari kena makan buah delima ! Mana nak cari buah n ?? Kata mak aku , sekarang ni musim dia.. Nak simpan stok laaa…

Dilema seorang rakyat Malaysia..

 

Ada yang kata , aku ni pandai merungut saja ! Berusahalah untuk majukan diri , kritiknya ! Nak majukan camana lagi ? Suruh siang malam bekerja tanpa had ? Atau join bisnis MLM ? Meniaga burger di malam hari manakala siangnya kerja di pejabat ?  Lunch g jadi pam atendant ? Dan anak di rumah , kasi hantar pengasuh ? Itukah kehidupan yang kita kejar hanya kerana nak teruskan hidup sempurna ??

Adakalanya aku berdiri di depan pintu.. Berfikir sejenak. Aku nak pergi kerja  pagi ni , nak guna pengangkutan awam atau pandu kereta jer ? Kerajaan galakkan rakyatny gunakan pengangkutan awam tapi diorang kasi naik harga kaw kaw punya ! Apa punya turr daa ! Pandu kereta , petrol dan tol satu hal lak ! Dah la gi event tak berbayar ! Demi kerana nak dapatkan network.. untuk masa depan kata kawan kawan..

Tepuk dahi ! Aku memandang ke langit. Yang kaya , semakin kaya dan yang miskin , semakin miskin di Malaysia ni ! Nak ‘berjaya’ , kena jadi penjilat ! Atau terus berada di ‘tapak kaki’ tanpa mampu berbuat apa apa jika tak nak jadi pengampu !

Geleng kepala. Sampai bila nak terus hidup begini ! Kata seorang menteri , berpindahlah ! Samada ke  luar negara atau balik je kampung. Hurm… Kadang kadang , orang gini memang dungu ! Aku pun boleh jadi menteri kalau itu je tahap idea yang mampu dia beri. Apakah aku perlu join politik dan jadi menteri ? Wowww ! Datuk Seri Ben AShaari ! PErghhhhhh..

Aku  tampar pipi aku sendiri ! Sudah sudahlah berangan.. Hidupkan enjin , jom gi Cheras. Sediakan duit tol dan kad kredit . Semalam dah isi petrol dan malam ni nanti , standy untuk isi lagi !

Aku memandang Qhaliff dan Zahra. Besar nanti jangan jadi macam Najib , yer sayang ! Biarlah kita begini , asalkan kehidupan kita berkat ! Tak lama pun kita atas bumi ni. Pastu ke dalam tanah jua kita nanti..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI