Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 29 Disember 2015

Ten atau Al Quran ?


Tiap tiap hari aku dengar .. mak ngan anak 'bertekak'.. Si anak nak susu ibunya tetapi si ibu tak nak bagi dah ! Maklumlah , dah nak cecah 4 tahun.. Dah puas nak putuskan susu tapi tak jalan ! Tiap kali si adik nak , si abang terpa dulu.. terpaksa si adik tunggu dulu.. huhu ..Sian adik.. 

Dan wife dah nekad! Tiap kali dia nak susu , bagi 10 saat jer ! Masa menyusu , wife dan Qhaliff sama sama kira.. Nak dijadikan cerita , ada sekali tu , si Qhaliff nak.. Wife cam biasa bagi syarat.. Tapi kali ni Qhaliff demand lak ! 

" 10 je tauuuu .. "
" Nak Al- Qurannn.. " 

Nak Al Quran ??? Hahahaha... Maksudnya , dia suruh wife baca Al Fatihah dan dia ikut sama.. Bermakna , masa menyusu dia lebih panjang dari 10 saat ! Hahahaha .. Adehh... makin banyak akal laaa dia skang ni.. 

Kontrak Duta Cosmoderm dilanjutkan !


Alhamdulillah.. Rezeki 2016. Aku masih mendapat kepercayaan untuk terus membawa  dan mempromosikan produk Cosmoderm untuk tempoh setahun lagi. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kepercayaan Puan Mawarni , selaku Pengurus Besar Cosmoderm. Aku kena yakinkannya serta buktikan bahawa pemilihan aku sebagai Duta mampu memberi impak pada Cosmoderm. Dan aku telah berjaya melakukannya.. 

Malam tadi.. di Hotel Mandarin Oriental , satu perbincangan santai bersama Puan Mawarni telah dibuat.. Sebenarnya , lebih pada makan malam ..Lama dah big boss ajak cuma aku tak berkesempatan. Terpaksa berlari sana sini .. huhuh.. 


Dan dia bagi hadiah harijadi ! Huhuh.. Terharu akuuuuu dibuatnya ! Tak sangka tua tua gini dapat hadiah gempak ! 


Beg travel yang terukir nama aku ! Pasni leh travel sana sini dengan beg ni ! Huhuhuh.. Dari Tumi kauuu !


Yang pasti , ramai blogger mendapat semangat dari perlantikan aku sebagai duta produk terkenal ni ! Dah nak masuk tahun ke 15 yer ! Bukan calang calang produk.. Huhuhuh.. Ramai blogger yakin mereka juga mampu berjaya seperti aku .. InshaAllah.. Aku doakan kejayaan mereka. dan aku yakin mereka mampu lakukan selagi mana mereka sedar diri ! Sedar diri dan tidak angkuh dikala berada di kemuncak ! 

InshaAllah , tahun 2016 aku akan bawa perubahan pada blog aku. Tapi tetap kekal dengan imej seperti sekarang.. Hehehhe.. 

Oh , lupa lak.. Buat mereka yang dah setia dengan Cosmoderm dan yang ingin mencuba produk Cosmoderm , rasanya baik lakukan sekarang.. Tengah murah woooo ! 


‘You Belanja I, I Belanja You’

Contest untuk bantu pelanggan Cosmoderm menghadapi cabaran ekonomi menjelang 2016. Jimat masa dan jimat wang ! Produk halal untuk penjagaan seisi keluarga. Promosi Istimewa YEAR END SALE untuk 4 hari terakhir menjelang tarikh akhir SALE, jangan lupa beli barangan Cosmoderm kegemaran anda secara online dan berpeluang memenangi voucher-voucher membeli-belah berjumlah RM2000 dan barangan istimewa dari Cosmoderm khas buat pembeli setia Cosmoderm!
Cara Penyertaan
  1. Share poster ini di FB anda sebanyak yang diingini dan Tag @Cosmoderm 
  2. Buat pembelian produk kegemaran anda secara online diwww.cosmoderm.com.my dengan pembelian minimum RM30 (simpan order number sebagai bukti pembelian)
  3. Anda akan berpeluang utk menang salah satu dari 5 voucher pembelian di pasaraya AEON / Giant bernilai RM400.00
  4. 5 hadiah saguhati produk Cosmoderm percuma bernilai RM200
  5. Tertakluk kpd Terma dan syarat

Terma & Syarat
  1. Terbuka kepada semua peminat Cosmoderm
  2. Untuk pembelian secara online sahaja di www.cosmoderm.com.my
  3. Order number perlu disimpan sebagai bukti pembelian
  4. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 31 Disember 2015
Tunggu apa lagi ? Simpan stok sementara murah serta berpeluang untuk menang hadiah yang ditawarkan.. Hehehe..


Buat dua kerja bagi menampung kewangan !


Hurmm...Dulu sebelum aku bergelar blogger sepenuh masa , aku bekerja dengan kerajaan. Gaji aku , ditambah dengan pendapatan dari blog sememangnya melebihi dari mencukupi. Kena pulak , 2 orang je makan. Hehehe.. Sedap la kan ? 

Kemudian bila dapat anak , aku berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. Ditambah lagi dengan rasa berdosa dengan tidak amanah terhadap pembayar cukai. Aku menerima gaji bulanan adalah untuk membuat kerja di pejabat tanpa culas ! Walaupun memanglah ada masa lapang tapi aku tak sepatutnya menggunakan masa serta peralatan pejabat untuk membuat kerja kerja peribadi ! Tak amanah tu kan ? Tu yang aku nekad gak berhenti selain nak tumpu pada membesarkan anak anak dengan tangan aku sendiri. Tapi aku tetap kena kerja. Takkan nak harap gaji bini je kan ? Kannnnnn ?

Ok.. wife kerja.. Aku kerja ! Gabungan gaji , ikutkan memang dah boleh hidup selesa. Tapi bila muncul GST , segalanya berubah ! Terasa satu beban pada pembayaran insuran yang meningkat. Kos petrol dan tol yang mana aku sering ke rumah orang tua aku di Cheras , untuk ziarah orang tua aku dan membawa anak anak bermain dengan atuk nenek mereka. Terpaksa aku kurangkan ! 

Hurm.. dah mula aku kurangkan sana sini.. Tapi kenaikan demi kenaikan membuatkan aku mula menyekat dan mengurangkan perbelanjaan. Dan tahun depan Qhaliff mencecah 4 tahun. Satu lagi persoalan yang timbul di benak aku ! Ramai orang mula hantar anak anak mereka ke taska seawal usia 4 tahun. Penambahan kos perbelanjaan lagi ! Tapi bila di nilai semula , kebanyakkan mereka melakukan begitu sebab anak mereka takde pengasuh di rumah.. takde orang nak jaga maka sesuailah dihantarkan ?  

Macam aku,.. plan nak hantar Qhaliff ke Little Qhaliff. Kos pendaftaran mencecah RM1K++. Bulanan menghampiri RM300 ! Fuhhhhhh... Peluh jantan keluar menitis.. Bukanlah tak boleh tapi camana la mereka yang kurang berkemampuan ? Ok.. isu Qhaliff nak sekolah tu , isu lain tapi aku bangkitkan isu kewangan yang meningkan..

Perbelanjaan meningkat.. Dan muncul hero penyelamat segala masalah ! Tiap kali rakyat Malaysia bermasalah , dia muncul memberi jalan keluar. Sekurang kurangnya, ada jugak la hero dikalangan 'The Avengers Malaysia' sudi membantu walaupun ideanya sebenarnya DAH LAMA DAH RAKYAT MALAYSIA TAUUUUU !

Gambar dari Sinar Harian 


Buat dua kerja katanya.. hurmmm.. Dah la tinggalkan anak di rumah pengasuh awal awal pagi.. Anda suruh pulak buat side income di pejabat ! Apakah ingat senang ? Haishh.. Atau buat kerja selepas abis waktu kerja ? Aduhhhhhh.... Apakah anda nak melihat anak anak kecil ini membesar tanpa kasih sayang dari ibu bapa mereka ? Tunggu hujung minggu baru dapat bermain dengan orang tua meeka ? Sian anak anak kita sekarang ni..Sian mereka ang terpaksa tinggalkan anak anak kecil mereka. Anak anak membsesar di pangkuan orang lain. Tau tau dah reti bercakap. Tau tau dah ada 'ibu' angkat.. Tau tau anak kena gigit dengan anak orang lain.. Tau tau anak kena cakar dengan anak orang lain.. Dan tau tau je anak kecil mereka tau sebut BODOH ! Seidh kan ? Ni semua gara gara nak mencapai taraf kehidupan moden ! Terpaksa ikut arus kemodenan ! 

Benar.. kita ada pilihan. Seperti mana aku membuat pilihan tak perlu hantar Qhaliff lagi ke taska ! Aku tak nak dia tinggalkan zaman kanak kanak lagi dengan usung buku sekolah dan beg sekolah lagi ! Masing masing berlumba nak anak anak reti membaca di usia 4 tahun. Kenal huruf .. Kenal angka.. kan ? 

Sapa tak seronok melihat anak anak mereka jadi bijak.. Tapi ingat kembali saat kita kecil dulu.. Diusia begitu , tanpa mak ayah setiap hari.. malam hari baru jumpa.. baru nak bermain , mak ayah dah penat.. Kena belajar.. siang belajar dah ! Malam lagi.. Fuh , itu ke yang kita nak ? 

Entahlah... ada yang kata , inilah realiti dan kita kena ikut ! Pilihan di tangan kita.. Camana kita nak membesarkan anak anak.. Letakkan diri kita sendiri.. Andai kita jadi mereka.. Janganlah kata tiada pilihan dan terpaksa.. 

Yang penting , kasih sayang.. Yang penting.. Bahagia ! Yang penting , kita manfaatkan kehidupan ini. Bukannya dengan menjadi hamba abdi pada dunia , terutama pada mereka ! Cuba ingat kembali.. Apakah memori paling dikenang sewaktu anda kecil dulu.. Cuba lihat anak kecil kita.. Apaakah yang ingin kita mereka kenang ? 

KELUARGA..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI