Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 4 Disember 2015

Drama Tuan Anas Mikael suatu kegagalan ??

 

Dah tamat semalam.. Aku tak tak pernah tonton sebelum ni. Kalau ada pon , sekadar sambil lalu jer.. Tu pun sebab wife aku yang layan. Dia layan pon tak pernah lengkap sejam tayangan.

image

Maka semalam , pakat la kengkawan blogger nak layan beramai ramai di rumah salah seorang dari kami. Dan aku syorkan layan kat umah aku je memandangkan nak parking mudah dan tv pon besar ! Lubang hidung Tuan Anas pon leh nampak dengan jelas ..

Tepat 10.05 malam , drama pon bermula.. Hurm.. Nak tau gak ending seperti yang diorang gembar gemburkan.. Termasuklah pemilik cincin tu.. Aku tak tau apa apa.. Diorang tertanya tanya sapa dan aku pon sibuk gak nak tau.. walhal tak kisah pon aku !

Hurmmmm…. Culik , polis dan selamat.. Happy ending ! Hahahaha.. Tu jer ??? Dan apahal Raja Azura muncul dengan cincin tu ? Cupid ke ? Serius aku tertanya… dan diorang pon tertanya ! Hhehehe..

Dari awal lagi cerita ni , memang gempak ! Macam aku kata la.. aku tertengok. Kagum dengan ‘kekayaan’ diorang.. Gempak giler tapi masih belum mampu menewaskan kekayaan filem bollywood !Diorang kalau tunjuk kaya, memang tak leh lawan dah ! Takde la baca suratkhabar tabloid.. hehehe… artikal yang terang terang nampak tampal ! Buat kasi real supaya penonton tak hilang ‘minat ! Kasi real abisss !

Dan tamat !! Naik kereta berbunga bunga gitu ! Aduhhhhh… Rumah gempak.. pejabat gempak ! Kasi la ending gempak skit ! Pakai lamboghini ker.. atau Proton biasa pon ok dah.. Ni macam KL Gengster lak ..

Ok.. tu komen aku.. Setuju atau tidak , tak yah nak meroyan. Bagi aku , drama ni berjaya kerana Aaron Aziz.. tu tarikan utama dia.. kan kan ?

Pasni buat drama Tuan Ben Ashaari boleh tak ? Kisah blogger miskin yang menjadi kaya sebab perniagaan onlinenya meletup ! Jual apa ? Haaa..tungguuuu !!!

Uber dan Grabcar menyusahkan pemandu teksi ?

 

image

Hurmmm.. Bapak aku bekas pemandu teksi. Keluar pagi , malam sebelum 12 dah ‘tutup kedai’. Tak berani nak memandu sebelah malam sebab dah beberapa kali berlaku pada dia , diperas ugut dan sebagainya. Manusia ‘belah malam’ ni , macam macam perangai ada. Kutipan tak banyak pon. Sewa teksi , RM45 sehari. Berapa je yang tinggal setelah tolak gas / petrol ?

Hurmm.. sian pada pemandu teksi sebenarnya. Tetapi , pada masa yang sama geram pun ada ! Banyak kali berlaku pada aku . Nak naik teksi , kena bagitau dulu destinasi dan mereka akan pikir .. nak amik ke tak nak !

‘Jalan jammed la boss..’.

Pulakkk.. Dah tu ?? Tunggu tak jammed baru nak amik ke ? Atau ada yang amik penumpang , siap ada anak bini dalam teksi ! Apa citer ? Adehhh.. Kita bayar  ikut meter ni ! Tapi berkongsi kereta.. Camana tu ? Ha.. macam macam gelagat sebenarnya ada tapi terpaksa redha sebab memerlukan mereka !

Tu belum naik teksi yang charge guna meter tapi aircond takde.. tingkap dibuka.. Rokok ! Sombong pon satu hal.. Yang memandu cam siput sedut pon ada .. Meter bergerak cam air pon ada ! Camana tu ? Buat aduan ? Adehhh..

Aku pernah guna Grab Car. Ketika tu nak pergi event di tempat yang aku kurang pasti lokasinya. Kereta tu sampai tepat pada masanya dan hantar aku ke destinasi , tepat pada masanya dan tak boring ! Mereka berbual dengan kita.. Seronok pon ada !

Aku pernah berborak dengan satu pemandu teksi ni. Katanya , pemandu teksi ni banyak yang malas. Amik destinasi dekat dekat jer. Contoh macam area rumah mak aku. Diorang main sekitar taman perumahan ke stesen LRT. Tak nak keluar sebab jammed dan tak berbaloi ! Pergi ada orang , balik kosong ! Camana tu ? Dia sendiri salahkan pemandu teksi sebab terlalu memilih. Disebabkan mereka begitu maka peluang terbuka untuk wujudnya satu lagi pilihan ! Grab Car atau Uber !

Bila ada persaingan.. mereka mengeluhh ! Hurm.. Dulu sewaktu takde , sombong ! Lu mau naik ka tak mau naik ka , lu punya pasal ! Kan kan ? Kita pulak terkedu ! Eh , aku bayar okkkk.. Bukan naik percuma !

Tu belum kena ‘sembelih’ dek pemandu teksi yang kurang ajar ! Serius ada ! Yang cerita ni pon pemandu teksi yang mana dia sendiri mengalaminya. Nasib baik dia bekas pegawai polis maka dia tak la takut sangat..

Di ruangan komen artikal yang aku petik tu , ada seorang insan bercerita pengalaman dia mengenai teksi ni..

  • Saya nak cite satu kes yg buat saya benci naik teksi. Saya pernah tiba2 dizzy masa tunggu bas di summit Usj. So saya tahanle teksi. Bila saya kata nakgi taipan, drebar tu taknak gi, dekat sangat katanya. Told him that saya sakit nak gi panel klinik, buat dek aje. Bila saya termuntah pun dia tengok je... Apa le punya teksi. So jangan salahkan uber ke grabcab ke, tengok diri sendiri tu dulu. Jangan memilih penumpang or distance....

Terus terang.. kalau aku berhenti bergelar blogger ni , aku plan nak bawak teksi jer ! Susah atau tidak , segalanya bergantung pada kerajinan kita. Kalau pikir nak kaya terus , jangan bekerja dengan orang.. buat bisnis , kan ?? Haaa..

Kesimpulan.. Apa yang berlaku , adalah salah sendiri ! Banyak songeh ! Pengguna perkhidmatan awam perlukan alternatif untuk bergerak !

Bila rambut Qhaliff panjang..

 

“Panjangnya rambutt… “.

Automatik keluar dari mulut. Aku senyum jer .. Memang panjang pon rambut dia. Aku saja biarkan panjang gitu. Selagi belum bersekolah , aku memang suka tengok rambut dia gitu. Lagi pun dia tak nak gunting terutama di kedai. Dia nak aku gunting rambut dia.. Tu pun tak leh lama. Aku bukan pro pon.. mesti bertokak punya ! Hahahaha..

image

Tapi la kan.. kan … Aku sebenarnya pelik ! Kalau anak sendiri digunting beria sampai ada yang setengah botak atau jadi mangsa fesyen masakini tetapi bila nampak anak ‘mat salleh ‘ atau anak Korea ke .. terus automatik kata..

“ Ololololooo… cutenyaaa ! “.

Erk…

Dan semalam.. aku terperasan.. Qhaliff dok menonton Youtube seorang diri. Sesekali ketawa dan sengih. Aku pun jengok la… Dia tunjuk kat aku..

image

Gambar : Untuk pengetahuan , cahaya di skrin tuu dah direndahkan maka tak perlu beri komen mengenai pencahayaan skrin tu , yer.. hehehe..

 

Haa.. aku terkedu dan ketawa besar ! Hahahahaha.. Kenapa ??? Dia sedang menonton ‘dirinya’ ! Budak di dala gambar tu , sebijik macam dia. Dengan rambut dia.Muka cuma berbeza warna kulit dan kemancungan hidung.. Hahahahha.. Rambut tu mahal ! Sama lebih kurang gitu !

image

Kenapa bila tengok anak orang , kita nampak cute tapi tang anak sendiri .. Bagi aku la.. biarlah ! Mereka dilahirkan cute. Bila sampai masa , ikut je la prosedur dan undang undang yang dikenakan. Sementara tu , biarkan mereka dengan kekiutan mereka..

Sekurangnya budak budak ni tak perlu mekap tebal dan aplikasi beauty untuk tampak cute dan comel !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI