Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 6 Disember 2015

Nak produk Cosmoderm secara percuma ?

 

Ok.. nak kan ? Mudah je ! Hehehe.. Labur sedikit kos dengan membeli suratkhabar Sinar Harian bertarikh 6hb Disember 2015.

image image

Ok.. perasan tak ada iklan Cosmoderm di bawah tu ? Haa.. Di akhbar nanti pon ada ! Apa ? Nak kena buat apa ? Mudah jer.. ikut je langkah yang aku bagi ni..

image

1. Like dan Follow @cosmoderm di Facebook / Instagram

2. SNAP iklan Cosmoderm & Ben Ashaari di Akhbar Sinar Harian edisi 6 Disember 2015 dan #cosmodem

3. Pernyertaan adalah sebelum 7 Disember 2015

Penyertaan selewat2nya 7 Disember 2015

Mudah kan ? Terbuka untuk blogger #KELABBLOGGERBENASHAARI dan rakan dunia maya juga !

Semoga berjaya ! Hehehe..  Nak beli gak esok !

Gelagat anak anak ..

 

Makin membesar , makin menghiburkan hati terutama bila dah pandai memahami apa yang kita kata. Zahra , dia paham tapi dia akan jawab secara automatik..

“ Haaaaa ? “.

Kita ulang.. Dan dia jawab..

“ Haaaa ? “.

Teringat satu iklan di tv.. Kalau tak silap aku , iklan burung tu.. Si anak bertanya kat ayah dan si ayah tak jemu jemu mengulang jawapan.. Dan ianya terjadi pada aku sekarang !

Dan sekarang , dia dah mula berlagak macam kakak kakak pulak ! Adoi.. Bergaduh ngan abang , dah selalu ! Dia yang provoke pastu dia yang mengadu ! Bahaya tul anak dara sorang ni..

image

Si abang , alhamdulillah.. Dah boleh diharap. Kalau suruh jaga Zahra , memang dia jaga betul. Apa pon Zahra takleh nak buat. Dan akhirnya pasti akan kedengaran Qhaliff menangis..

Yang bagusnya , si abang senantiasa beralah dengan adiknya kecuali part mainan haknya ! Memang payah laaa.. Begitu gak ngan stroller !

‘ Qhaff punyaa !!’ Kata Qhaliff. Dah ada nama singkatan wooo ! Sendiri bagi.. Adehh..

image

Makin pantas Qhaliff belajar meniru dan aku rasa dia dah boleh gi taska ni.. Tapi bila dengar harga yuran awalan tu , memang telan air liur terus ! Bapak mahal laaa sekarang ni !

Nak tak nak , kena hantar gak Qhaliff sebab dalam proses untuk dapatkan adik bagi Zahra.. Zahra nak adik dah ni ! Haaaa…  Yelah , sebelum daddy monopos, kan .. haaa ! Kena pantas bertindak !f

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI