Bila blogger review restoran..


Bila blogger buat review , ada dua sebab.. Yang pertama , memang tu hobi dia.. Yang ke dua , memang diminta membuat review ! Dan ada yang ketiga.. Yang ketiga ni bila dia makan kat situ , rasa sedap atau tidak ! Haaaa.. 

Ok.. aku mulakan yang pertama. Pada awal aku berblog , mereview restoran adalah kegemaran aku. Aku belajar menulis membuat ulasan dan kritikan bermula dengan mereview makanan.Syok ooo ! Bukan senang ok ! Review yang bagus akan menarik pembaca setia kita ke restoran tersebut. Kritikan membina juga akan menaikkan nama restoran tersebut juga ! Tak pernah ada review blogger yang negatif membuatkan sesebuah restoran jadi rugi dan bankrupt ! Malah setahu aku penambahbaikan dibuat dan seterusnya bertambah maju ! 

Yang kedua.. bayar dan review ! Ini memang aku lagi suka ! Yelah , nak kita promote restoran tu .. kena la bayar kan ? Nak datang satu hal. Petrol.. tol ! Pastu perut pon boroi ! Nak kena g gym balik.. Haaaa.. Tapi bila bayar , tak semestinya kita akan menipu pembaca kita ! Yang tak sedap , ditulis sedap gilee ahhh ! No no nooooo ! Kalau tak sedap , terus terang aku akan bagitau tak sedap pada manager atau pemilik. Kalau dia nak aku tulis gak , maka aku akan tarik diri. Maaf ! Kalau sedap , ikutkan free pon ok.. hahaha.. Tapi bayar tu bonus la untuk kita. Hasil kerja kita gak.. Dan satu motivasi kita untuk terus berkerjaya melalui penulisan.. 

Yang ketiga.. Yang gini memang ikut nasib laa... Dia ni macam kategori no 1 tapi berbeza skit ..Dia tulis bila ada isu ! Bila dia makan kat restoran A ni.. Dia plan nak makan je tapi bila ada kes depan mata atau yang berlaku pada dia , terus dia datang idea untuk menulis ! Atau terasa nak meluahkan di dalam blog mahupun media sosial ! Contoh yang berlaku pada aku semalam.. Aku g makan kat satu tempat A.. Lepas abis makan , aku pun bangun dan gerak dari situ. Tak sampai 5 langkah , aku patah balik ! Aku tertinggal phone ! Sewaktu kembali ke situ , staff dia dah nak capai phone aku dan ternampak reaksi dia seperti nak memanggil aku ! Haaa.. Nampak tak ? Tapi aku terlupa nak tulis sebab smlm tidur awal ! Hahahahaha.. 

Tapi ada gak kes yang berlaku pada aku.. g makan satu restoran ni .. Duduk dah lebih 10 minit.. takde orang pon datang layan ! Meja pon lom dikemaskan ! Nak tak nak , bangun dan gerak ! Terfikir nak menulis mengenai restoran tu tapi rasa cam.. hurmm... Mungkin diorang pon sibuk sangat kot ? Berfikiran positf .. 


Tapi kalau restoran tu lengang.. orang pun tak ramai.. Staff ramai tapi layanan macam tak nak layan.. Masakan pon nampak macam gempak .. seiring dengan harga... tapi ke laut ! Camana ? Nak panggil manager pastu sound kat situ gak ? Atau cakap baik baik kat situ ? Tengok mood aku gak.. Kalau dari awal lagi aku seperti tidak dialukan di situ , rasanya baik aku cerita je la kat blog ! Tapi kalau sebaliknya.. aku masuk pun dialukan cuma part part tertentu je kureng skit , maka aku akan cakap je kat penyelia atau manager ! Alhamdulillah , setakat ni semua ok jer termasuklah bila aku mengkritik di blog. Mereka komen dan meminta maaf lalu membuat penambahbaikan. Jauh sekali mereka nak serang balik atau nak kembalikan tuduhan tersebut ! 

Secara jujur.. tak de sapa suka dikritik tetapi kita perlu dikritik agar kita terus berusaha untuk mengapai kejayan ! Hanya dengan kritikan saja boleh membuatkan kita terus melangkah dan melangkah ! Puji pon ok jer tapi janganlah tenggelam dek pujian. Dan kritik pon , janganlah keterlaluan. Guna akal bila kritik.. beri pendapat sekali bila mengkritik ! Jangan pandai mengkritik je , kan ? 

13 ulasan:

  1. asalam ..wah saya baca sampai habis entri ni ben..serius saya banyak buat cerita hal restoran..Tahnian blogger yang berani pasti memberi kesedaran ..tu yang baik tu. Banyak restoran ni..macam2 layanan ..memaang ada kena seolah di malukan dalam satu restoran di Keningau..
    terasa best lah entri ben kali ini..tahniah

    BalasPadam
  2. Biasanya kalau komplen pemilik restoran dgn rendah hati terima dan cuba perbaiki. Malah bayar gantirugi juga berserta maaf. Pernah juga kena restoran yg sgt lambat bersihkan meja dan hantar menu sbb pekerja menanguk tgk tv.

    Mujur la tak hilang hp pun. Teringat lg kes laptop ben yg hilang dulu tu

    BalasPadam
  3. berpada-pada dan besederhana segenap aspek...kritik dengan berhemah....terima kritikan dengan berlapang dada..in sha Allah..

    BalasPadam
  4. I like when you said "bayar dan review ! Ini memang aku lagi suka ! " Haha yes ! . Btw ! Yup if you do a critic at least use a kind words but not SOOO harsh word , kesian pemilik restaurant baru nak baca kritik membina , ni yang jenis kritik individu yang jenis ramai influence n viral siap boikot , tak ke berdosa free kpd si review tu tanpa bukti , haha

    BalasPadam
  5. Setuju...
    Bukan keje mudah buat review.

    BalasPadam
  6. Kritikan yang membina. Bukan menjatuhkan. Kalau tak tegur tu tak sayang namanya

    BalasPadam
  7. nak jadi blogger kena jujur,lelagi bila review sesuatu jenama tu. :)

    BalasPadam
  8. yg terima kritikan & dpt pujian, kene pandai balancekn tindakan.

    BalasPadam
  9. Suka je tulis kalau sedap. Kalau tak sedap kadang tulis pasal layanan je kot. Pasal makanan tak sedap tak tulis. Sebab kesian. Tekak masing2 berbeza kan.

    BalasPadam
  10. tumpang populariti....ada je restoran yang agak teruk service nyer, bila tulis tak ada apa-apa impact pun, malah lagi ramai jer yang datang, sebab orng tu ada nama....jadi viral....mugkin perlu berfikir sebelum bertindak, salah tulis ada yang tersinggung pulak nanti...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009