Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 25 Januari 2016

Chocolate Museum and Shop di Kota Damansara

Bila aku dapat jemputan ke Chocolate Museum yang terletak di Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara  ni , aku terpinga pinga. Ada ke ?? Apa yang akan dipamerkan kat situ ? Chocolate je kot ? Pelbagai persoalan bermain di benak aku. Kenapa sampai perlu adakan muzium gini ha ?? Sapa je kot nak datang ? Aduh..  Best sangat ke ?? 

Dan beberapa hari lepas , aku serta  beberapa orang rakan rakan blogger serta media ke sana seperti yang dijadualkan. Sesampai je disini , terus aku rasa bersemangat nak masuk ke dalam muzium ni. Dari luar nampak menarik dah ! Apatah lagi kat dalam kan ? 

Nak ke sini.. tak susah pon. Ada dalam Waze. Kasi search CHOCOLATE MUSEUM.. Confirm jumpa ! 




Jarak dari rumah aku yakni di Sepang ke sini , dalam 60km. Takde la jauh mana pon. Yang penting ilmu yang bakal aku kutip nanti ! Huhuhu.. 

Ok.. parking tak susah kat sini. Memang ada banyak disediakan. Aku parking kereta dan terus masuk ke dalam. Waahh.. Macam menarik je ! Dan aku dimaklumkan , ramai dah pernah pergi ke muzium coklat ni termasuklah rakan rakan di Facebook. Kenapa aku tak pernah tau pon kewujudan muzium ni ?? Adoiii.. Duk dalam gua aku ni rupanya lagi ! 

Dan sampai masanya.. aku serta rakan rakan lain diperkenalkan pada orang orang penting di situ dan kemudian dibawa jelajah muzium ni.. Terus terang aku katakan , aku tak pernah amik kisah pasal coklat ni .. dulu ! Tapi selepas diberi penerangan , barulah aku paham kenapa dan mengapa coklat ini penting buat kita ! Hahahaha.. Serius ! Ianya memberi kesan positif pada tubuh badan kita. Ingat yer.. aku maksudkan coklat.. bukan gula gula yer ! 

Contohnya.. Kebaikan dark chocolate pada tubuh badan kita ialah : 



Kami difahamkan , setiap pengunjung ke sini akan ada ditemani staff Chocolate Museum. Tujuannya adalah untuk memberi penerangan dan pemahaman mengenai bahan yang dipamerkan di sini terutamannya , koko yang merupakan kompenan utama dalam pembuatan chocolate !  

Di sini , pengunjung akan mengalami 3E ! 3E itu ialah Education , Experience dan Enjoyable shopping.



Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri teknik dan skill pembuatan coklat ( home made ) yang mana sebelum ni aku sendiri pon tertanya tanya bagaimana mereka melakukannya. Setelah melihat sendiri , datang idea untuk membikin kuih raya coklat nanti ! Hahahaha..



Satu kepuasan melihat bagaimana chocolate home made dibuat depan mata. Maklumlah , aku ni hantu coklat satu tika dulu.. Hehehehe.. Dan kemudiannya kitorang lalu di depan  ruang legar yang menjual chocolate yang biasa dilihat di kedai kedai atau pasaraya. Tertanya jugak aku kenapa mereka menjualnya di sini ? Murah kah ? Aku tak rasa pon murah. Ada perbezaankah ? Lalu aku lemparkan soalan.. 

" Apa beza coklat ni dengan coklat yang dijual di luar sana ? "

"Bagaimana pula dengan status HALALnya ? " 

Kemudian penerangan diberi dengan terperinci.. Patutlah , ramai je kengkawan aku bila sampai je airport KLIA , atau di luar negara , mereka berpusu pusu beli coklat ! Rupa-rupanya ada sebab musabab yang begitu bagus ! Perghhhh.. Mahal ? Bukan persoalan.. tapi kepuasan rupanya ! Huhhh..

Bila aku dah tau kelebihan 'coklat coklat ' di sini , aku tak lepaskan peluang membeli belah coklat di sini. Harganya berbeza sedikit dengan harga coklat di luar sana tetapi perlu diingatkan.. kualiti coklat yang dijual di sini adalah berbeza sama sekali ! Kalau nak tau di mana perbezaannya , korang datang la sendiri ke muzium coklat ni ! Heeeee.. tanya sendiri dan sila berbahas kalau tak puashati.. Laalalaa...


Selain dari coklat coklat berjenama yang biasa korang tengok , ada juga coklat buatan tempatan dan ianya adalah setanding dengan coklat coklat dari luar negara. FIDANI dan DANSON .Menariknya , FIDANI menerima tempahan khas pada mereka yang ingin adakan majlis khas dan sebagainya. 






Bagi mereka yang berminat nak membuat lawatan ke sini atau rombongan , amatlah dialukan sama sekali ! Bagaimana caranya ? Sila email ke chocolatemuseum@drgroup.com.my atau hubungi +603 7490 4260 terlebih dahulu. Jangan risau ! Anda dialu alukan untuk ke sini. 



Ok ok.. Aku tauu.. Korang suka coklat kan ? Nak beli kan ? Rilekss... Tunggu 29hb Jan hingga 31 hb Jan 2016 ni ! Kenapa ???


Yess !! Jualan murah ! 30 jenis choclate akan dijual dengan harga yang lebih murah dari sebelum ini. Perlu diingatkan yer.. chocolate ni bukanlah yang dijual di kedai kedai atau pasaraya yang biasa korang beli. Semua ni adalah diimport dari negara asal yer.. Haaa ! Pastinya rasa amatlah berbeza yer kawan kawan.. Heee.. 

Ok... sekali lagi.. jangan lupa ! Datang ke jualan gudang ( warehouse) di : 

No 2 , Jalan Teknologi 3/5 , 
Seksyen 3 , Taman Sains Selangor 1 , 
Kota Damansara , 47810 , Petaling Jaya , 
Selangor , Malaysia 

Masa : 9 pagi hingga 5 petang .

Masuk adalah percuma ! 


21 komen :

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

phew...
jualan gudang tu
wajib terjah penggemar coklat.

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

baru kutahu coklat pon ada muzeum.. wahh sy pon pengemar coklat !!! kalau dekat dah serbuuu

Wendy Pua berkata... [Reply to comment]

Feeling like going back again n again!

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

Coklat fidani tu sedap.. Tak puas makan..nyumm nyum. Harga berbaloi sebab diimport dari luar..

Myzatul Akma berkata... [Reply to comment]

Tak sangka ade muzium coklat huhu. Br tau. Bolehla visit pasni hehe

Izzati Suhaide berkata... [Reply to comment]

Sedapnya coklat...bila dapat pegi ni eh? Nk shoping coklat..hehe

GerobokBuku dot com berkata... [Reply to comment]

Rasa macam pernah datang je .. http://www.gerobokbuku.com/

najwa zahid berkata... [Reply to comment]

dulu pernah pergi sini dgn lecturer tapi x masuk bhgian dalam buat coklat homemade tu maybe sbb kami budak2 lg kot. hehe. dpt rasa homemade coklat free

Faziera193 berkata... [Reply to comment]

Coklatttttt! Sedapnye!!

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

tak pernah tahu ada muzium coklat....lai kali nak bawak anak2 kesitu...tapi jenama coklat fidani tu memang pernah dengar...

AziRahmanDot Com berkata... [Reply to comment]

Menarik..satu lagi tempat yg boleh dikunjungi bila ke lembah kelang nanti..thanks

Munirah Mustafar berkata... [Reply to comment]

sedapnya!!!

jemput join GA sy tau... http://munirahmustafar84.blogspot.my/2016/01/jom-tambah-kawan-blogger.html

Mummy Julia berkata... [Reply to comment]

wow bestnya!

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

Chocolate FIDANI tu menarik sgt... cantik sampai rasa sayang nak makan..

Best juga kalau dapat pergi muzium chocolate

anis abdullah berkata... [Reply to comment]

selalu je nampak signboard muzium ni lepas balik jumpa mak. tapi takde hati pulak nak pergi. stok coklat pun masih ada.

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Seronok gi sini..lagi bila bawak anak2..teruja sungguh dyorang

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Haaa free entrance tu best...nak bawak Qaiser ilman la tgk cekelat...bestt

Yan Ty berkata... [Reply to comment]

Leh sawan gini.. semua sedao ..tp cantik rasa sayang nk mamam....

siti nurafida noh berkata... [Reply to comment]

rupanya FIDANI tu coklat malaysia... mesti lagi murah kan?

Isaac Tan berkata... [Reply to comment]

wow.. jom pergi shopping ! :D:D

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Nampak menarik semua coklat tu,rasa macam nak pergi pulak nanti.. :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI