Khamis, 17 Disember 2015

Wajarkah buat begini pada pengguna ?


Baru reload prepaid.. RM50 + RM3 ! Termasuk GST.. Tak pe , sabar .. sabar .. Dengar cerita , 1 Jan 2016 , GST tak dikenakan dah pada pengguna pra bayar dan rebat akan dipulangkan semula .. eh ?
Tapi... tapi... berapa kandungan kredit pulak dalam tu ? Kalau beli RM10 tanpat GST , maka dapat RM10 la kan ? Seperti dulu dulu..



Apakah kenyataan di atas ni adalah satu fitnah untuk memburukkan Maxis ? Hurmm.. Jahat tul laaa orang tuu.. Jangan la buat fitnah gini ! Aku tak rasa Maxis sampai hati buat gini. Apatah lagi kerajaan kita yang dicintai ! Kalau beli RM10 dapat la RM10 kan.. Tanpa GST dah ! Haa.. Barulah I LOVE PM .. 

Tapi kalau kenyataan di atas itu adalah benar ? Apakah rakyat sekali lagi terkencing ? Ops.. dikencing ? Adoiyai.. jangan la giniii ! Tak baik laaa.. Rakyat takde duit dah.. Nak top up internet camana ? Takkan nak guna free wifi ! Dah la takde free wifi ! Teruk la gini. Camana nak baca status Friends of BN cam ni ? Tak de dah la maklumat terkini selepas ni sebab tak leh nak reload data internet. Boleh sms je la pasni .. Adoi doi doi.. 

Harapnya semua ni satu fitnah untuk memburukkan nama Maxis dan Najib yang dicintai.. kan ? 

'Cenyum' dia kata..


Baru aku plan nak berehat malam ni tapi terpaksa ditangguhkan sebab terdengar suara Zahra menangis dari dalam bilik. Hurm.. Dia dah dapat lelapkan mata dalam kereta tadi.. bermakna dah segar utk malam ni.. dan wife dah kepenatan.Perlu rehat secukupnya..

Nak tak nak...aku kena jaga dia malam ni.Qhaliff , seharian tak tidur.Puas bermain dengan sepupu dia di rumah mak aku tadi..bermakna malamnya mudah tidur.. Hurm.. tinggal aku ngan Zahra. Sakit kepala masih ada lagi.. 

Aku bawak Zahra naik bilik atas. Lepak ngan aku. Dan mainan dia pastilah tab dan telefon aku. Dia tak minat nak layan kartun pon..tak macam Qhaliff di usia dia... dia bukak camera dan..

'Cenyummmmm..' .

Sengih jer aku tengok telatah dia. Hilang sakit kepala aku jap.. Pastu bawak dia lepak depan peti ais..tempat kegemaran dia !! Abis dia geledah dah jumpaaa...buah delima! Heheh..lepak makan dengan dia depan peti ais..dengan pintu terbuka. Tak kasi aku tutup.

Dah kenyang...letak dalam buaian. Rela diaaa..tu tandanya dia dah mengantuk. Aku buaikan dia jap.. kemudian pass balik kat wife.. Tak nangis dah...dan lena !! 

Semua dah lena.. sapa nak tidurkan aku yg sedang sakit kepala ni ??? Hurmmm.





Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI