Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 15 Januari 2016

Anak perempuan lebih cepat matang ?

Hurm... Zahra dah 1 tahun 8 bulan. Tapi gaya dia , jauh berbeza dari abang dia , Qhaliff di usia sama. Masih aku ingat lagi.. Qhaliff di usia ni memang nampak lagi 'baby' tetapi berbeza dengan Zahra yang dah mula sibuk macam kakak kakak dah !

Orang kata anak perempuan lebih cepat matang ! Tapi aku tak percaya.. Bagi aku sama jer.. Tetapi bila dah ada anak perempuan ni , baru aku nampak kebenarannya..



Secara jujurnya , aku tak risau kalau Zahra bangun awal tidur berbanding aku. Kenapa ? Setakat ni laa.. bila dia bangun tidur , dia akan kejut aku atau wife. Kalau tak bangun , dia akan usaha sehingga bangun. Aku pernah kena tampar.. kena cakar .. kena cungkil mata dek si Zahra ! 

Qhaliff ? Dia bangun tidur.. Dia bagi alarm terus ! Senang ! Hahahahah ...Tapi bagi aku la kan.. sebenarnya si adik ni meniru perbuatan abang.. Sebab tu dia cepat nampak matang.. Apa saja Qhaliff buat , dia akan tiru. Tu dari pemerhatian aku laa.. Dari sudut kajian , aku rasa mungkin lain.. Orang perempuan ni cepat matang dari lelaki. Tu hakikatnya... kan kan ? Sebab tu laaa lelaki perlukan wanita ! Bayangkan lelaki mengawini seorang perempuan.. Dia akan kelihatan biasa. Tapi bila dia punya 2-3 isteri , dia akan lebih kelihatan matang.. Tak caya , tengok Salleh Yacob ! Haa.. matang kan ? Haaa.. Tak caya , cuba kasi suami anda kawin lagi ... anak dara terutamanya.. Haa.. Try laaa .. 

Jap.. kasi aku lari jauh jauh dulu... 

2 komen :

Farhain Azmi berkata... [Reply to comment]

erkkkk.. amboii skrg abg ben x matang lglah ye ? :P

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Yang tu matang part lelaki tapi macam pantang dengar part perempuan je abg ben...hihi...
Tidak semua yang dah baligh itu mummaiyezz..tapi in sha Allah ada yang mummaiyezz sebelum baligh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI