Sabtu, 26 Disember 2015

Akukah yang patut malu ?

Di Wakaf Che Yeh.. Ternampak patung ni.. Fuhh ! Nasib baik patung ! Kalau orang ??? Adehhh.. gugur anak mata terus !


Bila tengok cam ni , mesti rasa malu kan ? Bayangkan lelaki memandang dengan penuh nafsu ! Dan ada jugak 'lelaki jadian' memandang seperti nak dibuat bini no 3 ! Haaaa.. Acaner tu ??? Nasib baik la ni cuma patung ! Kalau ni gambar betul , maunya aku kena ceramah ! Bukan orang tu yang kena ceramah.. aku yang kena ! Kenapa ? Sebab mengaibkan si gadis di media sosial ! 

Hurmm.. 

Ramai sebenarnya aku nampak malam tadi pakai cam ni ! Tak larat nak geleng kepala. Akhirnya aku akur.. Memang beginilah akhir zaman. Menutup rambutnya dengan pelbagai jenis lilitan tetapi dibawahnya dibiarkan untuk tatapan umum.. er , lelaki !  Heehee.. 

Yelah.. yelah.. Ada yang kata , baik jaga keluarga aku ! Tak payah nak sibuk hal orang ! Persoalannya , kalau korang leh tolong jawabkan pada Allah nanti , kenapa aku tak 'tegur' korang melalui media sosial , aku delete post ni ! Ok ? 

Terus terang,. aku tak ghairah tengok perempuan pakai camni terutama wanita Islam. Aku jadi malu ! Kalau ada sanak saudara aku sendiri pakai aku sound terus ! Kesian kat ayah dan suami. Kena tanggung nanti kat akhirat.. Hurmm..

Seperkara lagi kena tau.. negara kita ni dah makin ramai pendatang. Malang ni , tak berbau ! Maka kalau boleh , elakkanlah .. Biarlah buruk di mata manusia lain , janji hati tenang ! Apa guna pakai gini tapi rimas dengan mata memandang ! Tu belum kena raba atau kena ngorat ! Bila berlaku , pandai lak jerit kata lelaki gatal dan miang ! Walhal sapa yang gatal ?

Kebebasan berpakaian ? Hehehehe.. Kalau anda Islam , maka... kena fikir dulu sebelum nak sound aku.. Kawan yang terbaik adalah kawan yang saling ingat mengingati walaupun saling tidak mengenali. Kawan yg benar benar terbaik adalah kawan yang menerima nasihat dari kawannya.. Utk kebaikan bersama.

Maaf yer.. sesekali aku kena 'tegur'.. makin bersepah lak spesis 'atas tutup bawah bogel' ni.. 


IKLAN

Save on great products with up to 50% discounts (based on selected items). Save time, save money ! Shop with us online at www.cosmoderm.com.my starting 24-31 December 2015

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI