Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 24 Januari 2016

Sabar , wahai suami.. sabarlah !


Fuhhh... Menurut wife , period terakhir dia 13/12/2015. Skang dah 24/1/2016. Dah lebih sebulan.. Hurmmm.. Patutlah sebelum ni dia punya angin semacam jer. Aku dah syak tapi dia nafikan. Tak percaya yang mengandung ! Hurmm... Saat pelik giler angin dia ! Ngan pemandu kereta yang tak sabar memotong pon dia leh nak ajak gaduh ! Hahahaha .. 

Di rumah , keje dia asyik nak tidur ! Bukan dia jer.. Ngan aku aku sekali ! Bila dah datang macam ni punya angin , memang aku syak dia mengandung ! Ditambah lagi takleh tengok rumah berselerak dan kotor ! Fuhhh.. seriuss ! Aku kena tahan je la masa ni... 

Masa mengandung Zahra dan Qhaliff dulu.. masuk bulan ke 6 baru dia ok ! Bermakna aku kena sabar lagi 5 bulan ! Tu pun kalau dia betul betul disahkan mengandung secara rasmi oleh doktor laa.. Huhuhuh.... Jangan poyo jeee lebih ! Orang kata apa.. Psiko jer ! Tapi rasanya tak laa.. memang ngandung ! Esok g check doktor.. 

Selain perangai wife yang berubah.. perangai Zahra pon sangat berubah ! Fuhhh.. sangat lain la perangai mem ni. Tetiba jadi garang dan suruh dukung memanjang.. Aduh. Naik kebas tangan aku ni. Tapi si abang.. aku rasa dah leh masuk sekolah dah tahun depan. Biar si bongsu dijaga oleh kak ngah! 


Satu je masalah aku nanti ! Kalau ada job di hari biasa.. diorang ni mana aku nak letak ? Adik aku pun sama bulan ngan wife. Pasti mak aku sibuk ngan anak adik aku tu memandangkan mereka duduk serumah.. Aduhhhh ...

Terasa tercabar dengan mereka yang berjaya membesarkan anak anak yang ramai. Mereka berjaya harungi segala cabaran dan aku baru nak mula mengayuh.. huhuhuh...

6 komen :

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

tahniah ben

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

Boleh punya tu sebab dah ada pengalaman sebelum ni kannn?

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

in sha Allah boleh..menjadi fikiran sebab perkara tak berlaku lagi..tak ada depan mata lagi..nanti bila dah beralku Allah akan bantu..amin...yakin boleh abg ben...

husna zahidi berkata... [Reply to comment]

hehehe tahniah ye bang ben.. k.ngah tawu dya nak ada adik kot..

Munirah Mustafar berkata... [Reply to comment]

insya Allah...boleh

Faziera193 berkata... [Reply to comment]

InsyaAllah nanti mesti ada jalannya..hehe tetibe rindu pulak masa mengandung..ehhhhhh

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI