Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 5 Disember 2015

Hilang selera makan tiba-tiba !

 

Hidanngan yang lazat disajikan untuk kami , rakan rakan blogger setelah selesai majlis bersama NGO , Syria Care di Shah Alam tadi , tidak berselera aku ! Ini kerana teringatkan video yang ditayangkan sebelum tu yang mana menunjukkan nasib anak anak kecil di sana yang tidak cukup makan !

image

image

image

image

Aduhhh.. terbayang anak anak aku di rumah yang terlebih makan ! Apakah akan jadi pada mereka jika mereka di tempat anak anak Syria tu ? Hurmm..

Mengalir air mata tiba-tiba.. Si ayah menangis meratapi anaknya yang menjadi mangsa peperangan. Masih kecil.. tak tau apa apa dan mereka telah hadapi semua ini !

image

Gambar di atas.. Jamal Daqnu, anak yatim yang kehilangan sebelah matanya dan mengalami kecederaan parah selepas rumahnya menjadi sasaran serangan peluru berpandu. Perginya anak syurga ini seperti ayah dan abang-abangnya.

Anak ini merupakan anak kepada Hamdu, seorang Mujahidin yang telah syahid dan adik kepada Jamal dan Abdul Hamid. Keduanya syahid akibat pengeboman. Manakala ibunya cedera parah dan masih mendapatkan rawatan.

Persoalannya.. Apakah peranan kita ? Apa yang mampu kita buat ? Betul , selain berdoa .. apa kata kita hulurkan bantuan pada mereka ! Di sana sedang mengalami musim sejuk ! Bayangkan kalau kita yang kesejukan.. Camana ? Hurmm ..

image

image

image

Ini bukan soal agama , bangsa dan negara tetapi kemanusiaan ! Bayangkan jika ianya berlaku pada kita.. sapa yang akan membantu kita ?

Bantuan musim sejuk untuk Syria.

Musim sejuk sudahpun menjengukkan diri di Syria. Suhu sudah semakin rendah. Kesejukan semakin terasa. Tanpa alat pemanas dan makanan yang mencukupi adalah sangat-sangat sukar bagi mereka melalui musim ini.

Yang lebih dikhuatiri ialah kematian yang bisa menjemput mereka akibat kebuluran mahupun kesejukan yang melampau. Kami yakin anda prihatin terhadap nasib rakyat Syria! Ayuh, bersama-sama Syria Care, kita mampu memberi harapan bagi mereka untuk melalui hari-hari getir ini!

Hulurkan sumbangan anda melalui kami bagi penyediaan dan agihan pek-pek makanan dan tong-tong gas yang boleh digunakan untuk memasak dan juga memanaskan badan bagi mereka dalam musim sejuk kali ini.

Anda tidak perlu risau, sumbangkan berapa sahaja yang anda mampu walaupun RM1. Jom beramai-ramai membantu meringankan kesulitan mereka.

Sumbangan anda mampu mengukirkan senyuman di wajah lesu mereka! Sumbangan anda dapat membangkitkan semangat juang untuk terus hidup. “

image

Mesti ada tertanya kenapa kita sibuk sangat dengan Syria.. Cuba tanya diri sendiri dan selidik.. Ada tak PBB bantu mereka ? Sapa lagi nak bantu mereka ? Dan cuba baca sejarah sejarah bumi Syria.. InshaAllah… korang akan paham.. kenapa kita perlu bantu mereka..

Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari ..

image

Sedih melihatnya..

 

Belikan Zahra stroller ni kat pasar malam Putrajaya semalam. Di rumah , tak sampai 10 minit dia tolak .. dah patah ! Hurmm..  Dan dia terus menolaknya. Rasa nak mengalir air mata tengok. Kesian kat dia.. Cekal je dia  terus bermain. Kalaulah malam masih muda , mau jugak aku lari ke Alamanda dan membelinya yang mahal punya !

image

Beli kat pasar malam.. Harga berbelas ringgit. Kualiti ? Tiada jaminan.. Aduhhh.. Mintak kurang pun tak dapat. Hurmm.. Tak la salahkan diorang jugak. Kadang kadang tapak meniaga dah mahal. Nak pergi ke situ pon dah mahal.. Terpaksa amik kira pelbagai kos. Aku memahami. Antara sebab beli pon nak sokong peniaga kecil kita..

Kehidupan sekarang ni , tak mudah dah ! Bayangkan nasib anak anak kita nanti ! Tu pun masih ada yang dungu dok angguk kata asalkan negara aman dah walhal dia sendiri tengah menderita . Hidup seperti hamba abdi yang tak bertuan. Bangun pagi , kerja.. hingga malam hari , kerja ! Dapat gaji bayar hutang.. bayar cukai .. Baki ? Pinjam balik duit…

Benar.. aku terasa seperti hamba abdi. Hari hari mau bayar cukai untuk teruskan kehidupan ! Apakah nasib anak cucu aku ? Sementara tunggu dunia berakhir , kita akan lalui begini setiap hari. Selagi tiada perubahan…

Test makan di My Makan , Putrajaya !

 

Mulai hari ni , aku tak nak dah buat food review yang dipanggil punya ! Aku nak main terjah jer pasni ! Haaa.. Pergi sebagai pelanggan berbayar.. bukannya sebagai media ! Haa.. plannya gitu laa.. Hehehe.. Syok terjah terus dan cerita di blog tanpa jaga hati punya !

Ok.. malam tadi , aku g makan malam di Ayer @ 8 , Putrajaya. Rancangan awalnya nak makan di Tom Yum Kung tapi ramai pelik kat situ pulak malam ni.. Maka terpaksa ubah plan.. G cari restoran yang ada sup atau tom yam.

Dan ternampak MY MAKAN yang berada di bangunan belakang.. Ari tu ada plan nak masuk tapi keadaan dalam tu agak berbahang.. tak nak berpeluh aku.. Hehehe..

Tapi malam ni sejuk lak.. Wah , bagus ! Terus pandang kiri kanan , atas bawah.. dan bersih ! Wife pandang aku , aku pandang dia.. Jom makan !

image

image

image

image

Aku makan apa yang wife order. Bukan apa.. harganya boleh tahan gak ! Bukan standard roti canai sekeping dan teh tarik.. Tapi tak la mahal mana pon. Nak open table di tempat gini memang sesuai sangat.. Luas ! Permandangan pon cun..

Ok.. Staff.. Dia pakai orang luar ramai gak tapi yang bagusnya mereka semua peramah ! Ada yang siap nak jagakan Zahra lagi di kala kitorang makan namun tak bagi la.. Yelah , anak sendiri kan ? Maka gilir gilir la makan..

Camana dengan makanan ?? Air , biasa.. Maksudnya sedap gak la ! Makanan… Amik sup tulang dan ketam masak apa tah.. Bini order ler ! Aku nak supriseee ! Hehehe.. Ngada ngada la kau ni Ben !

Ketam masak apa tah.. tak ingat aku ! Heheheh..

image

Hurmm… Nasi putih , sup tulang , ketam .. hurmmm.. Sedap ke ?? Ok.. secara jujur , rasanya ok gak la..Boleh makan beramai ramai di sini..

Kesimpulannya .. tahap kebersihan di sini memang membanggakan ! Part makanan , aku ok jer.. hehehe…

Digalakkan pergi !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI