Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 1 Januari 2016

La Genius Saver untuk penjimatan !

Cuaca panas disebabkan El Nino.Nak tak nak , aku kena on selagi aku berada dalam rumah. Kalau tak , fuhhh... berpeluh aku dan anak anak. Dah la aku ni jenis mudah berpeluh. Kalau dah berpeluh , memang dah tak selesa sangat dah.. Zahra macam aku gak. Tapi Qhaliff je agak susah nak nampak dia berpeluh.. mcm wife ! 

Bila dah pasang aircond.. dengan tv lagi.. home teater.. Fuh ! Dia punya naik mesti kaw kaw punya ! Pernah sampai 300++ ! Terfikir cara nak buat penjimatan.. Aku mula kerap cabut plug. Aircond dikurangkan penggunaannya kecuali sebelah malam.. Home teater , aku off subwoofer. Dan bil dah turun ke 100++.

Ada sorang kawan bagitau aku yang aku boleh kurangkan lagi ! Caranya dengan menggunakan La Genius Saver.. Memula tu aku macam korang la ! Biar betul benda gini boleh kurangkan bil elektrik ? Kalau boleh , nape si TNB tak gunakan dari dulu ? Haaaa.. kan kan ? 

Apa pun persoalannya , aku nak cuba dulu.. 


Serba sedikit mengenai La Genius Saver :

Dikatakan mampu menjimatkan petrol , diesel , NGV ,elektrik malah bagus untuk kesihatan dan tenaga. Ianya adalah inovasi baru dan berteknologi tinggi dari German. Mampu mengurangkan radiasi elektromagnetik terhadap anggota badan. Kalis air dan tahan pada suhu sejuk yang tinggi.

Ianya juga sah di sisi undang undang dan mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan, Tiada kos penyelenggaraan. Untuk enjin kereta pula , ianya dikatakan mampu memanjangkan hayat enjin kereta. Dari sudut kesihaatan pulak , ianya boleh meningkatkan tenaga kerana mengandungi beribu ion negatif dan fir yang baik untuk kesihatan manusia. Mampu menghilangkan migrain , sakit belakang dan arthritis.  Malah bau badan pon boleh hilang.  

Ok.. tu dari risalah yang aku baca la... Aku belum mencubanya lagi. Kalau aku dah cuba , aku bagitau camana eh.. Kalau korang berminat nak tau sendiri.. pon boleh tanya kawan yang bagi aku cuba La Genius Saver ni.. Sila hubungi Puan Ecah Shafiee di Facebook. Aku nak gebang lebih pon , lom try lagi ni.. Huhuh.. 

0 komen :

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI