Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 13 Disember 2015

Konsert Akhir Gegar Vaganza 2015


Yess... Tak de Astro tapi nak layan gak ? Sila dengar Sinar.FM ! Ada siaran langsung di sanaaa ! Heheheh.. Iklan tak berbayar ni ! Rugi aku wehhh.. Tapi tak peee.. Mana tau Astro nak kasi job besar pasni .. Tapi berbayar la yer.. Jangan la free.. Lain la ada helikopter datang amik dan hantar aku untuk hadiri event.. Hahahah.. Gurauuuuuuu ! Kang ada pulak yang buat entri kata BEN ASHAARI DEMAND ! Hek lerr... sensitif tuuul ! 

Ok..  sapa pilihan korang ??? Final kali ni ada Acong SweetChild , EzadLazim , Siti Nordiana , Haiza , FarahDhiya  dan Nassier Wahab.. Aku rasa ramai akan pilih Siti Nordiana kan ? Atau FarahDhiya kan ? Hehehe... 

Aku ? Aku ????? Aku amik... hurm... FarahDhiya , tak.. Haiza ? Hurmm.. Takkk.. Nassier Wahab ?  Awal awal dulu .. ok la.. Tapi sehingga separuh akhir , persembahan dia makin merosot.. Maka aku rasa dia antara no 4 atau 5 . Achong ? Dia no 6 ! Bukan tak bagus tapi dia kurang undian.. Kalau berdasarkan undian , aku rasa Siti Nordiana akan juara tapi kalau aku laaaa.. aku pilih Ezad ! Tapi segalanya bergantung pada persembahan dia malam ni ! Kalau dia sekadar 'menyanyi' , maka dia takkan menang .. Kalau dia bersungguh sungguh , maka dia mampu mencabar Siti Nordiana.. 

Harapnya kesemua bersungguh sungguh malam ni ! Tiket bayar woiii ! Bukan freee okeh .. Er , mungkin ada yang dapat free.. ehehehe.. Tapi aku bayar ASTRO okkkk ! Nanti ada la tu yang kata.. 'Macam dia sorang je yang bayar !'  Macam ni punya spesis pon ada ! Ingat pupus dah.. Huhh..

Apa pun.. Tahniah buat penerbit kali ni.. menampilkan peserta peserta yang power rangers ! Harapnya tahun depan dapat pujuk Amy Search , Awie Wings ,  Jamal Abidillah , M.Nasir dan otai otai join ! Kasi hadiah RM1 juta ! Apadahal kan ? Qu Puteh kan adaaaa.... Hehehe..

Si abang yang lebih bijak !


Gi Alamanda , Putrajaya. Port biasa untuk membeli barang dapur. Walauun dikatakan di sini mahal , tapi kami ( aku ngan wife ) selesa di sini.. Parking mudah , orang pon tak ramai sangat. Kemudian anak anak pon dah hafal kawasan ni..

Disebabkan dah hafallah , di AEON , terbang RM100++ semata mata membeli permainan diorang. Segalanya bermula bila si abang berhenti bila ternampak Hulk yang sering dia nampak di Youtube ! Terus dia nak amik.. 

Bila si adik nampak si abang amik dia pon nak jugak ! Beria dia nak.. Si abang yang dengan si adik menangis nak , terus menyokong si adik ! Support sama adik.. 

" Daddy...." . Amboiiiii , amboiii.. 




Sokongan serampang dua mata sebenarnya ! Dia tau adik dia tak main Transformer tu.. Rasa rasa sapa yang main ? Yer !! Betul ! Bila aku belikan untuk Zahra , nanti dia yang akan dapat !! Zahra tu cuma hangat hangat tahi ayam jer ! Bukan nak sangat pon.. 

Dan segalanya menjadi kenyataan.. Sampai di Secret Recepi , terus dia mintak buka yang Zahra punya dan Zahra.. sibuk bermain dengan menda lain .. Hurmm.. 

Kebijaksanaan ni memang dah lama aku miliki.. nampak sangat turun kat dia ! Huhhhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI