Salahkah aku kalau teman isteri mengandung ke klinik ?

by - Sabtu, Januari 30, 2016

Antara 'tugasan' aku setiap bulan ketika wife mengandung ialah meneman dia ke klinik ! Di klinik , aku akan menunggu dalam kereta atau di luar klinik. Beberapa kali aku pernah terlajak duduk dalam klinik terutamanya bila klinik lengang. Bila ramai orang , baru aku keluar.. 


Kenapa aku teman wife ? Aku nak merasai camana boringnya menunggu di situ ! Boring giler siuttt ! Tu baru aku. Belum lagi wife yang boring sambil usung 'perutnya' ke sana sini. Dengan duduk tak selesa dalam tu.. Fuhhh.. Respek kat ibu ibu mengandung ! 

Aku tak nak bicara soal si suami yang tak leh nak teman sebab kerja. Diorang kalau boleh pon , mesti nak teman. Bukan apa , setiap kali check up.. aku akan dapat ilmu baru. Soalan yang akan ditanya  ( kalau klinik swasta , aku masuk sekali ) memberi aku maklumat mengenai si isteri yang sedang mengandung. Secara tidak langsung , aku tahu bebanan yang sedang ditanggung oleh mereka. Si isteri kalau boleh nak sorok je dari suami. Tak nak suami risau.. 

Semua ni sekejap jer.. tau tau , ianya akan berlalu. Dan akan kedengaranlah suara halus si isteri.. 

" Rindunya nak mengandung.. " 

Hurmm... Melihat anak anak dah membesar , pasti akan terkenang saat mereka kecil. Sebagai suami , apa kenangan yang kita ada ketika si isteri tu mengandung ? Aku masih ingat lagi aku teman wife ke klinik kerajaan sewaktu Qhaliff dalam kandungan. Kemudian dengan pengalaman pertama tu , wife boleh uruskan check up  bulanan sewaktu mengandungkan Zahra. Sesekali aku berkeras nak ikut. Aku nak gak rasa 'boringnya' itu.. Hehehe.. Bukan apa.. nak biar dia driving sengsorang ke klinik tu , nampak kejam pulak aku.. Kesian kat dia.. Aku tau camana rasanya. Sedangkan bila aku boroi ari tu pon terasa mengah.. ni kan pulak mengandung ! Huhhhh...



Takde perempuan yang nak sangat si suami dia ikut. Kalau boleh diaorang nak je suruh suami diorang lepak kat kedai mamak berborak ngan kawan kawan atau layan bola dari ikut diorang duduk menunggu giliran untuk masuk jumpa doktor.. kan ? Tapi bila ada suami ikut tu , mesti bersebab. Antaranya , si isteri loya dan asyik muntah. Terasa macam nak pitam. Atau pelbagai alasan lagi yang logik ! Kalau takan nak bercinta , diorang takkan nak duduk kat klinik tu woiii ! Bau ubat kot ? Haaaa..



Aku teman wife gi klinik.. Aku dapat kekuatan dan keinsafan. Sebab tu aku rela jaga anak aku sendiri walaupun kekadang aku nak je 'bebas' tapi memikirkan betapa wife menjaga kandungan selama 9 bulan tanpa berhenti sesaat pon , aku buang segala hasutan jahat tu ! 

Bila teman isteri tu , dalam diam .. dalami perasaan mereka. Andai kita di tempat mereka , apakah mampu aku buat seperti mana dia buat ? Ahhh.. baru demam skit , dah tersadai dalam bilik ! Sebab tu bila ada suami teman si isteri ke klinik tu , respek la skit ! Apa ingat laki nak gedik sangat ke masuk klinik yang penuh dengan wanita mengandung ? Baik lepak kat kopitiam. Tengok awek cun ! Huhh.. Ke depan asrama nurse ke.. Haaa...

Sehingga kini.. aku masih ada kenangan dari 0 hinggalah anak anak aku berusia 4 dan 2 tahun.. Yer, aku ada kekuatan menjaga mereka disebabkan melihat sendiri kekuatan isteri menjaga kandungannya .. dari hari pertama hingga sekarang ! 

Satu hari nanti.. aku akan merindui semua ini dan bersyukur sangat , diberi peluang melaluinya untuk kali ke tiga.. 


You May Also Like

7 comments

  1. Alhamdulillah PC sangat respect bila suami rajin hantar dan teman si isteri..sangat...tapi bukan bermakna yang tidak teman dan hantar tu tidak bertanggungjawab...mungkin mereka ada urusan..manfaatkanlah setiap peluang dari Allah sebaiknya..

    BalasPadam
  2. tak jatuh maruah pun kan kalau teman bini check up ;)

    BalasPadam
  3. Nad pun suka bila suami teman..ade teman bprak

    BalasPadam
  4. alhamdullilah..bgus abg ben..tak semua lelaki berfikiran mcm abg ben..tapi geram jugak bile ade si suami yg teman isteri ni..dh nmpk tmpt duduk oenuh buka die nak keluar..duduk la sblh..si ibu mngandung plak kena berdiri..

    BalasPadam
  5. Semoga bahagia suami isteri sepanjang hayat :)

    BalasPadam
  6. saya sebagai seorang isteri merasa bangga dan bahagia kalau suami dapat selalu teman pergi check up baby..🤗🤗

    BalasPadam
  7. alhamdulillah selalu juga suammi teman ke klinik hari tu. maklum la pengalaman pertama 6 tahun pulak menanti permata hati :)

    BalasPadam