Jumaat, 18 Disember 2015

Sangap di Kota Perth, Australia



Alhamdulillah..sampai dah Perth , Australia. Memang best tempat ni.Cantik dan happening.. Tapi aku takde geng lak nak merayau. Geng laki aku mana hilang pon tak tau.. Aku 'kehilangan' mereka ! Dah plan nak merayau bersama.. huhu.. Agaknya aku turun lambat kot ? 
Nampaknya Allah suruh aku berehat jer dalam bilik hari ni memandangkan aku agak stress kebelakangan ni..hehh.. Aku naik atas kembali. Tak merasa aku angin malam Perth.. huhuh...Agak kecewa jugak laa..
Ok..jom tdo.. Esok balik KL dah..sekejap je datang sini..huhu..

' Star Wars : The Force Awaken ' tak best ?


Gile ke apa tak best ?? Aku tauu.. mesti korang kata gitu punya kan ? Cuma beberapa kerat je menyokong kata kata aku ni ! Heheheh.. Er , aku bukan pengikut Star Wars ? Hurm... Aku membesar dengan film ni yer.. Filem pertama aku tonton di panggung adalah Star Wars. Aku masih ingat lagi saya yang bawak aku g tonton di panggung wayang.. Zaman tu zaman koyak tiket..Zaman ni zaman scan dah ! Hehehe..

Ok.. kenapa aku kata tak best ? Hurmm.. bukan sebab kena tonton 2 kali tapi.. tapi.. haaaa...Bagi aku , ini adalah permulaan yang cukup bagus ! Bermula dengan 'tak best' dan disusuli dengan sambungan yang best best ! Tak caya ? Tunggu le nanti.. 


Kalau diteliti betul betul , episod kali ni cumalah nak matikan watak Hans Solo dan memperkenalkan watak watak baru 'yang lama ' ! Watak hero yang power pandu fighter yang awalnya dulu adalah Luke tapi kali ni adalah Poe. Watak Rey yang lebih kurang cam Leia tapi ada Force.. Watak finn cam watak Lando. Watak watak ni disegarkan kembali.. 

Dan cara kemusnahan di saat akhir seperti dah boleh dibaca.. Sama seperti watak Hans Solo yang mati dibunuh anaknya sendiri dah boleh dibaca.. Begitu jugak watak Ben yang sama cam watak Anakin.. Semua lebih  kurang jer .. Tak de yang 'baru' dalam episod ini.. 

Tetapi filem ni tak membosankan ! Kiranya berbaloi layan dari awal hingga akhir. Tak best sebab macam aku kata tadi la.. Ini cumalah episod 'pengenalan' . Pasni mungkin lebih menarik ? Hehehe.. Aku harap begitu jugak la.. 

Apa pun , filem ni lagi ok la ditonton .. Bagi yang memang dah fanatik , dia mungkin agak paham maksud aku.. hehehe.. 

Harap panjang umur untuk tonton episod akan datang..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI