Jumaat, 25 Disember 2015

Kelantan : Kerana sebuah senyuman...

Ok.. malam tadi , plan nak ke Wakaf Che Yeh. Kalau ke Kelantan , tak singgah sini .. memang tak lengkaplah perjalanan ! Wajib kena singgah.. Kenapa ? Murah sangat ke jualan barang di sini ? Best sangatkah ? Heheheh.. Hanya mereka yang pernah pergi saja tahu.. 

Tapi sebelum tu , singgah makan di restoran yang pernah aku makan sebelum ni. Murah dan sedap. Kali ni tak pasti la sedap lagi ke tak ? Murah tu.. tak berani nak kata laa.. hehehe.. Yang pasti , jangan amik ikan ! Kalau amik ikan , jangan mimpi dah nak murah. Mana mana tempat , sama jer ! Nak murah lagi , gi tangkap ikan sendiri kat dalam laut tuuuu.. Er, murah la bagi aku kedai ni tapi bagi mak mertua aku.. mahal ! Maklumlah , orang lamaa... diorang ni berjimat cermat ! Duit jauh lebih banyak dari orang muda skang ni ! Huhuh...



Sewaktu aku datang , tempat ni mmg full house ! Terpaksa menanti tempat kosong untuk menjamu selera.. huhu.. Tapi berbaloi la gak menunggu .. Setakat order makanan biasa tu , kejap je sampai. Cuma ikan bakar je la kena tunggu lama skit.. Harap bersabar yer.. hehee...






Seperkara yang best kat sini .. camana ko punya banyak songeh , diorang cool jer ! Sabar jer mengambil order.. Senyum pasti ada .. Bila ada order yang lambat , maka kita pon takde la nak marah marah sebabnya pekerja mereka senantiasa tenang dan sabar jer melayan karenah pelanggan..

Best part... bil mesti genap. Sesen sesen tu kira halal je la.. Cam semalam , 151.50 jadi 150 jer.. Cer kedai mamak ? Huhuh.. 10 sen pon mintak gak !  Tapi tak semua mamak la kan.. Ececece.. Ada gak mamak marah aku nanti ! Rileks arr.. gua pon mamak gak ! 

Esok nak balik dah.. nak ikut jalan pantai. Ada rezeki , nak tidur semalam di Terengganu lak ! InshaAllah..

Berhenti kerja untuk jadi blogger sepenuh masa ?


Aku dah nak masuk tahun ke 7 berblog. Dan nak masuk tahun ke 3 , bergelar blogger sepenuh masa. Seronok ke jadi blogger sepenuh masa ? Camana pulak dengan pendapatan ? Apakah mampu blog mampu 'bela' andai menjadi blogger sepenuh masa ? 


Hurm.. Menjadi blogger ni , atas niat masing masing. Aku tak nak bicara pasal orang lain. Aku bicara mengenai diri aku. Sejak kecil lagi aku minat menulis. Sememangnya aku bercita cita nak punya novel karangan aku. Dan aku berjaya mendapat tawaran menghasilkan novel sendiri tetapi.. aku belum punya masa lagi..  

Apa yang boleh aku buat dan nampak jalannya ialah menjadi blogger ! Nak jadi blogger ni , sebenarnya tak susah pon. Cuma perlu ada ilmu , pengalaman dan minat ! Kalau ketiga tiga ni ada , inshaAllah setiap penulisan yang terhasil di dalam blog , akan jadi perhatian dan menarik pembaca pembaca dari pelbagai lapisan umur , bangsa dan latar belakang.. 


Ada kawan tanya.. Dia nak berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa ! Wah.. Bagus tu ! Tak semua orang berani ! Tapi persoalannya , apakah sudah cukup bersedia untuk menjadi blogger sepenuh masa ? Sumber pendapatan ? Kalau berharap dari blog 100% , aku rasa payah melainkan blognya dah cukup mantap ! Perlu ada pendapatan sampingan yang kukuh andai baru bermula berblog. 

Aku sendiri.. bekerja selama 4 tahun terlebih dahulu dan berblog ketika ada masa. Masa aku ketika tu sememangnya dihabiskan untuk blog. Dan Alhamdulillah , strategi aku tercapai. Aku berjaya menaikkan blog dan pendapatan mula masuk dari blog. Pelbagai sudut ! Cuma aku belum lagi berniaga online buat masa sekarang. InshaAllah , akan ada nanti.. 

Nasihat aku begini.. Buat perbandingan gaji dengan hasil pendapatan dari blog. Strategi jangka panjang dengan dunia internet perlu ada . Sebab alang alang nak habiskan masa dengan internet , maka perlu ada backup plan andai blog 'tergugat' buat sementara.  Jika income dari blog lagi bagus berbanding makan gaji .. aku rasa ok dah ! Yang penting , income dari blog perlu berganda dari gaji sewaktu bekerja.. Kalau gaji 2k , maka income dari blog perlu 6k ! Dan berbelanjalah cuma 2k setiap bulan. Baki , simpan untuk masa depan .. 

Zaman sekarang ni , berbisnis lebih menguntungkan sebenarnya. Makan gaji ibarat hidup untuk bayar cukai dan hutang ! Hanya berniaga saja mampu makan lebih dari tu ! Cuma , perlulah ada strategi dan meniaga sesuatu yang benar benar menguntungkan.. sekali pun nasi lemak atau air kopi ! 

Kalau tanya aku.. apakah aku akan berhenti berblog dan kembali bekerja andai blog tidak menguntungkan lagi ? Jawapan aku , selagi orang menggunakan internet , maka peluang untuk menjana pendapatan dari situ terbentang luas ! Usaha perlu ada dan idea perlu dikemaskini senantiasa ! 

Kesimpulan.. pandang cermin dan tanya diri sendiri.. Apakah kemampuan anda ! Sejauh mana anda mampu berlari ! Apakah backup plan anda ? Kalau dah berkawin , camana pula dengan pasangan anda ? Fikir masak masak..  Bukan semua orang berjaya hidup dengan blog tetapi ramai orang berjaya makan gaji... hingga pencen ! Yang penting , pendapatan sampingan perlu ada ! Atau kekalkan saja blog sebagai pendapatan sampingan dan sekadar minat saja.. 

Masa depan , perlu perancangan yang teliti atau anda kan terduduk menyesal . Atau , sebaliknya! Yer, siapa sangka ,ka ? Dengan blog.. selain dapat duit , dapat merasa apa yang dah lama ingin dirasa , seperti.. 





Dan banyak lagi ! Tapi ingat.. ia tak datang semudah itu ! Terlalu banyak rintangan yang aku hadapi untuk merasai semua ini.. Dan syukur , alhamdulillah.. Aku ada keluarga serta rakan rakan yang sering memberi sokongan tak berbelah bagi ! Terima kasih.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI