Jom ke Hello Kitty Go Around Malaysia !

Takde apa nak buat ari ni ! Teringat yang kat Viva Shopping Mall ada karnival Hello Kitty Go Around Malaysia yang masih berlangsung. Dok nampak kengkawan post mengenai karnival ni.. adik aku pon kata best ! Hurm.. Tanya wife , dia pon ok jer.. Budak budak pon boring kat rumah.. Apa lagi kan ? Start your engine... Berdesup ke Cheras ! Tak jauh dari rumah mak aku pon.. Ikut Loke Yew jer.. cepat jer sampai.. heee...



Dari rumah aku , cuma 40 minit. Rumah aku nun di Sepang.. Antara faktor aku setuju nak gi sini sebab dia buat dalam shopping mall. Tak panas... Dengan cuaca skang ni yang mana El Nino dah melanda negara kita , maka sebaiknya elak dari terdedah ke matahari ! Parking pon mudah. Tak mahal. Ruang parking pon banyak.. Apa lagi alasan aku untuk tidak bawak anak anak lepak sini ? 

Sampai je Viva Shopping Mall , aku ternampak booth di tingkat L ! Er... takkan besar ni je kot ??? Gulp... Er.... Kata kat tingkat 2 ?? 



Takkan kot ? Dan memang bukan pon ! Huhu.. Wife aku mencari di tingkat 2 dan jumpa ! Waaaa !! Besar rupanyaa... 



Tiket mahal ? Ikutkan murah laa.. Dah la dalam aircond.. ruang legar pon besar. Banyak tempat leh bergambar.. Budak budak mesti suka punya laa ! Sekurangnya , hilang sekejap stress diorang di awal tahun ni kan ? Hahahaha.. Stress sekolah buka wooo.. 

Syok bergambar dalam ni.. Mesti tak menang tangan punya ! Hahahaha.. Sana sini nak bergambar ! Nak post ke FB.. Instagram ! Haaa ! 





Bukan sekadar bergambar ye. Kat sini boleh join game dan juga ada pertunjukkan ! 

Aku letak gambar sikit je la yer.. Kang letak banyak banyak , potong stim lak kan ? Hehehe.. Kalau nak tengok lebih , sila ke instagram aku , Ben Ashaari atau instagram HelloKittyGoAroundMy . Pertanyaan lanjut pon leh ke Facebook Hello Kitty Go Around Malaysia.

Tunggu apa lagi ?



4 ulasan:

  1. Lorr..dekat je..ingatkan kat johor je ade..hahah leh la pergi nanti..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009