Bagaimana aku berjaya menurunkan ke size M ?

by - Isnin, Januari 25, 2016

Apaa ???? Aku muat dah nak pakai baju size M ?? Fuh... masih aku teringat lagi ketika aku dapat baju ni dulu.. Memang aku bagi terus kat wife.. sebab aku tau aku takkan muat nak pakai ! Kalau muat pon serupa nangka dipakaikan baju !

Tapi selepas 2 minggu aku amalkannya rahsia aku tu , aku berjaya menghilangkan lemak degiil di beberapa tempat terutamanya perut ! Fuhhh.. Tak sangka jugak aku. Ingatkan kena amik fat burner.. Sebelum ni memang la ada aku amik dan agak berjaya menurunkan tetapi dengan cara yang aku amalkan selama 2 minggu , satu perubahan ketara yang aku alami. Yang pertama , aku tak rasa sakit dada dah ! Sebelum ni ada gak terasa seperti nak diserang sakit dada dan pernafasan aku agak tak teratur. Sememangnya doktor ada menyuruh aku membuat pemeriksaan.. tapi aku agak degil ! Huhuh.. 

Akhirnya aku guna cara yang dah memang popular di media sosial ni.. Lemon dan air detox ! Kemudian sebelah petang dan malam.. hehehe.. ni rahsia utamanya ! Bersenam laaaa ! Ingat yer.. lemak lebih mudah terbakar bila digunakan ! Kena kekal aktif dan seterusnya ialah penjagaan makanan. Part ni susah wooo ! Memula tu ok.. tapi bila dah mula ponteng , perghhh.. Nasfu makan tu datang mencanak canak ! Huhuhu.. 

Haaa.. Baju size M kooooo !



Hehehe.. Pinggang dah mengecil ? Tali pinggang aku dah 'dinaikkan ' kembali ke lubang atas ! Huhuhu.. Bermakna aku dah mengurus sedikit walaupun masih ada lemak perut ! Tu aset tu.. nak biar skit.. Baru nampak cam laki orang ! Hehehe.. 


Amacam ? Ok.. untuk senaman.. ada satu aplikasi yang tebaru dan sesuai untuk korang gunakan ! Haaa.. Nanti aku ceritakan pasal app tu ehhh ... Baikkk punyaa ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Tu yg x tahan... diet lepas tu mkn balik sure lg berat dari sebelum... haha

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..badan ringan mudah nak bergerak...in sha Allah boleh turun lagi berat abg ben tu...

    BalasPadam
  3. pergghhh.. tahniah lah abg ben! tak sabar nak tunggu applikasi yang abg nak share tu.

    BalasPadam