Bubur Nasi Berlauk D'Laila kembali !

by - Ahad, Januari 24, 2016

Malam ni barulah aku dapat pergi ke MMA SANTAI CORNER yang terletak di Bandar Baru Nilai yang tak jauh dari rumah aku tu.. Kali terakhir aku ke sana , sewaktu menyambut hari lahir aku. Kira kira dah sebulan lebih la.. Sibuk sangat ngan kerja.. Dan sekarang ni , nak g pon payah dah sebab wife dah mengandung. Dia tak leh baru masakan.. Huhuhu.. 

Ikutkan aku, lama dah teringin nak makan nasi berlauk D'Laila ni. Dulu dia pernah buat sekali tapi terhenti sebab tak cukup kaki tangan nak uruskan. Dan sekarang , ahaa... dia dah ada kaki dan tangan yang baru.. hehehe.. Rajin nampaknya.. Dan juga kedai baru ! Wahh.. dah bukak cawangan dalam MMA tuuu.. hahaha.. 

Apakah sedap seperti sebelum ini ? 




Tadi aku gi tapau.. Saja nak test makan kat rumah. Ikut hati nak je makan kat situ tapi memandangkan aku dalam tempoh 'berpantang' dan wife pulak punya alasan seperti yang aku nyatakan di atas , maka aku bungkus bawak balik rumah je la.. 

Sooooo.. sedap kahhh ??? Semua yang aku bawak balik.. SELESAI ! Huhuhuhu... Legaaaaa.... Lama dah teringin nak makan bubur nasi D'Laila ni. Bubur nasi dia memang menepati selera aku la.. Tak cerita banyak.. Nasib baik aku bungkus bawak balik.. Kalau makan situ ? Dengan pelbagai lauk pauk yang ada .. aku rasa mau aku kembali gemuk untuk malam ni ! Hahahaha.. 

Korang yang nak rasa bubur nasi D'Laila ni , boleh hubungi dia.. Pm je di Facebook. Booking tempat dan serbuu beramai ramai ! Jangan lupa , pm  Norlaila Dlaila Dlaila.

Selamat Menjamu Selera..

You May Also Like

6 comments

  1. Kurangkan nasi atau bubur nasi..lebihkan lauk..hihihi...

    BalasPadam
  2. mak aih berjenis lauknyaa.. lama pulak rasa tak makan bubur nasi berlauk..

    BalasPadam
  3. Bila la ada masa nak pergi lagi..terliur dah tengok lauk pauknya..ehehe

    BalasPadam