Hati-hati kawan !

Dua kes ! Aduh... semakin mengerunkan.. Terus terang, tiap malam aku di rumah pon terasa 'goyang' ! Nak tidur dalam bilik pon takut. Maklumlah , kita tak tau apa yang berlaku di belakang rumah.. depan rumah ! Nak tak nak , aku kena tidur di ruang tamu bersama kunci kereta. Hurmm.. Panas pon , panas laaa ! Air cond tetiba lak rosak di musim El Nino ni.. hurmm..

Terbaca status rakan blogger, Rebecca Saw yang diragut ketika berjogging di Bukit Gasing dan blogger kak Adza , yang mana ada pemandu kereta cuba berniat tidak baik terhadapnya mengingatkan satu kes yang hampir berlaku pada aku di Putrajaya , tahun lepas. Hurmm.. Aku ni lelaki kot ! Pon ada yang cuba berniat tak baik ! Haaa.. Acaner tu ???



Secara jujurnya , aku tak rasa Malaysia ni aman dah.. Walaupun takde peperangan , tapi nak bergerak ke sana sini tanpa perlu ada kerisauan tu.. tipu la ! Nak keluar rumah pon kena pandang kiri kanan ! Nak gi kedai mamak depan rumah pon kena berhati hati 200 kali ganda !  Maaf, aku bukanlah menghasut tapi itulah yang aku rasa. Ditambah lagi dengan kebanjiran warga asing ! Aduhhhh.. Bukan pelancong yer.. Tapi mereka yang datang ke sini untuk mencari rezeki ! Hurmm...Cukup merisaukan aku ! 

Nasihat untuk kita semua.. berhati hatilah .. Air yang tenang , jangan disangka tiada penyamun ! 

7 ulasan:

  1. Memang bahaya zaman sekarang ni. Brg smua naik.. org kena buang kerja.. jalan paling mudah .. ragut. Bukan nak kaya... sebab nak cepat dpt duit tuk bertahan hidup :(

    BalasPadam
  2. tapi ada orang dok cakap yang malaysia ni masih aman. Sebabnya negara kita takde perang.

    mereka lupa sebenarnya, yang kita sedang "berperang" untuk hidup kat malaysia ni. "berperang" dengan pekerja asing yang semakin tak tentu arah! Kadang-kadang mereka buat kita ni asing dekat negara sendiri.

    acamana tu? hmm

    BalasPadam
  3. buat masa sekarang ni terutamanya kaum wanita...minimumkan penggunaan handbag kalau pergi kemana mana..kecuali pada majlis majlis tertentu...sekiranya sekadar keluar bersantai atau beriadah..bawa sekadar yang penting..guna wallet yang boleh disimpan pada poket..begitu juga penggunaan barang kemas..sebab di psar malam pun ragut boleh berlaku..

    BalasPadam
  4. harga pasaran semua dah naik. semua orang terdesak nak teruskan hidup. hmmmm

    BalasPadam
  5. memang sangat menakutkan.. dengan desakan hidup lagi.. orang kat malaysia ni pun dah mula hilang pedoman!

    BalasPadam

  6. Pengganggur makin ramai..pendatang makin ramai..rakyat makin padat ..kerja makin kurang ..beban hidup makin mendesak .. inilah Malaysia terkini. Jalan terbaik ..berhati hati . Mohon Allah lindungi kita dn ahli keluarga kita dgn sebaik baik perlindungan ..amiin

    BalasPadam
  7. setuju sangat. sekarang ni semua bahaya. jangan kata di tempat awam, kat depan rumah pun dah tak selamat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009