Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 10 Disember 2015

Balasan dari Hard Rock Hotel Penang

 

Entri bersifat ‘aduan secara lembut’ aku , Baju HARD ROCK gempak tapi.. mendapat respon dari pihak Hard Rock Hotel Penang. Waduhhh… Pantas ! Hehehehe.. Bagus bagus ! Dan yang bagusnya , mereka akui kesilapan mereka ! Tarak sombong punya.. Cam ni la bagus..

Hi En Ashaari,

Greetings from Rock Shop of Hard Rock Hotel Penang!

It has come to our attention that you have recently bought a twill jacket worth RM390.00 with a printing error on the inner label of the merchandise with the remark “MADR IN CHINA” instead of Made in China.

We sincerely apologize for the said defect, and wish to inform En Ashaari that we are able to exchange the said product with other items of your choice with the same or higher value should you wish to do so. We also like to thank En Ashaari for highlighting the matter so that we can feedback it to the supplier while ensuring such mistake will not occur again.

Once again, so sorry for the inconveniences caused.Should you have any enquiries or require further information, please do not hesitate to liaise with the undersigned … “.

 

Aku pun telefon manager tersebut selepas dapat email dari dia. Nak settle. Diorang dah tarik balik baju baju yang dijual dan telah maklumkan pada supplier mengenai defect tersebut.

Elok je perbualan.. Dia pon cakap dengan lembut. Seolah olah malu dgn kesilapan tersebut. Dia suruh datang balik ke butik mereka dan pilih mana mana baju yang aku nak.. Tapi masalahnya , aku di KL.. nak ke sana , payah dah ! Kos lagi kan ? Dia kata , pos jer. Segala perbelanjaan akan mereka tanggung.. Wahhh !  Dasat tulll.. Macam ni laaa ..

Pikir punya pikir.. aku tak jadi nak pulangkan ! Baju ni paling mahal kat situ. Walaupun banyak baju yang aku berkenan kat sana , rasanya ni paling sesuai dengan aku.. Nak pakai gi Australia nanti.. hahaha..

Aku tak kisah sangat pon sebenarnya.. Yang penting , aku nak mereka response terhadap aduan pembeli dan mereka telah melakukan dengan cemerlang sekali !

Terbaik Hard Rock Hotel Penang.. Nanti aku g bercuti kat sana lagi ! Mahal tapi puashati hati , ok la kan ?

Terima kasih Hard Rock Hotel Penang.

HARD ROCK HOTEL , Penang.

 

Banyak kali dah lalu tapi asal nak booking je penuh ! Bila kosong , aku lak takde duit.. heheh.. Bukan murah woo nak stay sini ! Kali aku duduk pun sebab orang taja.. Adik ipar yang taja.. Hehehe.. Rezeki jangan ditolak..

Ok.. Ini bukan pertama kali la aku duduk hotel banyak bintang. Banyak kali dah.. Dan majoritinya free la.. hehehe.. Segalanya sebab kerja.. Kalau nak bayar sendiri , rasanya lom mampu lagi la.. Terus terang ni ! Haaa.. * Hidup kena merendah diri.

Hard Rock Hotel Penang.. Ramai dah bercerita mengenai hotel ni. Setakat yang aku dengar , semuanya positif. Tu yang buat aku teringin benar nak stay sini dalam semalam dua.. Dan semalam ,  impian jadi kenyataan.. eheh..

image

Bila aku masuk ke ruang lobby , kakitangan hotel yang santai , menyambut aku dengan ramahnya ! Perghh.. senyuman tak lekang di bibir.. Walaupun aku berpakaian selekeh , mereka tetap anggap aku mcm orang kaya !

Aku terus ke bilik adik aku yang di bawah.. Bilik bawah ni paling best diantara bilik yang ada.. Sebabnya , bukak je pintu belakang.. terus terjun dalam kolam !

image

image

Cool kan ? Haaa.. Tak pe.. Aku dan adik beradik yang lain , bilik atas.. Nak mandi , meh kumpul sini ! Senang.. hahaha ..

Dan aku ke bilik aku..

image

Sampai je bilik aku.. aku bukak dan .. Ok ! Terus aku kata kat wife aku .. Ini barulah hotel ! Hehehehe.. Rujuk entri Ini baru ‘hotel’ ! 

Kagum sangat tu tak la.. Aku pernah duduk bilik yang lagi gempak dan canggih tapi bilik ni jadi lebih cool sebab permandangan di luar sana tu.. haaa..

image

image

image

image

image

image

Dan malam harinya..

image

image

Terus terang , aku berpuashati duduk di hotel ni dan bercadang nak kembali lagi tahun depan ! Kali ni nak duduk dengan lebih lama lagi. Ini kerana dari makan pagi hingga ke malam hari , hotel ni  senantiasa hidup dan meriah ! Santai giler hotel ni tapi tetap ada peraturan namun tidaklah membebankan pengunjung.. Keselamatan pon tip top !

Aku tak sempat nak pusing hotel ni. Sayang nak tinggalkan bilik ! Mahal tuuuuu.. bukan seringgit dua yer ! Sebab tu kalau duduk di hotel ni , jangan gatal nak keluar pagi balik malam.. melainkan ada yang derma duit ke dalam akaun korang.. hehe.. Tu cerita lain la yer..

Dan dengan ini , Hard Rock Hotel ni masuk ke dalam kalender untuk tahun depan..

AES : Mendidik atau menganiaya rakyat ?

 

Artikal dari Sinar Harian.. AES akan diperluas seluruh negara ni membuatkan aku teringatkan 3 notis AES yang aku terima. Belum diselesaikan kerana isu AES ni belum diselesaika.. cuma inilah pendapat aku..

image

AES ni kalau nak buat betul betul , nilai saman yang dikenakan silalah ikut jenis kenderaan. Kalau kereta dari luar negara , kasi la mahal lagi ! Kita jangan galakkan diorang guna kereta diorang bila di negara ni.. Guna je kereta sewa. Nampak kejam tapi hakikatnya , yang selalu berlaku kereta kereta dari luar negara yang masuk sini kebanyakkanya laju laju bila dipandu di lebuhraya !! Saman berapa ? RM300 gak ? Hurmm..  Seperti biasa , bukan semua pemandu kereta dari luar negara begitu.. Ada yang bagus. Tahniah.

Ok.. yang kedua.. nasib baik mereka kata mereka sedang mengkajinya semula ..

Pada masa ini, kita masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan untuk manambah baik terma perjanjian AES yang mengambil kira pandangan dan maklumat balas pelbagai pihak sebelum ia boleh diperluaskan.   

"AES masih diteruskan di 14 lokasi iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 10 kamera tetap serta empat kamera mudah alih," katanya menjawab soalan Senator Dr. Ariffin S.M Omar yang ingin tahu langkah kerajaan dalam membangun dan memperluaskan khidmat AES. “

Tak dinafikan AES ni ada bagusnya. Cuma ada lokasi seperti di Putrajaya tu , tak masuk dek akal ! Laluan yang kerap berlaku kemalangan , takde la pulak dipasangnya ! Laluan lurus dan kerap lengang pulak jadi sasaran ! Waktu pejabat lak tuuu.. Waktu malamnya mana ? Dan pemasangan papan tanda amaran tu satu penambahanbaikan yang aku setuju.

Dan tolonglah yer..Janganlah kelirukan mereka dan aku yang dapat notis/ saman ni.. Bukan apa..tak ramai yang cerdik di Malaysia ni termasuk aku. Bila dapat je notis gini terus ingat saman dan g bayar ! RM300 kan ? Ada diskaun macam PDRM punya saman tak ? Rasanya kena naik mahkamah dan buat rayuan kan ?  Mintak fahamkan pengguna part ni ! Jangan seronok kaut duit jer.. Rakyat dah makin terhimpit dengan segala cukai yang dikenakan. Ok , tu isu lain..

Kesimpulannya , aku setuju penjenamaan semula dan hapuskan segala notis sebelum ni kerana ianya boleh dipertikaikan…

image

Nasib baik laaa ada group Kempen Anti Saman Ekor (KASE) ni yang memberi penentangan terhadap AES yang dikatakan berat sebelah.. er , memang berat sebelah..

* Kalau boleh , hanya konvoi AGONG dan RAJA je boleh pandu laju. Yang menteri atau setingkat dengannya , tak payah ! Diorang laju , saman jer ! Kalau nak cepat , sila atur jadual. Jangan pandai cakap kat rakyat walhal awak tu pon rakyat yang pilih !

Baju HARD ROCK gempak tapi..

 

Kali pertama aku beli ! Biasanya dok dengar orang kirim jer.. Dan akhirnya , aku melaburkan jugak duit aku di zaman GST ni ke HARD ROCK dengan harapan ianya berbaloi !

Di Hard Rock Hotel Penang , segalanya cukup sempurna sehinggalah malam tadi.. ketika aku mengambil gambar baju yang aku beli ni untuk dibuat entri kenang kenangan.. Hehehe.. Baju mahal ni bosss ! Mahal bagi aku laa.. Aku bukan orang kayaa !

Ketika aku memilih jaket ni , aku tak tengok la dia buatan mana. Aku tak kisah pon. Kain sedap dah.. Size ok dah ! Aku sarung ke badan aku , segalanya ok !

Harganya ! Fuh… butakan jap mata demi minat !

image

Balik rumah.. aku nak gantung baju ni ke dalam almari bersama sama jaket aku yang lain.. Hehehhe.. Koleksi jaket skang ni ! Leh guna g mana mana event yang gempak gempak.. heheheh..

Depan gini rupanya.. Cun , kan ?

image

Dan belakangnya pulak , gini rupanya..

image

Cun kan ? Haaaa.. Tiba-tiba mata aku tertangkap sesuatu..

image

Aku zoom kan mata aku..

image

MADR ??? Bukan ke patutnya ejaan MADE ? Hurmm.. Takkan memang gini dia punya style ? Ke typo ? Tapi kalau typo takkan dijual dengan harga yang mahal gak ? Hurm..

Ok.. aku google.. Apakah memang gitu ejaannya ! Dan aku jumpa satu gambar dari satu blog kawan ni ..

image

MADE ! Hurmmm… Terus hilang mood aku untuk buat koleksi baju Hard Rock , tersimpan kemas di dalam dada ! Aku kumpul baju Cheetah je la pasni ..

 

TERKINI : Beberapa jam selepas aduan ‘rasmi’ dibuat , Pihak Hard Rock Hotel Penang membalas melalui email. Sila baca di Balasan dari Hard Rock Hotel Penang.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI