Ahad, 20 Disember 2015

‘Kucing’ percuma di Perth !

Respek ! Ini yang patut dibuat di negara kita ! Alang alang dah naikkan cukai dan tambang maka perlu ada timbal balik ! Jangan asik kata kos penyelengaraan naik tapi mutu perkhidmatan tetap sama ! Malah ada lebih terus !
‘Kucing’ yang aku maksudkan ialah CAT.. Perkhidmatan bas percuma dalam bandar ! Tak kira la sapa sapa pun.. boleh guna ! Naik turunlah beberapa kali pon , tak de sapa nak marah !
Dan lebih menariknya.. si CAT ni sampai tepat pada masanya ! Fuhh… giler laa  !! Terasa macam nak migrate je sana sekarang jugak tapi… tak sampai hati aku nak tinggalkan negara ni begitu saja ! Huhuhuh.. 



Tengok gambar di atas dan tumpukan pada THE NEXT CAT IS DUE IN '1' MINUTE.' Masa dalam ruangan skrin tu bergerak ! Dari 5 minit ke 1 minit dan menariknya.. bas sampai tepat pada masanya ! Fuhhhh.. 

Kat Malaysia boleh buat ? Hahaaha.. Boleh kan ? Tapi saja diorang lambatkan sebab nak kasi penuh atau peluang pada orang lain naik tanpa tunggu bas selanjutnya.. Kononnya laaa ! Hurmmmm... 
Ok ok.. aku rasa negara kita yang kononnya nak mencapai taraf kemodenan tahun 2020 perlu ada begini ! Cukai yang dikenakan rakyat perlu dikembalikan pada rakyat dengan membuuat keselesaan yang tidak membebankan ! Apa guna buat MRT tapi kena bayar ??? Dah macam sekarang.. kononnya LRT dan ERL tu untuk memudahkan tapi sekarang tengok harganya.. Sapa je boleh naik ????  

Mintak pak pak menteri bila keluar negara tu , bukak mata la skit ! 

Perth 2015 : Mula berani !

Hari pertama aku berakhir dengan kelaparan.Terpaksa tidur dlm kelaparran. Aku tak berani nak terokai kawasan sekitar hotel yang aku inap tu seorang diri.Rakan yang lain dah keluar entah ke mana. Sebenarnya aku sendiri tak pasti mereka keluar atau duduk dlm bilik. Aku cuba mencari restoran berhampiran untuk makan malam.Hotel tu ok je kalau aku nak makan tp aku nak cari roti. Nak berjimat skit memandangkan aku dah abiskan byk duit sblm ke Perth.
Aku terlupa yg aku ada install aplikasi HERE yang mana boleh membantu aku mencari apa yang aku nak. Aplikasi tu mmg ok sgt kalau nak guna.Boleh guna samada online atau offline.Kalau aku guna mungkin aku berani explore skit kawasan tu.Hurmmm… tak jugak sebenarnya sebab jam 5 ke atas tempat tu agak mati skit kecuali mereka yg nak berhibur di pub.. Memang banyak laaa.huhuh..
Aku naik ke bilik.. masak air panas dan bancuh kopi.Minum secawan  untuk alas perut. Terpaksa. Memikirkan nasib rakyat Syria sekarang ni terutama anak anak kecik membuatkan aku bersyukur. Ni cumalah ujian kecil. Lapar dalam cuaca yg sejuk.. baru tau camana rasa..
Akhirnya aku terlena..sedar sedar jam dah menunjukkan 6 pagi. Alhamdulillah.. Kul 7 boleh sarapan dah.. Bersiap…jam 6.30 aku turun ke lobi hotel. Takde orang walaupun matahari dah mula menyinar tapi keadaan tetap berangin. Sejukkk..



Masa untuk makan… Hurmmm… lega sangat bila perut terisi..



Selepas makan ,aku plan nak merayau seorang diri. Aku nampak dalam peta HERE tu ada menunjukkan pusat membeli belah berhampiran.. Aku cadang nak ke situ. Keyakinan aku dah datang billa tengok manusia sekeliling terdiri baik baik belaka. Kalau kat Paris hari tu, aku tak berani woo..
Tiba-tiba aku berselesih dengan seseorang yang aku kenal..
“ Nak gi mana ? “.Tanya aku.  Dia pun tak tau mana nak pergi. Aku ajak dia berjalan sama. Siapa dia ??? Hurmm..hurmm.. perlu ke aku bagitau korang ? Tak yah la ehhh..aku skip part ni.. hehehe..
Elelele.. merajuk laaa tuu.. Ok , dia salah seorang pemenang dari 5 orang  peraduan yang dianjurkan oleh Hitz.FM dan Malindo Air. Kesemua pemenang turut datang ke Perth.. Nanti aku cerita part diorang ehhhh. Skang ni cerita pasal aku jerrr ! Okehhhhh !! 
Kemana kitorang pergi ? Ikut kaki.. tetiba dari jauh aku nampak tasik ! Wowwww !! Mesti best tasik tuuuu.. Aku ajak di ke sana.. 




Serius.. tempat ni mendamaikan.. Disamping dengan angin yang bertiup dingin membuatkan pagi menjadi begitu tenang.. Kalau bawak famili ke tempat ni , mesti best budak budak.. Boleh berlari.. berbasikal di sini..
Selepas merayau kat sini , ktiorang balik hotel.. Sebab ada plan besar bersama rakan yang lain.. hehehe... Nanti cerita lagi.. nak rehat !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI