Mampukah hidup tanpa internet ?


Dua hari satu malam di Agrofarmstay , Durian Tunggal nun di Melaka..Seronok !  Kenapa ? Dapat banyak ilmu di sini di samping persefahaman antara blogger semakin kuat ! Dan di sini juga Kelab Blogger Ben Ashaari terima 4 rakan baru yang cukup berkualiti ! Ada kelebihan dan mampu membantu KBBA pergi jauh lagi dan berkembang ke sudut lebih positif. InshaAllah.. 

Tapi.. tapi.. Huhuh... Internet di sini agak kurang kuat. EDGE memanjang. Pihak tuan punya resort dah sediakan WiFi tapi masih belum mantap. Bukan salah tuan rumah yer. Tapi ada kebaikkanya ! Aku nampak blogger yang hadir ke sini , kurng bermain dengan telefon ! Termasuk aku ! Hahahaha.. Aku pun tak dapat update blog sewaktu berada di sini.. 

Takde internet , matikah ? Hahahaha.. Sehari dua , ok la kot... anggap cuti rehat bila berada di sini.. Tenangkan diri sambil beriadah dan berbengkel ! InshaAllah akan dapat manfaatnya ! Rasa tenang jer.. Tak yah sibuk sibuk nak tengok Facebook .. tengok Instagram.. tgk blog.. Cuti je sekejap.. Bila balik rumah , fresh gitu ! 

Dan aku nampak , blogger blogger lain pon begitu jugak .. Tenang  tapi gembira. Berbual dengan rakan rakan lain menjadikan kami lebih mesra ! Ternyata , sesekali bercuti dari dunia maya memberi kesan positif pada fizikal dan mental.. InshaAllah..

8 ulasan:

  1. Sehari dua mampu bertahan kot Ben..lebih dari tu...meroyan wooooo...

    BalasPadam
  2. Sesungguhnya saya tak mampu hehehe

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya saya tak mampu hehehe

    BalasPadam
  4. Boleh je hidup tanpa internet...tapi kalau contohnya berkumpul ramai-ramai ni elok juga line internet tu tak kuat...tak la 24 jam mengadap phone masing-masing je...bukannya selalu pun kan...hehe

    BalasPadam
  5. time aku travel, internet takde pun tak pe. sebab aku takut leka tanpa sedar

    BalasPadam
  6. Boleh hidup bila dh biasa. Mula3 meroyan jugak .. haha

    BalasPadam
  7. baguslaa mcm tuh.. kalau tak asyik pegang fon je.. berbual pon tak pandang muka yg bercakap..:D

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009