Khamis, 24 Disember 2015

Kelantan : Bila mak mertua masak !


Huhuh... Bila balik Kelantan , sah aku akan makan banyak. Kalau ke Pulau Pinang pon gitu gak. Boleh dikatakan dua dua negeri ni mewah dengan masakan tradisi yang cukup mengiurkan. Negeri negeri lain pon banyak gak cuma aku tak berpeluang nak menjelajah lagi.. hehehe.. Menjelajah keseluruhan lagi.. InshaAllah tahun depan.. 

Semalam , aku bertolak balik ke Kelantan bersama sama keluarga aku. Rumah wife.. hehehe.. Aku suka g Kelantan sebenarnya. Perjalanan yang panjang membuatkan aku 'berehat' dari melihat dunia media sosial.. hehehe... Dan permandangan yang menarik terutama bila melalui Terengganu ikut Jalan Pantai.Memang mendamaikan ! 

Dan sampai je Kelantan , mak mertua seperti biasa.. akan masak makanan kampung untuk kami.. Nampak simple tapi.. hurmmm...



Dan ini , diakui sendiri oleh mereka yang pernah merasainya sendiri ! Mereka ini maksud aku ialah orang luar ! Hehehehe.. Bukan orang tempatan ! Sapa yang dah pekena budu beserta ulam.. hurmmmm.. hurmm... Aku ni nasib baik ada darah tinggi jer.. kalau tak ??? Fuhhhh.. Berasappp ! 


Esok , nak carii makan di luar rumah lak ! Hehehe...

Kali pertama bayar zakat pendapatan !

Yup ! Jangan tak percaya !! Sebelum ni tak layak. Tahun ni , rezeki lebih.. Alhamdulillah.. Bila dah dihitung , maka aku layak kena bayar ! Huhuh.. Alhamdulillah.. Ada jugak gunanya aku ni pada saudara seagama aku.. huhu.. 

Sebenarnya.. lama dah teringin tapi macam aku kata laa.. tanggungjawab aku besar tapi pendapatan kecil.. Memang tak lepas la.. Dan ditakdirkan tahun ni , murah rezeki aku... Dan ditambah dengan keaktifan Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Lembaga Zakat Selangor , menyedarkan betapa pentinngnya keluar zakat ni ! Ingat , zakat ni wajib hukumnya andai layak .. Sucikan hati tu ! Jangan kedekut.. Tu hak orang lain juga tuu.. 

Dah lama aku nak ke Lembaga Zakat Selangor cawangan BBST ni.. Dari sehari ke sehari dan hari ni , aku nekad ! Aku terus ke sini walaupun sepatutnya awal pagi aku sekeluarga bertolak ke Kelantan. Tapi aku mintak wife ganjakkan masa sedikit.. Bagi aku peluang untuk menunaikan kewajiban aku yang dah lama aku teringin nak lakukan.. Huhuh..



Alhamdulillah.. Pegawai di Lembaga Zakat Selangor cawangan BBST sangat membantu ! Mereka senyum sokmo dan senantiasa membuka ruang untuk menjawab soalan.. Dan aku membayar zakat dengan hati yang tenang dan gembira ! Syukur pada Allah , aku dapat membantu insan lain yang perlukan bantuan lebih lagi , saudara seagama ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI