Rabu, 23 Disember 2015

Mulakan berpantang kerana migrain !

Lagi beberapa hari , usia aku akan masuk 40 tahun walaupun hari lahir aku , hujung tahun ! Hehehe.. Aku tetap amik kira tahun.. Dengan cara tu , aku senantiasa ingat yang aku bukan lagi budak budak kecik yang berlari anak bermain bunga api.. Huhuh..

Orang kata , kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Hurm.. memang betul la.. Bagi mereka yang belum lagi insaf , masih lagi berpoya poya , tak kenal sapa Tuhannya , rasanya ni la masanya yang sesuai. Penyakit dah mula hinggap di usia ni. Terasa badan pon tak segagah di usia muda.. Sememangnya perlu sedar diri walaupun rupa tetap kacak ! Kannn.. hehehehe..

Makaaa.... wife aku pon dah mula cari makanan yang sesuai dengan aku. Ikutkan memang dari dulu dia suka sediakan seperti salad , ikan stim , ayam bakar tapi aku kesian kat dia.. dia penat bekerja pastu nak sediakan semua tu..

Tapi nampaknya , kali ni kena buat jugak laaa.. cuma aku kalau boleh simple simple dah la.. sian dia ! Bagus aku kan ? Heheheh.. 
Overnite Oats

Yup. dia buatkan . Ada dua botol dia simpan dalam peti ais. Rasanya ? Sedap ! Tak de la macam makan oat ngan susu jer.. hehehe.. Kalau amalkan ni setiap malam dan pagi , aku rasa perut boroi pon boleh hilang woo ! Aku pernah try dulu sebelum kawin... Amalkan oats selama  sebulan.. memang nampak hensem banget kooooo ! 

Dan jangan lupa.. bersenam ! 


Kolestrol.. kencing manis.. fuh ! Menakutkan... ramai dah tumbang ! Food review pon kena memilih dah pasni.. tak leh main balon jer.. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI