Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 7 Disember 2015

Sembelih orang di Malaysia !

 

Aku di Pulau Pinang skarang ni.. Bercuti di sini bersama keluarga. Saja nak rehatkan kepala otak. Nak kasi fresh sebelum masuk tahun baru. Tahun depan , aku nak mantapkan blog aku..

Duduk di salah sebuah hotel di Tanjung Bungah. Berdekatan dengan Batu Feringgi dan di tepi laut. Cantiik dan terjaga pantai di sini. Orang mandi manda pon ok jer..

Cantik ketika matahari mula menyinsing dan terbenam..

image

image

Walaupun kedua orang tua aku berasal dari sini , masalah utama aku tiap kali ke sini ialah.. kat mana nak makan sedap di sini ? Dan kebanyakkan mereka akan syorkan pasembor ! Bila syorkan pasermbor , ada yang suruh try makan di Padang Kota atau Gurney Drive. Tapi , aku tak berani ! Seringkali aku dinasihati elak makan membuta tuli di sana… kena tanya harga dulu sebelum makan.. Kenapa ? Ramai dah kena sembelih ! Fuhh.. memang insaf !

Aku selalu tertanya.. bukan di Pulau Pinang je.. tapi banyak tempat yang jadi tumpuan ramai di Malaysia ni akan menyembelih pelancong tak kira tempatan atau luar ! Kenapa diorang sanggup begini ? Tak ke sedar perbuatan diorang tu akan ‘membunuh’ diorang juga ? Kenapalah tidak meniaga dengan jujur ? Kalau nak kejar kekayaan , bukan begitu caranya.. Hurmmm..

Apa yang berlaku bila aku dinasihati begini ? Aku akan elak darii pergi tempat begitu dan cari tempat lain ! Sapa rugi sekarang ?

Juri Gegar Vaganza pilih bulu ?

 

Separuh akhir dah berlalu.. Azian terkeluar. Dan yang lain akan ke final.. Tapi !

image

Seperti biasa , pasti akan ada yang tak puashati. Maklumlah , masing masing ada peminat. Aku yang sempat layan beberapa lagu semalam , memang dah jangkakan  pertandingan begini akan cipta kontroversi tersendiri. Maklumlah , segalanya adalah ‘bisnis’.. Duit maa !

Tapi aku tak salahkan peserta pon. Seperti ketika aku dengar nyanyian FarahDhiya.. aku terus kata tak sedap ! Rupanya dia ada masalah dengan tekak. Namun begitu , dia berjaya layak ke akhir. Yer , dia memang layak untuk ke final berdasarkan persembahan sebelum ini tetapi di separuh akhir, dia ‘gagal’ ! Namun rezeki menyebelahi dia.. Aku tak pertikaikan tu.. Tahniah FarahDhiya.

Ezad , memang layan semalam. Nana , aku tak beberapa dengar sangat sebab aku dok sibuk berbual. Nassier Wahab pon diorang kata tak best semalam ? Nak kena tengok balik la macam ni..

Siti Nordiana dan Haiza.. aku baca komen , kata memang best semalam.. Nampaknya lelaki bukanlah pencabar utama di final nanti ! Pertarungan sengit antara Haiza dan Nana. Ezad underdog. Farahdhiya bergantung pada kesihatan dia.. Sian dia..

Acong.. Acong dan Acong.. Ni la nasib kalau kita dah ‘terkeluar’ tetapi masuk balik dan terus ke final. Bukan apa.. kita dah tewas tetapi disebabkan ‘penaja’ nak dia ada dalam tu semula , kita nak kata apa kan ? Aku ok je.. Aku pun suka cuma kalau aku , aku agak tak best sedkit la perasan sebab dah tau kita tewas sebelum ni..

Tapi nak kata apa kan ? Inilah adat pertandingan ! Juri berkuasa walaupun juri ada yang berat sebelah. Pegundi pon ada kuasa. Segala faktor diambil kira ! Kalah tak semestinya tak bagus.. Menang tak semestinya gempak kan ? Apa pun , Gegar Vaganza kali ni menampilkan peserta yang hebat hebat belaka.. Dari awal lagi hingga ke akhir nanti..

Untuk final ni , aku pilih..

Jangan jadi blogger murahan !

 

Terus terang aku tak suka menulis pasal ni ! Nampak murah sangat nak carik trafik tapi aku terpaksa tulis demi untuk mendidik ‘mereka’  masih tercari rentak untuk menulis blog dan tak paham apa itu blogger !

Semalam , aku ada upload sekeping gambar di Facebook dengan caption ‘ Perasan ? ‘.

image

Satu caption yang tersurat dan tersirat ! Ada yang masih tak perasan dan tak tau mengenai berita pemergian  Tunku Jalil. Maka selepas aku up tu , dia akan tau.. Alhamdulillah. Dan yang tersirat tu mengenai iklan Cosmoderm. Faham kan ?

Apakah aku tidak sensitif dengan apa yang berlaku ? Hurmm.. Kalau aku tak sensitif , aku takkan up gambar tu ! Aku up tu pun sebagai tanda hormat aku ! Aku nak bagitau rakan rakan di FB yang lain selain nak bagitau mengenai contest akan aku adakan ! Dan nak gak aku tau.. Yang semalam ada bolasepak , Gegar Vaganza tu camana pulak ? Apakah tidak sensitif gak ?

Janganlah ingat aku ni baru kenal dunia maya ni ! Aku kenal dah seusia 20 tahun ! 20 tahun dulu… Nak tanya , 20 tahun dulu tu..’awak’ dok buat apa ??

image

Tidakkah dia tau , dia sedang mengaibkan orang lain di sini ? Tidakkah dia tahu yang dia boleh disaman malu ? Hati hati ! Jangan terlalu asyik sangat kawan nak cipta kontroversi ! Aku pun boleh buat tapi aku masih ada kewarasan akal fikiran. Menulis dengan berhati hati jika berniat nak menegur !

Satu je la nasihat aku.. Belajarlah jadi blogger yang baik dan bagus ! Kalau takde idea atau tak tau , aku bagi satu artikal sebagai rujukan. Baca dan fahami. Apa guna belajar tinggi tinggi tapi tak gunakan akal , kan ? Baca artkal 5 Tips That Will Make You A Better Blogger ni. Moga moga dapat idea selepas ni ! Tak perlu nak stalk Facebook orang dan kemudian menulis mengenainya ! Jadi cerdik skit eh ?

Kali pertama muka masuk paper eh ? Yela kot.. aku bukanlah blogger popular pon. Bukanlah reti pakai shawl pon.. Bukanlah kacak pon.. Sebab tu aku seronok giler muka aku terpampang kat suratkhabar !

Tapi pelik jugak aku.. Kenapa bila aku upload artikal mengenai Syria , Yus Jambu , Zakat.. dia tak tulis mengenainya ? Oh… lariskan blog ? Nampak kan ? Jangan dik.. tak larat nak merangkak kat akhirat kelak..

Maaf yer.. saya tak suka menegur cara blogger lain sekarang ni. Tapi bila ianya mengaitkan aku , aku terpaksa. Ikut hati aku , aku dah bagi kat lawyer aku jer dan mintak dia uruskan..  Masyuk gak kalau saman orang.. Tapi aku tak la sekeji tu.. Banyak keje lain aku boleh buat. Usia kita singkat je.. Entah kejap lagi.. kita dah diambilNya.. sapa tau kan ? Sebab tu , apa yang kita tulis , kita kena hati hati.. Itu saham dunia dan akhirat..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI