Ana Ikan Bakar tak sedap sudah !
Di Kuantan.. Tertanya kat mana nak makan yang sedap kat Kuantan ni. Aku google.. Takde pulak jumpa tempat makan yang santai santai selain di Teluk Cempedak. Diorang kata kat Teluk Cempedak.. Tetiba aku teringat entri lama aku... aku pernah ke sini dulu dan diberitahu ada dua tempat menarik untuk dikunjungi sebelum matahari melabuhkan tirainya !
Yang pertama.. Warung Pak Su dan Mak Su . Satu lagi ialah Taman Gelora. Aku terlupa sungguh la kedua dua tempat ni.. Hurmmm.. Maka aku memilih untuk ke Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur.Hurmmm..
Sesampainya di Tanjung Lumpur nun di berdekatan dengan pantai , aku dapati banyak gerai makanan laut di situ. Banyak sangat pilihan sampai tak tau mana satu nak makan.. Akhirnya , ke Ana Ikan Bakar.. Tengok ramai je makan kat situ..
Bila masuk je sini , aku respek terus kat pemilik tempat ni. Surau yang disediakan kelihatan amat selesa dan besar. Kawasan sekeliling , bersih. Nampak bersih ! Hehehe.. Memang bersih la.. Ada mini taman permainan. Budak budak boleh main kat sini tapi aku tak berani lepas Qhaliff bermain sendirian. Keadaan keselamatan tidak begitu bagus.. Tapi ok la dari takde kan ? Ada la skit gak.. Cuma tidak memuaskan hati aku jer...
Ok.. masa untuk order makanan.. Hurm... Secara terus terang , aku kurang gemar cara kakitangan mereka amik order ! Tanpa menu di tangan pastu suruh buat keputusan dengan pantas ! Cara menjawab pon tidak begitu... memberansangkan !
Hurmm... tempahan dibuat.. Dan agak lama jugak la nak tunggu ikan bakar aku order tu sampai. Dan bila sampai.. memang nampak menarik !
Hurm.. Ok , meh nak story skit.. kenapa aku ke sini ? Aku ke sini untuk mengiringi keluarga wife aku untuk gi merisik. Selepas selesai majlis , kami dijamu makan. Ikan patin bakar , ikan patin masak tempoyak dan sayur .. Ayam pon ada ! Sedap belaka ! Apa kaitan dengan cerita Ana Ikan Bakar ?? Dan jawapannya ialah ,sedap lagi masakan bakal mak mertua adik ipar aku tu !
Sesungguhnya tak sedap belaka masakan restoran tu.Bukan aku merungut yer ! Tapi sekadar nak bagitau jer la.. P
Hurmm..insaf dah ! Tak nak gi langsung pasni.. Tapi tak tau la kot .. masa depan kan ? Sapa tau ? Harpa ada perubahan !
9 comments
ramai yg cakap mcm tuh Ben...sebab tuh skrg kalau ke Tanjung Lumpur mmg makan Super Top je. Walaupun org kata mahal sket tapi puas hati
BalasPadamMoon mmg kalau balik Terengganu mmg akan singgah makan kat Super Top sama ada masa pergi atau masa balik
Mebi tukang masak lain kot Ana tu Ben...kebetulan hari Ben pergi tak beberapa sedap kot
Tak pernah jejak kesana lagit
BalasPadamya , pernah pergi jugak yg kat kuantan tu . service memang out ! pastu pinggan kotor berlonggok atas meja , pekerja sibuk bergosip . rasa pun out jugak . memang takkan pergi lagi . cukuplah sekali .
BalasPadamya , pernah pergi jugak yg kat kuantan tu . service memang out ! pastu pinggan kotor berlonggok atas meja , pekerja sibuk bergosip . rasa pun out jugak . memang takkan pergi lagi . cukuplah sekali .
BalasPadamya , pernah pergi jugak yg kat kuantan tu . service memang out ! pastu pinggan kotor berlonggok atas meja , pekerja sibuk bergosip . rasa pun out jugak . memang takkan pergi lagi . cukuplah sekali .
BalasPadamDi kuantan memang pernah try sekali, dan memang cara kat sana dengan di Bangi ni berbeza sedikit la
BalasPadammcm tak ikhlas je berniaga kan
BalasPadamHarap2 lepas kena kritik adalah perubahan.
BalasPadampernah gi ana ikan bakar nih.....cuma dulu agak buruk kot....ehehe...sekrang nampak macam cantik....
BalasPadambab makanan memang lambat...rasa biasa2 jer....kadang2 lebih suka gi kedai biasa dari restoran gah pada nama tapi hampeh dirasa.....