Isnin, 14 Disember 2015

Nak ke sekolah dah sangat !


Hurm..Terikut sepupu sepupu dia.. Dan bila di rumah mak aku , dia sering ikut naik bas sekolah mak aku ke sekolah. Ramai kawan dalam bas tu.. Budak budak tu lak suka layan dia walaupun Qhaliff bercakap Jerman. Tapi secara perlahan lahan dia belajar memperbaikinya. Aku bagi dia belajar bercakap melalui pergaulan secara tidak langsung. Di rumah pon aku tak de la cakap pelat dengan dia.. dan juga Zahra. 

Wife dah ajak aku gi daftarkan Qhaliff di Little Caliph yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Hantar belah siang jer..sehingga jam 12 tengahari.. Ok gak cadangan dia tu. Kasi berkawan jer. Takde la serius suh belajar itu ini pon.. Tapi kos tu tak pasti lagi berapa.. kena check gak tu ! Hehehehe..



Antar ke play school dulu ? Hurmm.. rasanya takde di kawasan berhampiran rumah aku ni. Banyak taska jer.   Ke aku tak cari betul betul lagi ? Hurmm.. nanti la cari semula.. sian tengok dia. Nak berkawan sangat tu. Duk umah , memang bermain dengan adik dia tapi adik dia ni , kuat provoke dia.. tau tau, menangis ! Bila menangis , dia tunjuk abang dia ! Walhal dia yang mula dulu.. Hahaha.. Kekadang sian gak kat Qhaliff kena beralah banyak.. 

Kena simpan duit banyak banyak aku untuk diaorang berdua.. Tu belum tambah lagi 2 tu ! Fuhhh..

Nasib baik SONY XPERIA Z5 Dual sim !


Fuh.. aku selalu pening ! Nak pakai banyak banyak phone, tak mampu. Hehehhe.. Kenapa ? Sebab sebelum ni , bila satu line telco yang aku guna ni buat hal dikala aku amat memerlukannya , aku terus tutup laptop dan gi tidur !

Tapi sejak guna Sony Xperia Z5 Dual ni , segalanya berubah… heheheh.. Bila telco satu signal ‘ke laut ‘ , maka aku pon on la yang telco yang kedua ! Huhuhuh.. Dan aku boleh siapkan entri aku yang nak sangat aku siapkan ! Huhuhu..


 

Ada kawan bagitau , bila guna dual sim ni.. handphone mudah hang ! Alhamdullillah.. Tak berlaku pada Sony Xperia Z5 Dual yang aku guna ni.. 

Sebelum ni aku tertanya tanya gak , camana nak buat dua call dari satu phone ? Rupanya mudah jer ! Huhuhu.. Setting call forward pon boleh ! Huhuhu.. Tak sia sia aku guna ! Pasni usung satu phone je ke mana mana.. Tak larat nak jaga dua phone sekali gus ! Hurmm.. kan ? 


Masukkan nombor pastu pilih je mana satu nombor nak digunakan.. Pastu tekan call.. settle ! Part lain , lagi mudah ! Hehehe.. Alhamdulillah.. setakat ni berpuashati aku dengan Sony Xperia Z5 ni..

Gegar Vaganza 2015 : Suatu kemenangan !


Tahniah buat Siti Nordiana. Walaupun dah dijangka , namun aku tetap harapkan satu 'keajaiban' berlaku yang mana aku harapkan Ezad menang agar kemenangan ini akan membangkitkan semangat dia untuk kembali menyanyi dan seterusnya kembali menaikkan namanya. 

Tak dinafikan peserta lain pon hebat hebat belaka tapi Allah dah tentukan segalanya.. rezeki juara malam ni milik Nana seterusnya FarahDhiya.. Nasib baik dia bukan juara ! Entah kenapa , aku memang tak nak dia juara.. Maaf yer peminat FD. Bukan dia tak bagus tapi aku tak meminati dia. Hehehe.. Terus terang ni.. 

Ezad , Nassier Wahab , Acong , Haiza.. dah beri yang terbaik ! Tapi tak leh lawan Dato Seri Vida la.. Rata rata malam ni memang tepuk dahi melihat telatah penaja utama Gegar Vaganza 2015 ! Bagi aku , dia dah berjaya capai sasarannya ! Orang meluat ke , benci ke... dia kisah apa kan ? Semua ni adalah strategi perniagaannya. Bagi aku , kalau takde part 'mulut' dia tu , segalanya sempurna! Harap kurangkan part tu la selepas ni.. hehee.. 


Seperti yang aku kata tadi.. ramai yang menonton Gegar Vaganza peringkat akhir ni termasuklah artis yang sempat tweet mengenai rancangan ni yang mana dia menyatakan . hurmmm.. Malas nak sebut.. Aku harap tahun depan mak mertua dia akan sponsor lak Gegar Vaganza dan nak tengok iklan dia lak camana.. Apakah mampu lawan Qu Puteh ? Hehehhe.. 

Berjuta okeeeh nak taja rancangan ni ! Bukan sikit.. Huhhh.. !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI