REVIEW ASUS ZENFON 2 LASER ( ZE601KL )

by - Jumaat, Januari 29, 2016


Aku dengar ramai kawan kawan aku kata ASUS ni bagus ! Dan bila baca komen di page ASUS MALAYSIA , ada juga yang kurang berpuashati ! Maka ini satu yang menarik buat aku ! Biasa la kan... manusia ni ada macam macam perangai.. Takkan mampu puashkan hati semua orang..


Camana pulak dengan aku ? Yang kat tangan aku tu ialah ASUS ZENFONE 2 LASER ( ZE601KL). ASUS ZENFONE 2 LASER ni ada banyak series. 




Tak sabar aku nak bukak.. Dan bila bukak je kotak , aku terpegun dengan warnya ! Tahu kan yang aku ni giler warna merah ? Huhuhuh.. Merah bawa erti berani pada aku ! Dan memberi aku  inspirasi untuk berjaya dalam dunia maya ni.. huhu.. 

Cantik warna merahnya.. Berat ke ? Hurmm... Dengan berat cuma 190g serta dengan paparan skrin 6" yang menggunakan teknologi Gorilla Glass 4 pastinya telefon pintar ini mampu memikat ramai peminat terutama mereka yang ingin membeli telefon pintar dalam lingkangan harga RM1K ++. 



Pada awalnya , aku merasakan pasti akan sukar untuk memegang telefon pintar bersaiz begini. Maklumlah , aku pernah ada telefon size gini tapi nak pegang tak beberapa sedap ! Berbeza dengan yang ini.. Terasa lebih selesa dan stabil. Tebal cuma 3.9mm jer ! Tak berat , tak tebal tapi besar ! Cukup terbaik buat mereka yang ingin kepuasan bila menonton movie dan layan game serta melayari internet.





Ok... Ciri ini antara yang penting bila nak beli telefon pintar. Aku dah merasainya dan sangat sangat memerlukan ! Aku tak perlu usung dua telefon pintar dah ! Hehehe.. Dual Sim ! Sangat penting yer..terutama bagi mereka yang nak online 24 jam tanpa gangguan. Maksud aku ialah , jika sim 1 tiada signal di lokasi A maka sim 2 berkemungkinan mampu membantu dan ini pernah berlaku pada aku ! Huhuh.. sebab tu aku perlukan dual sim ! Tak nak usung dua telefon pintar. Aku tak mampu nak layan dua handphone dan paling penting , elak dari tertinggal di mana mana sebab banyak sangat gadget nak kena usung ! 



Ok..  camana pulak dengan CPUnya ? Dengan menggunakan Qualcomm Snapdragon 616 MSM8939 , aku tidak merasakan yang aku akan alami masalah hang ! Tak kira la samada waktu layan whatsapp atau bermain game ! Kalau tak on data sekali pun , whatsapp tidak mengalami masalah seperti yang pernah aku alami satu ketika dulu.. Waktu tu aku di Jepun , tiada signal.. Bila ada wifi , whatsapp aku terus hang dan terpaksa uninstall ! Segala maklumat aku ketika tu , abis hilang ! Uhukkk.. naya kat aku ! Sebab tu aku nak guna telefon pintar yang tiada masalah gini ! 



Kamera camana pulak ? Kamera belakang berkuasa 13MP dengan Apeture f 2.0 manakala depan pulak 5.0 MP dan f 2.0. Menariknya ialah kamera Asus ZenFone 2 Laser ni mempuyai Laser Auto Focus yang membuatkan imej difokuskan dengan begitu pantas sekali ! 


Ada yang kata kamera Asus tak cun tapi ini dinafikan oleh rakan rakan aku yang kerjanya menangkap gambar ( Photographer ). Kata mereka , guna manual pasti akan menghasilkan kualiti yang cukup gempak sekali ! 

Dan aku bersetuju dengan mereka.. hehehe ..


Ok.. Selain tu , sound sistem best ! Speaker dia memang marvelous Buat pengetahuan korang , Asus Zenfone 2 Laser ni punya dual speaker yang mana membuatkan hasil bunyian bertambah lebih kuat tapi sedap ! Tak pecah yer.. Bila main game atau layan movie memang sangat memuaskan sangat hati ! 




Buat mereka yang ada anak kecil .. atau mereka yang kerap menggunakan telefon pintar , Asus ZenFone 2 Laser ni dilengkapi dengan Blue Light Filter ! Ini sangat penting buat mereka yang mengetahui akan bahaya Blue Light pada mata mereka. 



Tahukah anda , terlalu kerap melihat gadget ni akan mampu membuatkan mata korang rosak ! BIla rosak , hilanglah kenikmatan dunia ! Haaaaa ...Jangan main main ! 

Terlalu banyak yang aku ceritakan tapi aku rasa aku amik part penting je la.. Bateri pon tahan lama ! Aplikasi banyak dan bermanfaat. Kesimpulannya , bagi aku Asus ZenFone 2 Laser ni berbaloi sama sekali untuk dimiliki ! Confirm puashati !! 

Apa pun.. korang try dulu.. baru buat keputusan. Cuma bagi aku , baru aku tau kenapa Asus tetap punya pengikut setia ! 

Untuk melihat spesifikasi Asus Zenfone 2 Laser yang lain , boleh klik di SINI

You May Also Like

6 comments

  1. Dual sim tu menarik sangat! Memang tengah survey model yang ada dual sim, senang nak hadap satu phone je hehe.

    BalasPadam
  2. tingin jgk nk bli hp ni...bila nk cukup duit ni haha

    BalasPadam
  3. tak pernah ada hp dual sim .. teringin la pulak.. nti usha kat kedai la

    BalasPadam
  4. Abg ben jangan sisihkan sony...nanti sentap dia..abg ben nak tanya...sony ada keluarkan tab ya..sorry kalau PC silap..

    BalasPadam