Khamis, 31 Disember 2015

Filem DILWALE bernasib baik !


Akhirnya , dapat jugak aku gi menonton filem yang menjadi sebutan ramai terutama peminat peminat Hindustan.. Ramai kata best ! Menitis air mata menonton filem lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol ni.. Dan ada yang menyimpan azam 2016 untuk mengulangi menonton filem ni berkali kali ! Fuhhhh... mantap sehhhh ! Patutlah kutipan tiket mencecah  tahap box office melebih RM1 juta di Malaysia .

Ok.. apa pendapat aku mengenai filem Dilwale ni ? 





Nampak tak ? Fokus kamera aku cumalah pada Shah Rukh Khan dan Kajol. Dua pelakon lagi tu.. si pembantu heroin tu lawa laa.. lakonan , masih belum begitu mantap.. Pembantu hero lak , aku rasa ni mungkin filem dia yang terakhir la.. Hehehehe.. Takde keunikan ! Yang pembantu heroin tu ada harapan gi jauh sebab cun.. 

Hurmm.. Filem ni bernasib baik sebab ada orang lama ! Kalau takde orang lama , aku rasa filem Isteri Untuk Dijual lagi best kot ? Seriusss ! Tapi kalau nak dibandingkan dengan Kabhi Kushi Khabi Ghum , filem ni bukanlah lawan dia ! Terlalu jauh.. Dalam filem ni aku gagal menitiskan air mata ! Tapi dalam filem tu , 20 kali ulangtayang pon aku tetap akan menitis airmata ! 

Kelebihan filem ni selain SRK dan Kajol , ialah lokasi pengambaraan terutama part menyanyi ! Fuhhh.. tip top gambar dia ! Tapi bila masuk part bergaduh , memandu laju tu .. nampak sangat la tak real ! Mainan kamera gagal di situ ! Atau dia saja buat gitu ? Tu aku tak pasti tapi gagal di situ ! 

Hurm.. Lagu lagu dia ? Hurm.. Tak dapat menandingi lagi KKKG langsung ! Suara SRK ketika menyanyi pon jauh lari ! Adoiiiyaii.. Hilang mood aku terus ! Nasib baik pembantu heroin cun ! Kajol kelihatan cun dalam filem ni ... aku rasa sebab lighting kot ! Memang dia cun tapi nampak la permainan kamera dan lampu kat situ.. 

Gengster ? Hehehehe.. KING terlalu KONG ! Nampak ketua penjahat macam budak tak lepas UPSR pon ! Hurmm... Babak gaduh tu , cam biasa laa.. Hindustan kannn... Tu memang tak yah nak pertikai laa.. layankan ajaa ..

Kesimpulan.. aku bagi 3 bintang jer filem ni ! Kalau ajak tengok lagi , aku rasa aku tak nak ! Kalau ada ulangan kat tv pon , aku rasa aku tak tengok kot .. 

Nak tengok IP MAN lak nanti ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI